Namaku Rahman, berumur 23 tahun,aku bekerja di sebuah kilang getah, bila sebut kilang pastinya waktu kerja aku ini akan mengikut shift-shift yang ditetapkan oleh pengurusan. Kadang kala aku shift malam dan kadang kala shift siang.
Hampir 5 tahun aku bekerja di situ sebagai Operator Mesin, dari tamat SPM hinggalah kini. Aku ini seorang yang gila kerja lebih masa, aku tak suka buang masa di rumah. Jadi walaupun aku kerja shift sekalipun, aku akan ambil OT setiap hari. Jadi bila aku ini gila OT, memang jaranglah aku duk melepak, rumah tu hanya tempat aku tidur je, bila bangun terus pergi kerja.
Aku bukan nak cerita mengenai kilang ditempat aku ini, tetapi mengenai kisah pelik aku ketika pulang dari kerja, ia berlaku beberapa bulan yang lalu. Di mana waktu itu bulan Mei, bermakna Bulan Mei selepas bulan April, ataupun sebelum bulan Jun dan bulan Jun pula belum masuk lagi bulan Julai.
Hahaha........
Okey...balik kepada kisahnya, satu hari tu.....
"Man, kau nak ot tak malam ini? " tanya Supervisa aku.
"Opkos ler, saya ni kan pemuda harapan bangsa berdarah jawa, walaupun orang jawa tak tahan sejuk.. Tapi orang jawa tahan kerja lebih masa! " Tutur ku sambil memperlihatkan lengan yang berurat dawai.
"Haa bagus! Orang macam kau la aku nak, senang kerja aku, aku tak payah pening nak suruh orang buat OT.. Kalau ada 10 orang macam kau, aku boleh jadi Manager tau! Walaupun aku tak ada SPM," balas Supervisaku yang bernama Ahmad Khairil Khusaini bin Ahmad Bunga Wasjudi yang berasal dari Kampung Upih Pinang, Mentakab.
Supervisa aku berlalu dari situ, sambil tersenyum riang menepuk-nepuk perutnya yang sedikit ke hadapan.
Maka bermula lah episod yang sama aku, iaitu berkerja, kerja, kerja, kerja dengan harapan simpanan aku bertambah dan mencukupi untuk aku meminang Loppa.
Loffa adalah seorang gadis cantik yang tinggal di kampung sebelah iaitu kampung Green Hill. Kecantikkannya tiada tandingan jika dibandingkan dengan gadis-gadis yang bermisai. Ibarat langit dan bumi, aku memang menaruh hati padanya. Sejak sekian lama aku mengenalinya ketika bersama-sama memanjat pokok kelapa sawit di kebun Wak Kasman.
Malangnya, buah yang kami mahu petik tidak dapat di ambil. Tetapi sejak dari itu hubungan kami menjadi rapat, walaupun sekadar kawan tetapi dalam hatiku menyimpan perasaan kasih padanya.Aku berasa sedikit duka apabila mengetahui yang Loppa meminati sebatang kayu, aku tak tahu kenapa dia minat dengan sebatang kayu, adakah kayu itu mungkin dari Kayu Jati sangat bernilai? Tetapi baru-baru ini aku mendengar khabar bahawa kayu itu telah bernikah dengan orang lain, dan Loppa berasa sangat sedih dan selepas berpisah baru aku mengetahui bahawasanya kayu itu orang rupanya. Mati-mati aku ingat Loppa ni peminat kayu pokok. Selepas berpisah, Loppa sering menghubungi aku untuk meluahkan perasaan sedihnya padaku.
Eh... Melalut apa ini?! Ok balik semula pasal aku nk OT tadi.
Lepas habis bekerja dan membuat OT aku pulang ke rumahku yang terletak di Cat Hill Village sambil menaiki motor EX5 Class Turbo Blacktop, dari Kilang tempat aku bekerja untuk ke rumah mengambil masa sekitar setengah jam untuk sampai, ketika itu jam menunjukkan sekitar 1.00 pagi. Untuk sampai ke rumah aku perlu melalui sebatang lorong gelap terlebih dahulu, di awal lorong terdapat sebuah Warung kopi yang di miliki oleh Wak Jedot dan isterinya Wak Siah.
Pasangan dua sejoli ini mempunyai seorang anak gadis, yang aku panggil kakak Mirah. Berusia 26 tahun, bekerja di Shah Alam. Kak Mirah ini cantik orangnya, bekas penari kebudayaan. Jadi agak lemah lembut sikit lah gerak tubuh dan tutur bahasanya. Beberapa kali bertunang tetapi putus di pertengahan, katanya tak serasi (kata Kak Mirah).
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.