- You see I'm not 'like a boss' because I am the boss -
__________________________Carla Luna Mia mengucup kedua belah pipi Damia sebaik saja tiba di rumah orang tuanya itu. Lalu tubuh Carl Hans Mikael dipeluknya erat sambil tersenyum nipis tapi hatinya tak henti berdegup, risau memikirkan adiknya.
"Luna sihat? Training okay?"
Carl Hans Mikael memandang anaknya yang melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengannya, bahu isteri yang berada di sebelahnya dipeluk dengan sebelah tangan.
"Okay je, minggu depan Luna kena pergi Thailand untuk pemilihan Muay Thai. Kalau ikutkan Luna kena ada dekat sana hari ni tapi ada hal sikit."
Damia tersenyum nipis, Carla Luna Mia bukan saja berlatih malah turut menyertai pelbagai anjuran yang ditawarkan untuknya, jarang untuk dia bertemu dengan gadis itu.
Anak keduanya pula yang berada jauh di negara barat itu masih lagi melanjutkan pelajaran di sana dalam bidang perguruan, pun begitu jika ada kelapangan dia akan berbual dengan Carla Liliana Pia, gadis pemalu itu.
"Adik macam mana? Mama dah jarang dapat call dari adik, Skype pun tak dapat juga."
Carla Luna Mia tersenyum pahit mendengar pertanyaan mamanya itu, riak wajah risaunya cuba dikawal sebaik mungkin.
Malangnya maklumat yang diminta daripada Jay masih lagi belum ada khabarnya.
"Adik okay. Pia sibuk sikit mama, dia kata exam dah dekat. So, jarang lah dia nak buka Skype. Pia ada cakap suruh inform dekat mama tapi Luna lupa pulak. Maaf ya, mama."
Air liur ditelan kasar, tangan digenggam erat. Perasaan bersalah menyerbu saat dia terpaksa membohongi mamanya tapi dia sendiri masih lagi belum tahu perkembangan adiknya di Itali.
Carl Hans Mikael mengerut dahi sesaat sebelum mengangguk kecil, setahunya exam akan bermula dua minggu lagi. Mungkin dipercepatkan fikirnya. Lagipun dia tak mahu menganggu anaknya itu.
"Biarkan, jangan ganggu Pia tu. Dia nak exam kan? Memang lah busy sikit. Luna nak pergi mana pulak lepasni?"
Kening diangkat sebelah pada anaknya itu, wajah gusar Carla Luna Pia menghairankannya tapi tak dihiraukan.
Mungkin dia yang tersalah pandang.Tapi entah kenapa hatinya terasa berdebar.
"Haah! P-Pia busy sikit, betullah papa cakap tu. Luna nak jumpa Jay kejap nanti, ni tengah tunggu dia datang ambil. Luna malas nak drive."
Senyuman paksa dihadiahkan pada kedua orang tuanya. Seketika deringan telefon bimbit miliknya kedengaran dan itu membuatkan Carla Luna Mia menghela nafas lega.
Dia sudah hadam dengan perangai Carl Hans Mikael yang begitu mengambil berat tentang dia dan adiknya.
Makin lama berada di rumah papanya, bimbang papanya menyoal bermacam lagi soalan yang dia sendiri tiada jawapan untuk itu.
Setelah menamatkan panggilan daripada Jay, senyuman halus dihadiahkan pada kedua orang tuanya.
"Jay dah sampai, dia singgah lain kali. Nak cepat katanya. Luna pergi dulu tau, bye pa, ma!"
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomansaBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...