Paan dan Bad, dua pelajar paling dikenali di sekolah. Bukan kerana hebatnya mereka bermain bola sepak., apatah lagi mereka ialah kaki bangku. Bukan juga merdu suara mereka, tambah-tambah lagi hujan pasti dan sepasti-pastinya akan turun lebat jika mereka mula menyanyi dek suara sumbang. Mereka dikenali semua orang kerana kenakalan mereka. Pecah masuk bilik guru lalu menonton video lucah di komputer guru, menyelak kain budak-budak perempuan ketika naik tangga, entah macam mana mereka boleh mencabut bra pelajar perempuan ketika sukan jasmani, suka menconteng dinding, calarkan kereta warden, membuli dan juga gemar melepak di atas tangki air utama sekolah. Yang anehnya, dua orang pelajar nakal ini tidak pernah sekali-kali mendapat keputusan peperiksaan yang teruk apatah lagi semua subjek akan mereka skor dengan gred A dan amatlah jarang mereka mendapat keputusan B,C,D,E ataupun gagal.
"Bad, kau pernah dengar bebudak ni cerita pasal bilik air tingkat bawah asrama kita tu?" kata Paan sambil pandang bintang daripada atas tangki air. Di bawah tangki, berdekatan bangunan komputer, pak guard sedang meronda dengan torchlight disuluh ke sana sini.
"Selalu weh aku dengar. Bebudak ni kata situ rumah bunian. Aku pernah nampak bayang nenek doh kat situ," jawab Bad beriya-iya. Paan pandang saja Bad. Dia cebik bibir.
"Aku tak percayalah semua benda ni. Karut ah. Mana ada hantu, orang bunian duduk kat sekolah. Dia nak belajar addmath ke-benda duduk sekolah? Tempat dia dengan tempat kita mana boleh sama. Frequency dia berbeza, dunia dia berbeza kot. Lagipun, aku tak rasa bunian atau hantu segala ni wujud. Orang saje buat cerita."
Bad dah mendengus. "Kau pehal Paan? Hantu ni wujud, cuma kau je yang tak nampak. Cuba kalau nampak? Entah-entah, dia ada je sekarang ni belakang kau tu, tengah perati je dengan mata jegil-jegil, ready nak gigit tengkuk kau!" cakap Bad dengan nada yang geram.
Tak puas hati betul aku dengan budak skeptikal ni."Mana-mana?" balas Paan sambil pukul-pukul angin, konon-konon memukul hantu. "Takde pun, kalau ada meh lah keluar!"
Bad jeling, panas dengan mulut celupar kawannya itu. Dahlah tengah malam ni.
"Aku tak percayalah. Karut Bad, zaman moden hantu tak wujud dah. Dulu yelah kot. Zaman atuk nenek kita, diorang pakai saka jaga kebun, jaga ladang, jaga rumah. Sekarang mana ada dah. Saka tu rupa macam mana pun aku tak tau. Kalau ikut apa nenek aku cerita, saka ni macam spirit with body, dia ada jisim tapi dia invisible." Paan tegaskan pendiriannya. "Sekarang ni, hantu mana boleh cari makan dah sebab manusia-manusia ni semua lagi hantu, kalah perangai setan, hehehe."
Bad sandar pada tangki dengan muka berkerut. "Kau jangan cabar lah Paan, bahaya cakap besar ni," malas Bad nak panjang-panjangkan cerita dengan Paan ni, bukan boleh sangat budak tu.
Paan sengih, dia menang debat. Dia masih rasa hantu tak wujud. Cerita bilik bunian di asrama mereka itu pun hanya rekaan saja pada dia. Cerita turun-temurun, biasalah senior suka takutkan junior.
**
Bad mengiring ke kanan lepastu mengiring ke kiri. Matanya masih belum mahu lelap. Sudah hampir satu jam dia baring pelbagai posisi – cuba untuk tidur, tidak juga datang feel tidur itu. Tak sampai seru lagi gamaknya, pundek. Dia jeling ke semua arah bilik. Rumet-nya berlima – Jijul, Chod, Amir Lekuk, Husni dan Amey Ipoh semua sudah terbongkang – lena dibuai mimpi. Bad masih lagi tidak mampu padam matanya dan sekarang, otaknya ligat memikirkan hal yang tidak-tidak. Dia sedang membayangkan, mungkin Jijul sedang bermimpi bermain gym bersama Diana si gadis pujaan hatinya – Chod sedang memilih bra bersama geng-geng 'gegirl'-nya di Victoria's Secret – Amir Lekuk sedang mandi di swimming pool bersama Ameera si Bubble Butt – Husni sedang perati Amir Lekuk dan Ameera mandi – Amey Ipoh mungkin tak bermimpi apa-apa (Bad malas fikir tentang mamat skema tu). Paan yang tadi menyembang dengannya sudah pulang ke dorm sebelah, mungkin juga sudah tidur.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.