Hari ni aku ingin menceritakan pengalaman aku sendiri dan rakan2 pada 3 tahun lepas. Pada tahun 2013, sekolah aku ada buat rombongan ke Cameron Highlands. Cikgu kami ingin mencari hotel yang murah. Cikgu kami pun memilih hendak bermalam di SK Convent Cameron Highlands. Ok,untuk pengetahuan korang, dulu sekolah tu hospital lama dan gereja.
Masa mula-mula sampai tu dah seram. Yang member aku galak tak habis2. Sampai ada yang gegar tiang bagai. Petang tu kami ingin bertolak ke Lavender Park. Kakak aku pun mula berasa hairan sebab dia kata dia ternampak seorang wanita tua, berkaca mata dan berambut putih.
Lepas habis kami shopping di Brinchang, kami pon apa lagi masing-masing terus melompat ke katil. Tapi malam tu mula dah kes kerasukan. Member aku secara tiba-tiba cakap benda aneh dan meracau. Semua pakat lari tidur kat tingkat bawah katil dua tingkat. Tapi orang ingat semua dah okay.
Rupanya tidak. Driver bas kena kacau. Dia kata ada orang “terlebih” ketika nak tidur. Driver bas ada dua tapi tiba- tiba ”tambah” satu lagi. Yang satu lagi member aku dengar orang kemas barang kat dalam dorm dorang.
Keesokannya, semua orang naik bas awal. Perjalanan asal pukul 9 pagi tapi awal 2 jam. Perabis semua takut. Lepas siap makan, kawan aku yang kena rasuk tu meracau balik. Dia kata nampak “makcik” yang kakak aku nampak tu nak naik bas. Pakat semua baca doa sebelum naik bas.
Kami bertolak ingin pulang. Dah sampai di Jerantut kami sampai kat medan selera. Tiba-tiba nak makan salah sorang daripada kami “kena” pula dah. Lepas tu merebak macam virus. Hampir 85% daripada kami kena histeria. Alhamdulillah aku tak kena. Tapi aku rasa ada yang buat-buat. Tapi Wallahualam. Siapalah kita untuk meneka isi hati seseorang. Kemudian orang yang “kena” dibawa ke Masjid Lama Jerantut untuk diubati.
Nampaknya semua macam dah selesai. Ramai yang kena histeria tak datang sekolah keesokannya harinya. Dua atau tiga hari lepas tu member aku yg kena rasuk mula-mula tu kena rasuk lagi. Aku rasa mungkin hantu ikut kot. Keadaan beransur pulih sepenuhnya pada setahun selepas tu. Hantu tu dihantar semula ke Sk Convent oleh seorang ustaz.
•••
TAMAT.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.