7| HELL

54K 2.5K 128
                                    

- Think wisely , heaven or hell of your choice -
_________________________

Sudah seminggu Carla Liliana Pia berada dalam tahanan lelaki itu. Sehingga kini, dia belum mendapat jawapan yang sebenarnya apa yang lelaki itu inginkan darinya. Dia dikurung dalam bilik yang kini telah menjadi bilik tidurnya.

Carla Liliana Pia dibenarkan keluar hanya dengan kebenaran De'luz saja. Ya, setiap pergerakan, apa yang perlu dilakukan atau apa yang dilarang untuk dilakukan Carla Liliana Pia semuanya dibawah kawalan lelaki itu.

Malah, dihadapan pintu biliknya juga terdapat dua orang pengawal yang turut diarahkan De'luz untuk mengawasinya, dirinya tak ubah seperti seorang banduan pada lelaki itu. Pun begitu, layanan lelaki itu tak begitu kasar terhadapnya.

Mungkin buat masa sekarang layanan lelaki itu begitu , hari yang mendatang dia tak pasti bagaimana pula layanannya. Dia akui, memang sikapnya selalu saja menaikkan amarah lelaki itu.

Tapi dia tak mahu berada bersama De'luz. Dia inginkan kehidupannya seperti biasa, ke kuliah, menghabiskan masa di Cafe bersama Mandy, berbual bersama kakak dan ahli keluarganya.

Dia ingin bebas, bebas seperti hari-hari sebelum dia dibawa pergi oleh De'luz. Tapi hanya angan-angan saja. Seperti biasa, bila memikirkan nasibnya, airmata perlahan mengalir keluar ditubir matanya.

Rutin hariannya, dia dibenarkan keluar untuk waktu makan dan bila lelaki itu ingin bertemu dengannya saja dan bersama dengan lelaki itu seorang, manakala masa yang selebihnya hanya dihabiskan berada di dalam biliknya.

Hanya beberapa peraturan saja yang perlu dipatuhi Carla Liliana Pia buat masa sekarang iaitu;

1 - Not allowed to leave the room without permission .

2 - Not allowed to talk to anyone except the maids .

3 - Must be next to the Master at dinner.

4 - Allowed to leave the room if directed by the Master .

5 - Must be in the room at 10 pm .

Perjanjian telah dimeterikan dan juga tandatangan persetujuan telah dibuat, Carla Liliana Pia tiada pilihan lain selain wajib mematuhi peraturan tersebut.

Airmata yang deras mengalir membasahi pipinya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

Jelas riak suram dan kesedihan terpancar di wajahnya, mata yang sembab dengan hidung yang merah kesan daripada menangis seketika tadi.

Bunyi pintu bilik dibuka dari luar tapi tak dihiraukannya. Ya, biliknya dikunci dari luar bagi mengelaknya daripada melarikan diri. Carla Liliana Pia tahu siapa yang membuka pintu bilik itu. De'luz.

Hanya lelaki itu saja yang masuk ke dalam biliknya, tiada sesiapa yang dibenarkan masuk walaupun pembantu rumah lelaki itu sekalipun.

Carla Liliana Pia terpaksa menurut segala arahan lelaki tersebut sama ada rela atau terpaksa.

"Prepare yourself, you will have dinner with my friends tonight."

Carla Liliana Pia hanya mengeluh kecil seraya mengangguk kepalanya tanpa menoleh ke arah De'luz. Pandangannya hanya tertumpu ke arah luar balkoni biliknya itu.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now