19| THE TRUTH

68.5K 2.7K 649
                                    

Jelas Carla Liliana Pia merenungnya dengan pandangan hairan dengan sikapnya itu tapi tak dihiraukan mata bulat yang terkebil memandangnya.

Lucas di sebelah talian cuba membalas setenang yang mungkin tetapi silap bila De'luz secara tiba-tiba menumbuk sekuat hati dinding bilik tersebut hingga meninggalkan kesan retak dan juga darah yang mengalir keluar dari tangannya.

Terangkat bahu Carla Liliana Pia yang terperanjat dengan kemarahan lelaki itu tanpa dia tahu puncanya.

Lantas dengan jantung yang berdetak kuat seperti mahu terkeluar itu, Carla Liliana Pia bangun dari kerusinya.

Kaki diundur beberapa tapak ke belakang dengan mata tak lepas merenung wajah membengis yang terasa begitu gerun dipandangannya.

Tapi, De'luz hanya tepat merenung kesan retakan pada dinding itu dengan amarahnya tanpa menghiraukan Carla Liliana Pia yang turut berada bersamanya.

"Perché cazzo non mi parli di lei? Better you coming before I killed you mothefucker!" (why the fuck don't you tell me about her?)

Bergema bilik pejabat tersebut apabila suara lantang De'luz menengking pemanggil di sebelah talian yang tak diketahui Carla Liliana Pia siapa gerangan yang membuatkan lelaki itu mengamuk tika ini.

Panggilan terus dimatikan. Serentak itu De'luz mencampakkan telefon bimbit tersebut sekuat hati ke arah dinding bilik hingga gadjet tersebut berkecai dan berterabur di atas lantai.

Mata dipejam rapat dengan tangan yang dikepal membentuk penumbuk, gigi terketap rapat saat satu-persatu bayangan yang menghantuinya selama ini terlayar dimatanya.

Segala kesakitan dan juga penyeksaan dapat dirasa olehnya tika ini.

Carla Liliana Pia hanya memerhati lelaki dihadapannya itu sedari tadi hanya diam tak berkutik dengan perasaan takut melihat tingkah laku lelaki itu dan juga keliru dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Kelopak mata dibuka perlahan, dapat dilihat mata birunya yang mula dipenuhi api kemarahan dan juga terselit keperitan didalamnya.

Lantas kepala ditoleh ke arah Carla Liliana Pia sebaik menyedari gadis itu sedang bersamanya.

"You." mata biru yang menggerunkan itu merenung tajam ke arah gadis tersebut dengan rahang yang bergerak-gerak dan gigi yang terkancing rapat.

Perlahan posisi badannya ditegakkan menghadap Carla Liliana Pia.

Dapat dilihat keadaan gadis itu yang ketakutan melihatnya tapi tak dihiraukan . Manakala Carla Liliana Pia pula cuba untuk melarikan diri daripada lelaki itum

Wajah bengis dengan mata tajam yang merenungnya cukup membuatkan Carla Liliana Pia kecut perut.

Secara automatik badannya mula memberi reaksi dengan usaha cuba untuk menjauhi lelaki itu tapi tak kesampaian.

Sepantas kilat kini tubuh kecilnya terperangkap pada dinding bilik pejabat tersebut seraya menjerit halus.

Sakit pada belakang badannya apabila De'luz menolak kuat tubuhnya ke dinding bilik tersebut.

"It's hurt," bisiknya dengan suara yang sedikit bergetar menahan kesakitan dan juga gerun dengan tindakan lelaki itu.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now