Satu petang di sebuah kedai makan di Kajang. Terjumpa dengan kawan lama, Sudin. Lama tak jumpa dia. Lepas SPM, masing-masing cari hala tuju. Berbelas tahun tak jumpa. Banyak kisah yang kami borakkan.
Tetiba dia bertanya satu soalan yang buat aku ter kedu.”Dah lama hang menulis kisah-kisah seram?” aku tersenyum. “Hang percaya hantu?” Aku angkat bahu dan ber tanya pada dia pula. “awat? hang percaya?”. Dia tersenyum dan ber- bisik “aku ada kisah, nak dengaq dak?” “Boleh juga”. dia mula bercerita.
“Lepas orang tua aku me ninggal, aku ke Melaka. Aku kerja di sana. Ber- tahun aku kat Melaka. Tak pernah aku balik kampung. Adik beradik pun semua tak duduk dikampung lagi. Rumah pusaka kami tinggal kosong.Tak ada siapa yang nak menjaga. Selepas bertahun di Melaka, satu hari ter- gerak nak balik kampung. Nak tengok rumah pusaka. Rasa lain bila dah sampai dikampung. Hati jadi sebak..pilu. Sedih bila teringat kisah lama.
Hari tu aku sampai di kampung dah malam. Maklum saja lama aku tak balik kampung. Jalan nak ke rumah pun aku lupa. Puas merayau malam tu. Cari rumah pusaka orang tua aku tak jumpa. Aku jadi lupa. Berjam- jam aku pusing di tempat yang sama. Masih tak jumpa. Aku mula serabut. Yang peliknya..pergi mana semua orang kampung? Sorang pun tak ada untuk aku bertanya. Badan aku jadi letih sangat masa tu.
Nasib ada sepohon pokok durian tak jauh dari situ. Bawah pohon pokok durian tu ada kerusi panjang. Lega dapat berehat sekejap masa tu. Mata aku masih melilau mencari kot ada siapa yang tau dimana rumah pusaka orang tua aku. Tiba-tiba aku terasa sesuatu mencuit bahu aku dari belakang. Aku pusing belakang, tengok tak ada siapa pun di belakang. Aku mula tak sedap hati. Boleh pula tetiba rasa sejuk sangat malam tu.
Hati aku mula berdebar debar. Dalam sedar dan tak sedar, aku dengar suara lelaki memanggil aku. ‘Din…’ aku tersentak. Bulu roma meremang. Dalam waktu yang sama bahu aku dicuit lagi dari bela- kang. Suara itu berbunyi lebih garau, macam marah pada aku. ‘Buat pa kat sini Din??.’ Aku cepat-cepat bangun dari kerusi tu dan berlari tinggalkan pohon pokok durian tu.”
“Malam tu gelap sangat. Aku berlari dalam ke- takutan tanpa arah tuju. Aku tak nampak jalan langsung. Tapi aku dapat dengar pohon durian itu macam di- goyang oleh sesuatu. Aku dapat rasa macam ada bunyi tapak kaki mengejar aku. Makin jauh berlari, makin kuat nama aku dipanggil. Masa tu cuma ingat nak cari jalan keluar.
Macam-macam aku nampak dalam semak masa tu. Tiba-tiba dari jauh aku nampak cahaya lampu motor. Bersyukur sangat aku masa tu. Hati berdebar-debar menunggu cahaya lampu motor tu meng- hampiri aku. Hati meng- harap pemilik motor tu dapat menolong aku. Termengah- mengah aku masa tu. Tiba-tiba hati aku mula tak sedap semula.
Cahaya lampu motor tu tak jauh, tapi kenapa masih tak sampai-sampai. Dari celah semak di kanan aku, samar-samar aku nampak kelibat benda melompat. Lutut aku masa tu dah tak boleh berdiri lagi. Menggeletar satu badan. Masa tu ditelinga aku masih jelas dengar suara me -manggil aku. ‘Din…’ garau menyeramkan. Jam aku dah pukul 12.15 malam masa tu. Aku terduduk tak tahu nak buat apa. Aku nampak cahaya lampu motor tadi menuju ke arah aku. Aku cuba bangun, hati derdegup ketakutan.
Motor tu tetiba berada didepan aku. Ada seorang nenek diatas motor sambil menyanyi nyanyi. Lagu apa pun aku tak faham. Aku mengeletar..cukup menyeramkan nenek tu. Dia tersenyum pada aku. ‘Din…kau takut Din…’ lidah aku kelu masa tu. Nenek tu tak bawa motor..dia cuma membonceng. Tapi siapa yang bawa motor? Didepan nenek tu tak ada siapa yang menunggang motor. Kepala aku rasa pening nak pengsan.
Aku dengar nenek tu memanggil aku sambil sayup-sayup aku nampak motor tu tinggalkan aku tanpa penunggang. Cuma nampak nenek tu seorang menyanyi nyanyi diatas motor, terus mengilai panjang. Aku pitam. Sedar-sedar aku dah terbaring dalam bilik. Kat rumah siapa aku pun tak tahu masa tu. Hari pun dah pagi. Tiba-tiba datang se- orang pak cik melihat aku. Katanya aku dijumpai pengsan dicelah pokok ditepi jalan. Aku juga dibagitau dah salah masuk kampung. Kampung tu dah lama tak berpenghuni.
Sekian.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.