Aku dan Aqil

3.3K 234 13
                                    

Apa yang aku nak cerita ni adalah perkara benar dan terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak. Its up to you. Aku merupakan bekas seorang pelajar perempuan di sekolah menengah agama di Johor. Kawasan mana? Maaf tak boleh sebut. Perkara yang aku lalui ni dah lama berlaku sewaktu aku menjadi salah seorang pelajar di sekolah tersebut dan sekarang aku dah nak habis study dah pun and akan mula praktikal tak lama lagi.

Kisah ni berlaku waktu aku berumur 14 tahun. Aku ni di sekolah orangnya agak independent dan agak suka menyendiri sebab aku rasa lebih selesa bersendiri berbanding orang lain yang suka berteman ke sana sini. Oleh kerana aku bersekolah di smka, aku ada diajar serba sedikit bagaimana ingin mengesan kehadiran makhluk halus dan menangani gangguan iblis laknatullah ini dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Aku ada seorang kawan yang hijabnya terbuka dari kecil dan boleh melihat benda-benda halus. namanya Airin. Airin ni pun dia lebih kurang macam aku jugak agak independent dan selesa bersendirian.

Tapi bila masuk form 2 kami berkawan baik. Aku nak berkawan dengan dia ni mungkin sebab dia tak begitu sensitive dan mudah merajuk macam kawan-kawan perempuan aku yang lain atau aku kategorikan sebagai ‘gedik’. Dia agak ‘chill’ dan bersahaja. Cuma dia ni selalu dikategorikan pelik oleh budak-budak lain sebab dia suka bercakap sendirian dan ketawa tiba-tiba. Cuma aku je yang tahu dia boleh melihat dan berkomunikasi dengan benda tu. Bila masuk sahaja ke tingkatan 2, kami ditempatkan di kelas yang agak terpencil di blok lelaki kerana ada masalah teknikal yang dielakkan.

Lelaki dengan perempuan kelasnya diasingkan. Ada sebab kenapa blok ini hanya ditempatkan pelajar lelaki sahaja dan bukan pelajar perempuan. Semuanya normal hinggalah tiba pada suatu hari ni. Aku masuk kelas pada waktu pagi. Oleh kerana waktu tu pagi dan masih gelap, aku ada rasa something yang agak menyeramkan tapi aku buat tak tahu saja. ‘Nanti hilanglah tu’ aku fikir. Tiba-tiba aku terhidu bau busuk sangat-sangat macam bau taik kucing bercampur darah hanyir. Bila tiba waktu perhimpunan pagi, aku tanya dekat kawan-kawan kelas aku. Tang mana yang bau bacin lahanat sangat tu. Aku ni seorang yang agak panas baran dan tak tahan dengan bau busuk. Aku bertanya dengan agak kasar.

bila masuk ke kelas kawan-kawan semua tanya mana taik kucing tu. Tapi aku diam. Sebab memang tak jumpa apa-apa benda kotor dalam kelas tu. Then semua marah aku balik sebab aku marah diorang pagi tadi kecuali Airin. Sebab dia tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bila tiba waktu makan pukul 2 petang, semua keluar kecuali aku dan Airin. Dia senyum dan cakap ‘kau tau apa yang kau bau pagi tadi?’. Aku tanya dia. Dia ceritakan segalanya. Rupa-rupanya di bawah kelas kami ni tertanam satu mayat yang semua orang tak tahu kewujudannya kecuali Airin dan seorang ustaz di sekolah aku iaitu ustaz Malik. Sebab diorang berdua ni ada sixth sense. Airin sendiri pernah bercakap dengan benda tu dan Airin kata benda tu sengaja nak kacau aku sebab aku terlalu berani masuk kelas pukul 6 pagi tadi. Then aku tak percaya.

Tiba lah malam tu, aku tengah belajar sorang-sorang. Dalam dorm aku ni ada 14 orang pelajar. Dorm aku di tingkat paling atas sekali dan paling hujung bersebelahan stor. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selalu dapat kelas dan dorm yang macam terpencil sikit, entahlah, adalah tu hikmahnya. Aku belajar di depan pintu dorm sebab kami diwajibkan tutup lampu tepat pukul 11.30 malam. Belajar punya belajar sampai tak sedar jam dah pukul 2 pagi. Aku dah mula seriau sebab banyak kisah-kisah seram yang jadi dekat hostel perempuan ni. Tapi aku sambung je lah sebab subjek Quran Sunnah ni kena hantar esok dan cikgu yang ajar aku tu garang orangnya. Aku taknak lah kena berdiri atas kerusi macam minggu lepas.

Nasib baik dalam kelas aku semua perempuan. Tengah buat tu tiba-tiba aku macam rasa kehadiran something sebab badan aku tiba-tiba seram sejuk dan bulu roma menaik. Bila aku angkat kepala, aku menangkap satu susuk tubuh kanak-kanak lelaki lingkungan umur 12 tahun tengah berdiri di hujung koridor depan stor sebelah dorm aku. Kanak-kanak tu menunduk, yang aku tahu dia pakai baju warna merah dan berdarah. Disebabkan aku dah biasa dengan penampakan yang sebegitu aku buat tak tahu saja tapi rasa seram tetap ada.

