5| MINE

64.2K 2.9K 266
                                    

- Everybody has something that make them attracted , mine just happens to you -
______________________________


Carla Liliana Pia menggumam perlahan apabila terasa lenanya terganggu. Terasa tubuhnya seakan terhuyung-hayang, makin rapat kepalanya dilabuhkan pada bantal empuk tersebut.

Seketika dahinya berkerut saat bantal itu bernafas. Carla Liliana Pia terus mencelikkan matanya seluas yang mungkin apabila terdengar 'bantal' tersebut tertawa kecil.

Tersedar bahawa itu bukan lah bantal yang difikirkannya, terus dia bangun duduk dengan riak wajah terperanjat. Sesaat Carla Liliana Pia terjerit kecil apabila mendapati dia berada di atas riba lelaki itu.

"You're awake."

Tanpa menghiraukan lelaki tersebut, Carla Liliana Pia cuba untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu tetapi pergerakannya ditahan. De'luz memeluk erat pinggang gadis itu dengan wajah bengisnya.

Carla Liliana Pia mengetap rapat bibirnya dengan sebelah tangan menyelitkan rambut panjangnya di tepi telinga.

Dia terdiam sejenak memikirkan keadaan dirinya tika ini. Dia diculik. Nafasnya yang tak teratur cuba distabilkan.

"Y—you kidnap me! What do you want from me?! Let me go!"

Kedua belah tangan besar lelaki itu yang memeluk pinggangnya cuba dirungkaikan tetapi langsung tak bergerak. Jelas lelaki tersebut lebih gagah berbanding dirinya yang kecil itu.

"Non posso, tesoro mio." (I can't, sweetheart)

Balasan bersahaja lelaki itu makin menaikkan api kemarahan Carla Liliana Pia. Sesungguhnya, dia sendiri belum pasti apa yang lelaki itu inginkan daripadanya.

Perasaan sebak mula bertandang dihati.

Dia pasti, mesti kakak kembarnya sedang menunggunya tika ini. Beg yang mempunyai segala barang peribadinya juga turut tak ada bersamanya. Tangan dikepal kuat membentuk penumbuk.

"Just let me go.. Please." rayunya lembut sambil menunduk ke bawah.

Airmata yang bertakung di tubir mata, hampir menitis di pipinya ditahan. Kelopak mata dikerdipkan beberapa kali, menghalang airmatanya yang bakal tumpah bila-bila masa saja.

Dia tak akan menjatuhkan airmatanya dihadapan lelaki itu, dan dia tak akan menunjukkan bahawa dia seorang yang lemah pada mata lelaki tersebut kerana semestinya kemenangan akan berpihak pada lelaki itu.

De'luz hanya tersenyum sinis.

Dia tak akan lepaskan gadis itu, sekali gadis tersebut berada dalam genggamannya, tak akan sesekali dia lepaskan kembali. Dia mahukan gadis itu. Walau dengan cara kasar sekalipun.

She's mine. Only mine.

Sejak hari pertama dia melihat Carla Liliana Pia, dimana gadis tersebut memihak kepada perempuan yang meminta pertolongan darinya tempoh hari, sungguh dia tertarik dengan cara Carla Liliana Pia.

Setiap ayat yang lebih kepada sindiran yang keluar dari bibir halus itu, menunjukkan bahawa Carla Liliana Pia bijak berkata-kata.

Saat gadis itu melawan lelaki yang cuba untuk menyentuhnya, itu makin menarik perhatian De'luz.

Tika itu dia berada di sudut paling hujung dalam Cafe tersebut yang agak tersorok, jadi tiada sesiapa yang perasan akan dirinya.

"In life, everybody has something that make them attracted and mine just happens to you."

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now