- You should never wish for wishful thinking -
_____________________________De'luz melangkah perlahan keluar daripada bilik pejabatnya diikuti dua orang suruhannya sambil meletakkan kot di lengan kanannya manakala sebelah tangan lagi jemarinya ligat menekan skrin telefon miliknya.
"Master, it calls from Russian."
Salah seorang anak buahnya menghulurkan telefon bimbit sebaik menjawab panggilan daripada salah seorang Mafia dari Rusia itu kepadanya.
Tanpa menunggu lama, terus telefon tersebut dicapai lalu ditekapkan pada telinga kanannya dengan mata masih lagi membaca email yang tertera pada skrin telefon miliknya itu.
"Speak."
Butir bicara pemanggil di sebelah talian didengarinya tanpa bersuara. Seketika, panggilan ditamatkan lalu telefon tersebut diberikan kembali pada anak buahnya.
Langkah kaki De'luz berhenti sesaat sebaik tiba dihadapan bilik Carla Liliana Pia, isyarat tangan diberikan pada dua orang suruhan yang berada di belakangnya itu supaya pergi terlebih dahulu.
Manakala dua orang yang berada di pintu bilik gadis itu menunduk hormat padanya. Pintu bilik Carla Liliana Pia dibuka menggunakan kunci yang sentiasa berada dengannya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Terbaring sekujur tubuh halus Carla Liliana Pia yang sedang terlena di atas katil bersaiz king yang bercadar satin bewarna hitam itu. Jelas menyerlahkan lagi kulit putih pucat gadis itu dipandangan matanya.
Kecil dan sangat menarik perhatian De'luz melihat tubuh kecil Carla Liliana Pia. Setelah berada di tepi katil gadis itu, badan direndahkan sedikit supaya dapat menatap wajah cantik itu dengan lebih dekat dan jelas.
Rambut lurus dan lembut yang menutupi sebelah sebelah wajah gadis itu dialihkan ke tepi lalu tapak tangan besarnya menyentuh wajah Carla Liliana Pia lalu diusapnya lembut pipi gadis tersebut.
Sesaat bibirnya bertemu dengan dahi Carla Liliana Pia dan berlabuh pada bibir halus yang menjadi ketagihannya setiap saat apabila mulut kecil itu berbicara dengannya.
Selimut yang menutupi separas pinggang gadis itu dibetulkan sedikit lalu dia kembali berdiri tegak seraya berlalu keluar daripada bilik itu.
Suka? Dia sukakan gadis itu tapi bukan sekadar suka , dia cintakan Carla Liliana Pia . Dia tak nafikan itu . Dia seorang lelaki yang tak pernah menggunakan cara lembut kerana apa yang dia inginkan dia pasti miliki .
Buktinya, kini dia memiliki Carla Liliana Pia. Walaupun bukan dengan berjaya memiliki hati gadis itu, dia tak peduli. Lambat-laun, dia pasti akan miliki sekeping hati milik Carla Liliana Pia.
Sebaik masuk ke dalam lif, De'luz mengukir senyuman sinis dihujung bibirnya, kelopak mata dipejam rapat buat sesaat sebelum dibuka kembali dengan anak mata birunya yang mula bertukar gelap.
Carla Liliana Pia pantas mencelikkan mata sebaik saja mendengar bunyi pintu biliknya dikunci daripada luar menandakan bahawa De'luz sudah keluar daripada biliknya. Degupan jantung yang berdegup kuat itu cuba distabilkan.
Dia sedar dan dia tahu lelaki itu masuk ke dalam biliknya tetapi sengaja dia berpura-pura tidur. Sesaat, terasa ciuman lelaki itu yang singgah di dahi dan bibirnya tapi perasaan lain menjalar dihatinya.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...