Baru nak mula menulis balik, nama aku dipanggil berkali-kali oleh suara budak lelaki. Aku pandang budak yang aku nampak tadi. Dia mengangkat kepala dan tersenyum. Subhanallah! Mukanya hancur. Aku hanya nampak matanya yang memandang aku macam meminta simpati. Dia senyum. Ini kali pertama aku mengalami kejadian macam ni dalam hidup. Aku bangun perlahan dan berjalan melintasi gerobok loker dan baring di katil. Aku tarik gebar dan selubungkan badan aku. Aku ni bukan pemberani sangat. Semua orang dah tidur kecuali aku. Tidur mati pulak tu. Terketar-ketar aku baca ayat kursi dan 4 qul sampailah aku tertidur.

Esoknya aku bangun lambat dan demam. Aku tak pergi sekolah dan hanya duduk di dorm sampailah pukul 2 petang. Airin datang bawa makanan untuk aku. Tak dinafikan Airin ni agak mengambil berat orangnya. Tengah aku makan dengan lahapnya tu sebab terlalu lapar tak makan dari pagi, Airin buka cerita. Dia kata dia tahu apa yang aku nampak malam tadi. Terus hilang selera aku mengenangkan apa yang jadi malam tadi. Aku tanya dia macam mana dia tahu. Dia kata budak lelaki tu ada di sebelah dia. Terus kecut perut aku dibuatnya. Makanan aku letak tepi dan aku tangkas menarik gebar dan tutup muka. Airin kata “jangan takutlah. Dia bukanya nak gigit kau pun. Dia pun tak selera tengok kau”. Eh dia ni geram pulak aku tengok. Aku mencampakkan gebar yang aku pegang tadi ke muka Airin dan sambung makan seolah-olah aku tak dengar apa yang dia cakapkan.

Airin kata, “aku tahu kau takut tapi Aqil ni datang tunjuk diri dia dekat kau malam tadi sebab kau tak percaya kewujudan dia. Dia tak terniat nak takutkan kau”. Aku terkejut. Benda ni ada nama??? Tiba-tiba Airin bersuara, “mestilah dia ada nama. Dia pernah hidup dulu”. Aku terkejut. Rupanya dia dah lama berkawan dengan ‘Aqil’ ni dan Aqil ni tahu apa yang aku cakapkan dalam hati. Aku ni yang sememangnya mempunyai sikap ingin tahu yang kuat, aku tanya pada Airin. Apa sebenarnya jadi pada Aqil ni.

Ceritanya macam ni. Dulu sebelum sekolah aku ni dibina ada sebuah rumah anak yatim di sekitar ni tapi dah dirobohkan dan dipindahkan di tempat lain untuk memberi laluan untuk pembinaan sekolah ni. Di sebelah sekolah aku ni dulu ada padang yang besar. Padang tu sekarang dah diambil untuk dijadikan padang sekolah aku. Waktu Aqil ni tengah tengok kawan-kawan dari sekolah anak yatim dia yang tengah main bola waktu tu, bola yang diorang main ni dah tercampak di bawah tayar salah sebuah kren yang tengah beroperasi waktu tu. oleh sebab Aqil ni tengah duduk di tepi padang tu, kawan-kawan dia suruh Aqil pergi ambil. Kren tersebut tengah punggah pasir untuk diratakan waktu tu.

Aqil pun memasukkan kaki untuk menendang bola yang tersepit. Tetapi malang tak berbau, kaki Aqil tersepit di bawah kren. Aqil cuba menjerit tapi ngauman bunyi enjin kren lebih kuat berbanding suaranya yang masih kanak-kanak ketika itu. Kren melenyek sedikit demi sedikit tubuh Aqil dan tubuh Aqil digembur bersama tanah. Tubuh Aqil diratakan bersama tanah yang berwarna merah dan diratakan simen pula di atasnya. kawan-kawan Aqil yang menunggu dia di padang menjadi tak keruan. Mereka bersama mencari Aqil tapi yang dijumpai hanya bola yang sudah leper dilanggar kren. Banyak usaha mencari Aqil tetapi masih tak ditemui. Akhirnya Aqil dilupakan begitu saja memandangkan dia tiada ibubapa dan anak yatim piatu. Jenazahnya kini betul-betul di bawah simen kelas kami yang kami selalu pijak selama ini. Rohnya menjadi tidak aman selagi tiada siapa yang menjumpai jenazahnya.

Aku hampir menangis. Kisah ini diketahui oleh ustaz Malik selepas Airin memberitahu ustaz tersebut. Ustaz malik rupanya sudah lama tahu. Akhirnya Airin desak ustaz Malik untuk mengadakan bacaan tahlil untuk arwah Aqil. kami mengadakannya beramai-ramai di surau sekolah bersama pelajar lain tetapi rahsia mengenai Aqil hanya diketahui kami bertiga. Ustaz hanya memberi tahu nama Aqil kepada pelajar lain dan mengatakan bahawa Aqil ialah anak saudara ustaz.

•••

Percaya atau tidak? Terpulang kepada pembaca.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now