Ada satu member ni dia ceritakan pengalaman first time dia jumpa dengan benda ghaib a.k.a hantu ni. Di bawah ni perbualan saya dengan dia. Oh dia tu lelaki ye. Single. Kalau nak berkenalan dengan dia, PM saya haha. Okay okay jom baca...
"Biasalah dekat asrama ada waktu prep, study malam. So masa tu aku sorang je kat bilik study kat bawah sekali. Dorm kat tingkat 3. Malam tu aku buat la keje sorang-sorang. Lama lepas aku buat homework tu, tiba-tiba ada orang tegur aku dari belakang. Tengok-tengok ada orang, tengah duduk. Bunyi masuk tak dengar, bunyi tarik kerusi pun aku tak dengar langsung."
Masa tu pukul berapa?
"Dalam pukul 1 pagi lebih macam tu rasanya. Muka dia aku kenal, macam pernah nampak tapi aku aku tak pasti dia tu siapa."
Kau tak syak pape ke masa tu?
"Takde pun sebab aku macam kenal dia tapi tak tahu siapa. Lagipun aku cuma ingat dia budak asrama jugak."
Okay. Lepastu?
"So, aku buat la kerja, dia pun buat kerja. Sambil tu sembang-sembang macam biasa. Bahan orang, sembang benda lain. So bila kerja aku dah siap, aku still sembang dengan dia. Sambil tu jari aku main-main pen pusing-pusing. Lepastu pen aku terjatuh kat lantai. Aku pun nak kutip lah."
Kau sembang dia pandang muka dia tak?
"Pandang lah. Kenapa?"
Oh takde ape, saje tanya hehe. Okay lepastu?
"Tak pandang macam mana aku nak sembang weh. Okay lepastu time aku nak kutip tu, aku terpandanglah kerusi yang dia duduk tu. Aku perasan dia takde kaki. Macam bayang-bayang je. Aku dah mula takut. Bila aku pandang atas tengok dia aku fikir dia berubah muka atau takde muka ke kan. Tapi nasib baik macam biasa je, tak berubah pun. So aku dah tahu dia takde kaki, apalagi aku pun cakap “eh kerja aku dah siap, nak gerak dah balik bilik. Ngantok.” Pastu dia balas .. “ betul ke ngantuk? Ke dah tahu?” sambil dia senyum."
*meremang bulu roma membayangkannya*
Gila ah! Pastu kau kata apa?"Time tu scary gila aku! Tapi aku bajet cool je jawab .. “tahu apa? Kau datang pun nak sembang je kan? Kau tak buat apa-apa pun kat aku”. Dia senyum je. Aku pun cakap “okay lah aku gerak naik dulu lah”. Pastu dia balas ..”nanti kita jumpa dan sembang lagi ye..” sambil senyum."
Tak buat apa-apa pun kat aku? Maksudnya?
"Yelah maksudnya dia takde pun kacau aku ke…takutkan aku ke.. dia just nak sembang-sembang je. Bila aku nak keluar dari bilik study tu, aku toleh belakang.. kau tahu apa yang aku nampak?"
*berdasarkan segala cerita movie novel yang saya pernah tengok*
Dia dah takde?"Haa pandai! Dia dah takde dah. Hehe sekian~~"
.......
Perghh terbaik la dia ni. Kalau saya, mahu dah pengsan kat situ haha. Dia ada nasihat kalau jumpa benda-benda ni jangan takut sangat, jangan confident sangat. Haa bila kita takut sangat, lagi senang dia nak kacau kita sebab kita lemah semangat. Kalau kita confident sangat, lagi suka lah dia nak sakat kita sebab terlebih yakin kan tak takut.
•••
Okay itu sahaja, seram tak cerita kisah benar ni? Hehehe. Selamat malam :D
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.