- A good girl is supposed to be very quiet -
______________________________Kepala yang terasa berdenyut memaksa Carla Liliana Pia mencelikkan matanya, sebelah tangan naik memicit perlahan dahi yang semakin berdenyut kuat itu. Wajahnya berkerut halus.
Setelah dirasakan keadaan kepalanya makin berkurang denyutan, anak mata kelabu itu meliar memerhati keadaan sekeliling. Dia mengeluh kecil, kini dia berada di atas katil biliknya.
Tubuh yang terbaring dibangunkan perlahan lalu badan disandar di kepala katil. Seketika, wajah Carla Liliana Pia berubah pucat saat mengingati perkara yang berlaku di basement tersebut. Mata bulatnya mula bertakung dengan airmata.
Terlayar di ruang mata saat pisau tajam yang mengelar leher lelaki tersebut. Kedua belah lutut dirapatkan pada dadanya dengan tangan kecil menekup wajahnya. Terhinjut-hinjut bahu Carla Liliana Pia menahan daripada terkeluar suara tangisannya.
Tak dapat dibayangkan jika papanya yang dibunuh sama seperti lelaki tersebut. Mengingati ahli keluarganya yang lain makin deras airmata mengalir membasahi pipinya.
Dia tak menyangka bahawa lelaki tersebut begitu kejam.
Hanya disebabkan perkara kecil hingga sanggup membunuh tanpa memberi peluang. Dia tahu, sememangnya mereka yang tergolong dalam kumpulan Mafia terlalu pentingkan duit dan juga kuasa. Tapi mengapa sampai membunuh?
Seketika, bunyi pintu bilik dibuka dari luar membuatkan Carla Liliana Pia mendongak kepalanya perlahan sambil mengesat sisa airmatanya.
Muncul susuk tubuh De'luz yang melangkah masuk ke dalam biliknya dengan riak wajah bengisnya itu diikuti Jane yang membawa dulang makanan lalu diletakkan ke atas meja kecil itu sebelum berlalu keluar.
"Get up. You fainted about for hours ago and you have to eat." arahnya kekal dengan nada dinginnya.
Kepala ditunduk kembali ke bawah sambil menggeleng kecil.
Tiada selera untuknya makan setelah melihatkan apa yang berlaku seketika tadi, jelas lelaki itu menghukumnya melalui mentaliti bukan fizikalnya dan sengaja lelaki itu mahu mengawal emosinya.
Rahang diketap rapat lalu perlahan kaki diatur menuju ke katil gadis itu manakala Carla Liliana Pia pula yang perasan akan pergerakan De'luz memandang lelaki itu dengan mata yang terbuka luas.
"No. I'm n-not hungry." ujarnya perlahan tanpa membalas pandangan membunuh lelaki itu.
Badan diundur ke belakang saat lelaki tersebut berdiri ditepi katilnya. Air liur ditelan kasar.
Carla Liliana Pia takut-takut melihat De'luz yang duduk di birai katil berdekatan dengannya, risau jika dia membuatkan lelaki itu mengamuk untuk kali kedua.
" Macam mana nak makan kalau lepas tengok orang kena bunuh? Lepastu dia tengok pun macam nak telan je , siapa je yang tak takut . Hm .. "
Carla Lliana Pia menggumam halus dan perlahan sambil mengerling De'luz yang sedang menyinsing lengan baju kemeja hitamnya, tetapi didengari oleh lelaki itu apa yang dikatakannya.
De'luz tersenyum sinis .
" Aku tunjuk sikit kau dah pengsan . Kau kena makan , hukuman kau tak habis lagi . Aku tak kira kau suka atau tak . Faham? "
Terus membuntang mata bulat Carla Liliana Pia dengan mulut yang terlopong kecil seraya memandang wajah De'luz yang tersenyum sinis yang sedang menguis makanan di dalam pinggan itu dengan sudu ditangannya .
Lidahnya kelu untuk bersuara saat pertama kali mendengar lelaki itu berbahasa Melayu dengannya dan turut faham apa yang dikatakannya sebentar tadi.
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...