3| MEET THE DEVIL

58.6K 3K 194
                                    

- One man in a lecture hall filled with unbelief . Can make a place for the devil to have a seat -
______________________________

Carla Liliana Pia tekun mendengar butir bicara pensyarah yang berada di hadapan dewan kuliah itu. Sesekali, tangannya yang memegang batang pen itu menulis nota-nota yang dirasakan penting padanya.

BAM!

Seluruh pelajar termasuk pensyarah yang berada dalam dewan kuliah tersebut terperanjat dengan bunyi dentuman pintu dewan yang dirempuh kasar dari luar. Serta-merta dewan tersebut sunyi sepi tanpa sebarang suara.

BANG!

Serentak itu, peluru yang dilepaskan meluru tepat ke arah dada seorang pelajar lelaki yang berada dibahagian belakang dewan kuliah tersebut. Tubuh lelaki itu terus terjelupuk ke atas lantai.

Kesemua pelajar dalam dewan itu termasuk Carla Liliana Pia hanya melihat tubuh pelajar tersebut dengan wajah yang jelas terkejut bercampur pucat.

Masing-masing ketakutan untuk bersuara, bahkan untuk menjerit pun tiada suara yang terkeluar dari mulut mereka saat melihat apa yang berlaku tika itu.

Muncul susuk tubuh dua orang lelaki yang berbadan sasa dan dipenuhi tatu dilengan, Lorenzo dengan pistol ditangannya; lelaki yang melepaskan tembakan sebentar tadi.

Lalu, kedua mereka mula melangkah menghampiri lelaki yang ditembak itu. Tubuh kaku mayat tersebut dibawa keluar oleh seorang lagi lelaki antara mereka berdua itu; Lucas.

"Open your fucking mouth, I'll blow your fucking brains."

Serentak mereka menoleh ke arah seorang lelaki yang melangkah masuk, lengkap bersut hitam dan bercermin mata dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Anak mata yang tajam bagaikan pisau belati dengan wajah yang bengis tanpa sebarang riak membuatkan mereka yang lain tak berani untuk bersuara. Leher yang dipenuhi ukiran tatu menonjolkan lagi aura lelaki itu.

Intimidating. Murderous.

Carla Liliana Pia serta-merta menundukkan wajahnya saat terpandangkan wajah lelaki itu. Lelaki yang sama semasa di Cafe tempoh hari.

Jantungnya mula berdegup kencang. Sedaya-upaya wajahnya cuba disembunyikan sebelum dikenali lelaki tersebut.

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan, aura berbahaya lelaki itu dapat dirasakannya.

"Mr.Fernando. How was your day?" soal lelaki tersebut sinis sambil tepat merenung pensyarah lelaki itu.

Fernando merenung sekilas wajah ketakutan dan juga pucat tak berdarah para pelajarnya dalam dewan kuliah tersebut. Air liur ditelan kasar.

Dia pasti, dia tak akan terlepas daripada lelaki itu.

"Vaffanculo!"balasnya keras sedikit berbisik.

Lelaki tersebut merenung kosong wajah Fernando yang cuba mengawal riak ketakutannya.

Dia kenal siapa sebenarnya lelaki itu dan yang pasti, Fernando bukan seorang pensyarah.

"One man in a lecture hall filled with unbelief. Lecturer isn't lecturer anymore. He can make a place for the devil to have a seat, and the devil is you, Fernando."

Dan dengan sekelip mata Fernando sudah terlekap di dinding dewan kuliah tersebut apabila lelaki itu mencengkam kuat lehernya dan sekaligus menghentak kuat tubuh Fernando ke dinding.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now