- When he's mad; even the demons run for cover -
___________________________Bunyi dentuman kuat dan juga kaca pecah yang terhasil daripada biliknya bergema dalam rumah agam tersebut. Pembantu dan orang suruhannya hanya berdiam diri dengan badan yang menggigil ketakutan. Wajah masing-masing pucat tak berdarah.
Carla Liliana Pia yang berada dalam bilik tidurnya turut mendengar bunyi bising tersebut memandangkan biliknya hanya bersebelahan dengan bilik lelaki itu.
Kini dia mengerti apa yang dikatakan Lorenzo sebentar tadi.
Itu sisi sebenar De'luz apabila dikuasai oleh amarahnya dan amukannya satu perkara ngeri bagi mereka yang mengenalinya.
Carla Liliana Pia yang sedang berbaring di atas katil itu mula cemas dan gelisah. Pasti lelaki itu sedang mengamuk dengan sikapnya seketika tadi, terselit rasa kesal dihatinya.
Mungkin lelaki itu akan menghukumnya nanti.
Serta-merta jantungnya berdegup kencang, tangan halusnya yang bergetar kecil itu mencengkam erat selimut yang menutupi hingga separas bahunya. Sungguh tak dia jangka amukan De'luz benar-benar membuatnya ketakutan.
Lorenzo mengetap gigi rapat dengan wajah tegangnya. Dentuman diikuti bunyi pelbagai benda yang terhempas membuatkan dia kerisauan memikirkan apa yang sedang sahabat baiknya itu lakukan tika ini.
"I told you." ujar Lucas perlahan dengan wajah berkerut. Kusut dibuatnya.
PRANG!
Lelaki itu tak boleh dibiarkan, lantas Lorenzo melangkah pergi dari ruang tamu tingkat tiga itu diikuti Lucas masuk ke dalam lif menuju ke tingkat atas dimana terletaknya bilik De'luz.
Sempat Lucas memandang ke arah Jane dan pembantu yang lain sambil memberi isyarat supaya mereka berhati-hati jika De'luz hilang kawalan dan menjadikan mereka sebagai tempat melepaskan amarahnya.
Telefon dikeluarkan lalu nombor seseorang di dail, Lorenzo menekapkan telefon pada telinga kanannya sambil melangkah keluar daripada lif. Setelah beberapa ketika berbual, talian ditamatkan.
"Watch out the girl's room!" arah Lorenzo tegas pada Lucas yang berada di sebelahnya.
Kepala diangguk perlahan sebelum Lucas melangkah ke arah bilik yang diduduki Carla Liliana Pia lalu dia berdiri dihadapan pintu bilik gadis itu. Dua orang pengawal yang turut berada disitu menunduk hormat padanya.
Manakala, De'luz yang berada di dalam biliknya masih lagi menghamburkan amarahnya. Segala benda yang terlihat di matanya dicampak dan dihempas ke atas lantai dan dinding bilik tersebut melepaskan amarahnya pada Carla Liliana Pia.
Komputer yang berada di atas lantai remuk dan skrin pula retak seribu, kaca pasu bunga berselerak di atas lantai, meja dan kerusi juga turut diterbalikkan.
Bilik yang kemas dan rapi kini bersepah menjadi mangsa amukan De'luz.
Seketika De'luz meraup wajahnya kasar dengan dada yang turun naik. Tika ini, sesiapa saja pasti gerun melihatnya.
Kata-kata Carla Liliana Pia mula bermain difikirannya dan itu menaikkan lagi amarahnya. Lantas meja cermin besar dihadapannya ditumbuk sekuat hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/129739139-288-k567532.jpg)
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...