18| UNCOVERED

47.4K 2.4K 129
                                    

- Every thing is waiting to be uncovered -
__________________


De'luz merenung tajam Carla Liliana Pia yang terkulat-kulat memandangnya.

Jaket kulit yang tersarung ditubuh tegapnya dibuka lalu dicampak ke atas sofa yang berdekatan dengannya.

Melihat gadis itu yang terkelu lidah untuk menjawab pertanyaannya, dibiarkan sahaja dahulu kerana dia harus menguruskan lelaki yang sudah nyawa-nyawa ikan dikerjakan oleh Lorenzo dan Lucas tika ini.

"In your room. Now!" arahnya keras pada gadis tersebut.

Carla Liliana Pia segera melangkah ke arah pintu lif untuk menuju ke arah biliknya seperti yang diarahkan lelaki itu, melihatkan wajah dingin De'luz membuatnya patuh tanpa sebarang bantahan.

Mahu saja dia melawan kata-kata lelaki itu, tapi dia tahu bahawa kemarahan De'luz bukanlah sesuatu yang baik untuknya jadi dia hanya menahan perasaan geram dan marahnya buat tika ini.

Beralih ke arah dua orang lelaki yang bertanggungjawab membawa lelaki yang sudah lunyai dikerjakan itu kerumahnya, De'luz mengetap rapat rahangnya seraya mengusutkan rambutnya.

"Who the fuck he is?" soalnya yang jelas dengan nada tertekan pada lelaki berdua itu.

Lorenzo hanya tersenyum sinis dan itu cukup memberitahu De'luz siapa yang mengupah lelaki yang sudah tak bermaya itu untuk mengintip perbuatan mereka.

Lucas pula hanya mengeluh kasar sambil merungkaikan ikatan tali lehernya.

"Basement. Take care of that Lorenzo."

Senyuman sinis dibibir makin melebar saat menerima arahan daripada De'luz.

Lorenzo mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan lelaki tersebut menyatakan segala maklumat tetapi masih tetap membiarkan lelaki itu bernyawa.

De'luz mengerling tajam ke arah lelaki yang tak bermaya tersebut sepintas lalu.

Telefon bimbitnya dikeluarkan, nombor pemandu peribadinya di dail sebelum panggilan bersambung.

"Set up the plane at 7am, tomorrow. There's a things I need to do."

Lucas mengangkat sebelah keningnya pada De'luz sebaik mendengar perbualan lelaki tersebut.

Ini bermakna dia juga harus mengikuti lelaki itu. Sesaat, sengihan lebar terukir dibibirnya.

"Is my bella ragazza coming with us?" (beautiful girl) soalnya dengan wajah terujanya.

Pantas kepala ditoleh ke arah Lucas apabila nama panggilan yang diberikan pada gadis miliknya meniti di bibir Lucas.

Rahang diketap rapat dengan wajah yang mula dingin tetapi Lucas hanya beriak biasa melihat kemarahan lelaki itu.

"Vaffanculo! Don't you dare."

Lantas kaki diatur menuju ke pintu lif, diabaikan saja Lucas yang mentertawakannya itu.

Gadis itu miliknya dan dia sesekali tak akan kongsikan dengan sesiapa, kecuali jika harus membunuh mereka yang cuba mendekati gadis itu.

She's mine.

****

Carla Luna Mia mengatur kaki ke arah Cafe yang telah dinyatakan oleh Mandy, dua orang suruhannya hanya memerhati dari jarak jauh untuk mengawasinya.

Sebaik masuk ke dalam Cafe tersebut, mata meliar mencari kelibat wanita tersebut.

"Luna!"

Pantas kepala ditoleh ke kiri dimana Mandy yang sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman nipis dibibir, jelas senyuman terpaksa yang dipamerkan.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now