STAY BACK 2

1.8K 136 2
                                    

'STAY BACK 2'

UMI menutup mesin fotostat. Dia menyusun kertas-kertas yang sudah siap di buat salinan itu. Sebaik Umi memusingkan tubuh mesin fotostat itu berbunyi. Umi tersentak. Kertas-kertas yang difotostat berwarna hitam.

Umi menekan butang off tetapi mesin itu masih tidak berhenti. Dia mengetap bibir. Umi menutup suis utama mesin terbabit. Mesin itu berhenti.

"Wawa!" Umi memanggil teman sekerjanya itu.
Tiada sahutan.
"Wawa!" panggilnya lagi.

Umi tesentak mendengar bunyi kaca berderai di pantri. Laju dia menapak. Sebuah muk berkecai di lantai.

Kelibat Wawa tiada di situ.

Hati Umi berdebar-debar. Bukannya dia tidak pernah dengar cerita seram di bangunan itu. Tapi dia tidak sampai hati mahu membiarkan Wawa stay back seorang diri.

"Kau cari aku..."
Umi menoleh.
"Wawa... aku panggil kau banyak kali tau. Kau pergi mana?" Umi mendengus.
"Aku pergi tandas sekejap." Wawa membalas.
"Oh, aku dah siap fotostat semuanya."
"Terima kasih." ucap Wawa. Riakmuka Wawa macam ornag sakit.  Tapi Umi malas mahu bertanya lebih-lebih.

UMI membersihkan serpihan kaca muk di lantai. Wawa hanya tersenyum. Sekilas mata Umi terarah pada Wawa yang sudah membelakanginya. Dahinya berkerut. Rambut Wawa panjang sampai ke punggung.

Apabila menoleh semula, Wawa sudah lenyap dari mata. Umi menarik nafas. Mungkin tu hanya halusinasi. Dia kelelahan dengan kerja-kerja di pejabat dari siang tadi.Tidak sabar dia mahu pulang berehat di rumah. Dia perlu segera membantu Wawa membereskan kerjanya.

Wawa tidak kelihatan di mejanya. Komputer masih terpasang. Kertas-kertas yang sudah dibuat salinan itu berselerak atas lantai. Umi mengetap bibir. Umi mengutip kertas-kertas tersebut lalu disusun kembali pada dada meja Wawa.

"Umi... tolong tutupkan komputer aku!" suara Wawa bergema. Orangnya tidak kelihatan.

Umi terus menutup komputer di meja Wawa. Dia menarik tas tangan yang terletak di meja itu.

"Wawa..."
Wawa tidak menyahut.
"Wawa... jangan main-main macam ni!"
Kali ini Umi melihat Wawa berdiri di depan pintu pantri yang terngadah. Dia amati Wawa. Ruang di bahagian pantri sudah gelap. Dia memadam lampu di situ.

Umi mula tidak sedap. Dia tidak melihat wajah Wawa kerana rambutnya menutupi muka. Panjang melepasi pinggang. Baju yang Wawa pakai tampak lusuh lusuh. Ada tompokan -tompokan hitam, Busuk. Hidungnya menangkap bau busuk.

Umi tidak berlengah. Dia terus ke pintu utama dan mematikan suis lampu. Terketar-ketar tangannya  mengunci pintu pejabat. Dia tidak peduli tentang Wawa. Jika Wawa terperangkap di dalam, itu salah Wawa.

Umi meluru ke pintu lif. Dia terus masuk ke dalam lif sebaik pintu  lif terbuka. Butang G ditekan tetapi lif itu naik ke tingkat atas. Umi mula cuak.

Lif berhenti di tingkat terakhir. Umi menekap-nekap punat tutup tetapi pintu lif itu tidak tertutup. Umi melangkah keluar. Dia menolak pintu kecemasan. Dia turun melalui tangga,

Umi berhenti memijak anak tangga apabila melihat 'perempuan' itu berdiri di tangga. Dia memusingkan tubuhnya untuk naik ke atas semula tetapi 'perempuan' itu sudah berada di belakangnya. 'Perempuan' itu menyeringai.

"Arghhh!"

Umi hilang imbang lalu tubuhnya melanggar penghadang di sisi tangga. Tubuh Umi jatuh ke bawah.

Hihihihi... 'perempuan' itu ketawa. Kemudian lenyap menembusi dinding.

Di atas jalan raya...

Wawa memandu menuju ke kampung halaman. Wawa lupa sebentar tentang Umi. Di fikiran Wawa, dia hanya bimbangkan ibunya yang sedang sakit di kampung.

TAMAT

•••

Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now