8| BAD SIDE

51.4K 2.6K 340
                                    

- Don't get on his bad side . He also can be your worst enemy -
__________________________

Carla Liliana Pia melangkah perlahan setelah keluar daripada lif diikuti dua orang, orang suruhan De'luz yang menjadi pengawal pada gadis itu sejak dari hari pertama Carla Liliana Pia berada di situ.

Wajahnya hanya menunduk ke bawah dengan perasaan berdebar-debar untuk bertemu dengan rakan lelaki itu. Dia tiba di ruang makan yang besar dan mewah itu dihiasi dengan lampu kecil yang bercahaya terang di sudut meja.

Jane yang sudah berada di meja makan itu menarik kerusi untuk Carla Liliana Pia dan bersebelahan dengan De'luz. Manakala, dua orang lelaki berada bertentangan dengan Carla Liliana Pia.

Carla Liliana Pia hanya melihat Jane yang berhati-hati menyediakan makanan untuknya itu tanpa bertentang mata dengan dua orang lelaki dihadapannya. Dapat dilihat dengan ekor mata De'luz yang sedang merenungnya tajam.

" Name , Carla . Mine . "

De'luz memperkenalkan Carla Liliana Pia kepada dua orang lelaki tersebut seraya meletakkan sebelah tangannya pada bahu gadis itu l. Carla Liliana Pia sedikit terperanjat dengan sentuhan tiba-tiba lelaki itu.

"They're my guest, Lorenzo and Lucas."

Carla Liliana Pia mengangkat perlahan kepalanya yang tertunduk itu memandang ke arah dua orang lelaki tersebut. Terkebil-kebil matanya saat dua orang lelaki itu merenungnya seakan mahu ditelannya saja.

Terus membahang wajah Carla Liliana Pia, jelas kedua belah pipinya merah-kemerahan. Senyuman kecil yang jelas terpaksa itu diberikan pada dua orang lelaki tersebut. Kedua-duanya cukup mempunyai wajah yang tampan.

"Hi. I'm Carla." sapanya sedikit berbisik sebelum menunduk memandang pinggan makanannya.

Lorenzo, lelaki bermata hazel dengan rambut bewarna perang itu hanya tersenyum sinis melihat wajah membahang malu gadis itu.

Manakala, Lucas yang berambut light brown dan juga bermata hijau itu hanya tersenyum tipis dan tak serius Lorenzo.

"Lei è timida." (She's shy) ujar Lucas seraya tergelak kecil sambil mata tak lepas memerhati gadis itu.

Wajah yang sedang menunduk Carla Liliana Pia dengan wajah merah padam itu dipandang sekilas sebelum membetulkan duduknya. Mata kembali terhala pada makanan yang terhidang.

"Yes, she is. Silenzio ma coraggioso." (silence but brave) balas De'luz perlahan dengan nada dinginnya.

Carla Liliana Pia menyuap makanannya perlahan tanpa menghiraukan perbulan tiga orang lelaki tersebut yang masing-masing merenungnya seakan pesalah itu.

Hanya beberapa perkataan saja yang difahaminya, selebihnya dia langsung tak mengerti.

Lucas mengerut keningnya sambil memandang ke arah Carla Liliana Pia sekilas sebelum menoleh ke arah De'luz. Lorenzo pula tersengih sinis, apa yang gadis itu lakukan tempoh hari sudah mereka ketahui.

"Soon, she will know that her courage is ineffective. She didn't know me as well. Right, bambolina?" (baby doll)

Sinis dan mendalam De'luz bersuara seraya menyindir gadis pemalu itu tanpa memandang gadia tersebut. Mahu melihat reaksi Carla Liliana Pia seterusnya.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now