- The law of the street is take or be taken -
________________________________Seminggu setelah berlakunya pembunuhan di Universiti tersebut, ingatan Carla Liliana Pia masih lagi segar dengan apa yang berlaku dihadapan matanya; Fernando, dikelar dan juga pelajar lelaki yang ditembak.
Sepanjang pihak Universiti menguruskan kes pembunuhan tersebut bersama pihak polis, kesemua pelajar diberi cuti mengejut selama tiga hari. Carla Liliana Pia masih lagi mengingati lelaki tersebut.
Wajah lelaki itu mampu menggerunkan sesiapa saja termasuknya tetapi tak dinafikan lelaki itu memang kacak orangnya, mampu membuatkan perempuan tersungkur dikakinya.
Tapi tak bagi Carla Liliana Pia. Apa yang dilihatnya hanya gerun dan menakutkan menghiasi wajah lelaki itu. Ditambah lagi anak mata bewarna biru gelap lelaki tersebut.
Jika direnung dari jarak jauh, mata lelaki itu seakan ada tarikannya yang tersendiri apabila terkena cahaya. Mata lelaki itu kelihatan seakan-akan berwarna hijau sedangkan warna asalnya adalah biru.
Dan warna mata lelaki itu akan berubah gelap dan kelam serta-merta apabila amarah menguasainya. Cukup dia katakan, pandangan lelaki itu mampu membuat mereka yang lain menggigil ketakutan.
Paling membuatkan Carla Liliana Pia hairan, tiada sebarang bukti atau kesan yang boleh diambil tindakan terhadap lelaki yang membunuh dua orang mayat lelaki tersebut. Pihak polis tak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan terhadap lelaki itu.
De'luz.
"Are you alright, dolcezza?" (sweetie)
Mandy melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Carla Liliana Pia yang jauh termenung itu. Wajah gadis itu yang selalunya ceria, kelihatan suram.
Carla Liliana Pia tersenyum kelat sebaik memandang wajah kerisauan Mandy. Nafas ditarik dalam, tak perlu rasanya dia ceritakan hal yang satu itu pada wanita dihadapannya ini.
Bukan niatnya ingin berahsia tapi dia yakin bahawa lelaki bernama De'luz itu sedikit sedikit sebanyak membuat hatinya tak tenteram, seakan sesuatu yang buruk bakal melanda dirinya.
"Sì, I'm fine. Just a bit tired, don't worry Mandy." (yes) ujarnya perlahan sambil tersenyum nipis.
Liar!
Dia terpaksa berbohong demi keselamatan wanita itu juga, dia tak mahu jika nanti sesuatu yang tak diingini berlaku pada Mandy apabila dia menceritakan hal yang sebenarnya. Wanita itu terlalu baik padanya.
"You look -"
Seketika, bunyi yang terhasil dari pintu Cafe tersebut membantutkan niat Mandy untuk menyoal Carla Liliana Pia apabila kelibat tiga orang lelaki kemas bersut hitam melangkah masuk ke dalam Cafe tersebut.
"I'll be back!"
Lantas Mandy bangun dari duduknya dan berjalan pantas ke arah lelaki bertiga itu. Mandy menunduk hormat pada lelaki yang berada dihadapan dua orang lagi lelaki yang berada dibelakang lelaki tersebut.
Sebaik Mandy menatap wajah lelaki dihadapannya itu, jelas wajahnya berubah ketakutan.
Jantungnya mula berdetak hebat, dia teramat kenal dengan pemilik mata tajam dan membunuh tersebut.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...