- Expect the unexpected -
__________________________SEBULAN KEMUDIAN.
Carla Liliana Pia yang sedang duduk di meja yang menjadi tempat duduknya seperti biasa, terus tersenyum kecil sebaik melihat wajah kakaknya; Carla Luna Mia di skrin laptop miliknya itu.
Sudah menjadi rutin hariannya yang akan berbual kosong dengan kakaknya melalui Skype seraya melepaskan rindu pada keluarganya yang berada di Malaysia.
Dia terpaksa berjauhan dengan ahli keluarganya untuk menyambung pelajarannya di salah satu Universiti di sekitar Itali. Tangan dilambaikan pada kakaknya yang hanya tersengih kecil itu.
"Hai adik, how are you?"
Carla Liliana Pia tersenyum saja mendengar suara ceria kakanya itu, lantas dia membuka mulut membalas sapaan dari Carla Luna Mia.
"Hai, adik macam biasalah. Banyak assignment nak kena siapkan. Hm.." balasnya perlahan seraya memuncungkan bibirnya.
Carla Luna Mia tergelak kecil, peluh yang menitik di dahi dikesat dengan belakang tapak tangan. Dia baru saja habis berlatih dengan pelatih yang diupah Carl Hans Mikael untuk melatihnya menggunakan senjata.
Seketika, mereka berdua mula berbual kosong menceritakan perihal masing-masing. Sesekali Carla Liliana Pia tergelak kecil, itu pun perlahan saja hampir tak kedengaran.
Sememangnya Carla Liliana Pia teramat pemalu orangnya, berlainan pula dengan Carla Luna Mia yang happy-go-lucky dan sedikit ganas itu. Terkadang, Carla Liliana Pia seakan melihat kakaknya itu sebagai seorang lelaki dengan sikap kasar dan ganasnya.
Pun begitu kedua kembar perempuan tersebut sudah dibekalkan dengan seni pertahankan diri seperti Muay Thai, boxing dan termasuk yang lain sedari kecil lagi dan juga menggunakan senjata api dan senjata tajam.
Kasar.
Bagi Carla Luna Mia itu perkara biasa, lagi pula itu salah satu minatnya tetapi berlainan dengan Carla Liliana Pia yang teramat pemalu itu, dia hanya akan menggunakan segala kemahiran yang dipelajari jika perlu saja.
Senjata yang diberikan oleh Carl Hans Mikael pada mereka berdua sebagai persediaan sekaligus menjadikan kepunyaan mereka juga jarang disentuhnya. Bahkan, dia tak selesa dan selalu dielaknya dengan bunyi senjata.
Setengah jam kemudian, Carla Liliana Pia mengundur diri dan melambaikan tangan buat kali terakhirnya pada Carla Luna Mia untuk hari ini memandangkan dia masih mempunyai tugasan yang belum disiapkan.
Dia mula mengemaskan segala barangnya yang berada di atas meja sebaik melihat jarum jam ditangannya, Cafe yang menjadi tempatnya meluangkan masa setelah pulang dari kuliahnya sudah hampir ditutup dalam beberapa belas minit saja lagi.
Sedang dia ingin bangun dari duduknya sambil menggalas beg laptop di bahu kanannya, seorang gadis meluru ke arahnya lalu bersembunyi dibelakang badannya dengan teresak-esak menangis.
"Please, help me.. I'm scared.." rayu gadis tersebut penuh berharap.
Carla Liliana Pia menggigit bibir bawahnya perlahan sebaik mata-mata pelanggan yang ada dalam Cafe tersebut memandangnya dan gadis itu hairan. Wajahnya mula memerah, malu.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...