- It is the time when you will get to see the worst show -
_______________________________Carla Liliana Pia yang sedang merenung ke arah luar balkoni biliknya itu tersentak saat terdengar bunyi bising dengan suara De'luz yang sedang nenjerkah seseorang diikuti suara tangisan dan jeritan yang lain.
Kini, sudah dua hari dia tak berhadapan dengan lelaki itu sejak pertengkaran yang berlaku waktu makan malam tempoh hari. Makan malamnya dihantar oleh Jane dan dua hari itu juga langsung tiada arahan daripada De'luz.
Pada malam di mana dia meninggikan suara pada lelaki itu, dia hanya berbaring di atas katil dengan perasan berdebar memikirkan apa yang bakał lelaki itu lakukan atas perbuatannya yang dikira turut melanggar peraturan itu.
Tapi hatinya lega bila tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu pada malam tersebut. Pun begitu dia turut kesal dengan perbuatannya yang akan mungkin bakal dihukum oleh De'luz tika itu.
BANG!
Carla Liliana Pia menekup kedua belah telinga dengan tapak tangannya saat terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan di tingkat bawah rumah lelaki itu. Sungguh dia tak selesa dengan bunyi yang selalu membuatnya terkejut itu.
Diabaikan bunyi tembakan tersebut kerana ianya tak berkaitan dengan dirinya, lagipula dia tak dibenarkan keluar daripada bilik tersebut melainkan dengan kebenaran daripada lelaki itu.
Keluhan halus terlepas dari bibirnya seraya melangkah ke arah katil lalu dia melabuhkan duduknya pada birai katil sambil menunduk menekur lantai dengan kedua belah kaki yang tergantung bergerak ke depan dan ke belakang.
Wajah Carla Liliana Pia berkerut bila sedar bahawa paras tubuhnya benar-benar rendah, buktinya kedua belah kaki kecilnya langsung tak jejak ke atas lantai yang diperbuat daripada kaca bilik itu.
" Ke katil ni tinggi sangat? " gumamnya perlahan dengan wajah hairan .
Seketika bunyi kunci yang membuka pintu biliknya membuatkan Carla Liliana Pia berdebar-debar.
Risau jika lelaki itu datang untuk melunaskan hukuman tempoh hari padanya, mungkin lelaki itu akan menembaknya.
Carla Liliana Pia perlahan berdiri dengan mata bulatnya yang makin membulat itu, bibir diketap rapat dengan kedua belah tangan yang meramas tepi gaun tidur yang separas bawah lututnya itu.
"Miss, come with me!"
Pengawal yang ditugaskan untuk mengawal dihadapan pintu biliknya itu bersuara dengan nada tegas dan juga riak wajah yang serius tanpa secalit senyuman di bibirnya.
Dengan tubuh tegap dan besar itu, turut menakutkan gadis tersebut.
Carla Liliana Pia mengangguk sekali kepalanya lalu dengan langkah yang perlahan, dia membuntuti lelaki tersebut masuk ke dalam lif. Butang lif ditekan menuju ke tingkat paling bawah rumah lelaki tersebut.
Dia sendiri tak pasti berapa tingkat kesemuanya rumah lelaki itu. Mereka berdua diam tanpa bicara hingga keluar daripada lif tersebut.
Carla Liliana Pia menarik nafas dalam saat mereka hanya berjalan lurus dengan cahaya yang agak suram sebaik keluar daripada lif itu.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...