Carla Liliana Pia menjerit sekuat hati sebelum mulutnya ditekup dengan sebelah tangan oleh lelaki yang tak dikenalinya itu dengan tubuh besar lelaki itu berada di atasnya.
"No. Please.." rayu Carla Liliana Pia perlahan disebalik tangan besar itu dengan wajah pucatnya.
Hanya senyuman jahat yang terlakar di bibir melihat wajah ketakutan dan juga rayuan gadis dihadapannya itu. Seakan dirinya bertuah hari ini apabila melihat tubuh penuh menggoda gadis itu dihadapannya.
Dia hanya memerhati gadis itu sedari awal lagi dimana De'luz merangkap tuannya membawa gadis tersebut ke basement dan idea jahatnya muncul bila gadis itu diletakkan dalam bilik bawah tanah itu.
Dengan idea bernasnya, dia membawa beg plastik yang kononnya mempunyai barangan yang diperlukan gadis itu walhal itu hanyalah helahnya semata-mata.
Pengawal yang berada di pintu utama bilik tersebut terpedaya dengannya yang mengatakan bahawa De'luz mengarahkannya untuk menghantar bungkusan tersebut pada gadis itu.
Apa yang membuatnya teruja apabila sebaik masuk saja ke dalam bilik gadis itu terpampang diruangan matanya tubuh kecil yang terdedah dan hanya dilindungi dengan pakaian dalamnya saja.
Dia tahu risiko yang bakal dihadapinya bila perbuatannya bakal diketahui De'luz tetapi dia pasti tak akan diketahui oleh mereka yang lain.
"Come on, sweetie." bisiknya perlahan seraya tersengih sinis.
Wajah didekatkan pada wajah Carla Liliana Pia yang sudah memejam rapat matanya itu lalu disembamkan pada leher gadis itu, dihidu dan dikucupnya perlahan.
Sebelah tangan menekup mulut gadis itu daripada mengeluarkan sebarang suara manakala sebelah tangan lagi merayap di tepi tubuh Carla Liliana Pia. Meraba setiap inci lekuk tubuh gadis tersebut.
Carla Liliana Pia tak berhenti berdoa berharap ada sesiapa yang membantunya saat ini daripada menjadi mangsa lelaki itu, airmata deras mengalir keluar dihujung matanya.
Dengan suhu bilik yang teramat sejuk ditambah pula tangan besar lelaki itu menutup mulut dan hidungnya menyekat pernafasan Carla Liliana Pia untuk menyedut oksigen.
Tubuhnya menggigil. Terasa seakan badannya tak mampu menanggung lagi dengan kesejukan yang mencucuk-cucuk dan juga dengan perbuatan lelaki itu. Kelopak mata yang makin memberat itu cuba dipaksa terus terbuka.
Dalam keadaan separa sedar itu dapat dirasakan tangan lelaki itu bergerak pada cangkuk bra nya dan sebelum dia memproses apa yang ingin lelaki itu lakukan, terdengar jerkahan seseorang dengan suara yang penuh kemarahan.
" What the fuck do you think you're going to do , motherfucker! "
Sesaat, terasa tubuhnya kembali ringan dengan udara yang kembali masuk ke dalam rongga hidungnya setelah tubuh lelaki tersebut direntap kasar daripada belakang dan dicampak ke dinding bilik.
Carla Liliana Pia memaksa kelopak matanya terbuka sedikit, airmata mula menuruni di pipi dan dagunya sebaik melihat wajah De'luz yang betul-betul menggerunkan itu sebelum semuanya berubah gelap.
De'luz memandang sekilas ke arah Carla Liliana Pia yang tak sedarkan diri itu sebelum berpaling ke hadapan merenung wajah salah seorang orang suruhannya itu dengan pandangan membunuh.
Lelaki itu terbatuk kecil dengan wajah berkerut sakit sambil mengesat darah yang keluar daripada hidung dan mulutnya akibat dicampak kuat oleh De'luz pada dinding bilik itu .
Mata birunya berubah gelap dan kehitaman dengan rahangnya yang bergerak-gerak menahan amarahnya. Nafasnya kasar dan kencang. Cukup membuatkan lelaki itu menggigil ketakutan.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...