Malam tadi aku lepak kedai mamak. Port biasa setiap malam. Indo mee goreng telur mata lembu dengan teh tarik halia untuk buang angin. Malam tu, tak berapa happening sangat. Tak ada live bola. Ada dua tiga group. Meja depan, macam geng MLM. Sebelah, budak-budak sekolah. Berkepul-kepul asap vape dari mulut diaorang biasa la budak-budak zaman sekarang dah pandai hisap macam-macam benda kids jaman now la katakan. Hujung sikit ada geng surau. Lepas Isya’ terus lepak mamak. Kalau balik rumah, tentu bini tak kasi keluar.
Indo mee goreng memang faveret aku. Bukan susah pun nak masak. Boleh je kalau nak masak dekat rumah. Cuma itulah. Bini aku pantang makanan segera. Terutama mee segera. Pernah sekali, aku rendam mee segera. Bila bini aku nampak, terus bagi aku ceramah. Kanser lah, tak sihat lah, tak ada nutrisi lah. Aku tadah telinga. Sengih sikit. Bila bini aku blah, aku tengok mee segera yang aku rendam dah kembang penuh semangkuk. Aku telan dalam keadaan pasrah.
Tengah aku sedap menyuap, datang dua orang bagi salam. Satu perempuan sihat, bertudung dan berbaju kurung. Dekat depan dia, seorang lelaki buta yang memegang tongkat di tangan kanan dan sebungkus tisu kecil di tangan kiri. Aku memandang dan membalas salam dengan satu senyuman.
Nampaknya, dua orang tu masih tak faham. Dengan sopan aku angkat tangan dan menunjukkan isyarat tak nak. (Ala, macam melambai-lambai tangan tu). Masih tak bergerak. Terpaksa juga aku bersuara. Yelah, mungkin mereka tak faham maksud aku. Lembut aku cakap, aku tak ada duit. Perempuan yang sihat seperti dah mengalah, tetapi lelaki buta masih tak bergerak. Berdiri keras depan aku.”Seringgit pun jadi lah bang.”
Bila orang dah paksa-paksa, aku jadi angin. Satu, benda ni derma. Ikhlas. Mana boleh paksa orang bagi duit dekat kau. Itu dah kira pau. Dua, ada banyak lagi meja dekat dalam kedai mamak. kau pergilah mintak dekat meja lain.”Saya tak ada duit.” Pendek dan tegas kali ini. Tadi aku cakap lembut kau tak nak dengar.
Masih tak bergerak. Aku pun buat bodoh. Lantak kau orang lah. Aku sambung makan Indo mee goreng. Lama sikit baru dua orang tu blah. Lega sikit perasaan aku. Nak makan pun tak tenang.
Habis semua makanan dan minuman, aku terus bayar dekat mamak. Ada baki 50 sen, aku mintak mamak bagi gula-gula. Mamak tu cakap okay, siap bagi aku lebih sebiji gula lagi.
Dekat kereta ada cerita lagi. Masa aku nak masuk kereta, ada orang tegur dari tepi. Yang dua orang tadi. Eh, datang lagi. Ini dah lain macam. Muka perempuan yang pimpin orang buta tu aku pandang. Aku tanya elok-elok,”Akak nak apa?’
Lelaki buta pulak yang jawab, “Seringgit pun abang tak nak kasi. Jangan kedekut sangat bang.”
Boleh pulak lelaki tu bahasakan aku. Panas pulak hati aku. Terus aku sound balik,”Awak mintak sedekah. Jangan kurang ajar. Kalau orang tak nak bagi. Kau blah je lah.”
Terus aku masuk dalam kereta. Start enjin dan terus gerak. Dari side mirror, aku nampak, yang dua orang tu masih berdiri tegak. Betul spoil kan mood. Orang nak keluar lepak malam untuk release tension. Nak happy-happy. Relaks-relaks. Apalah nasib. Makan mee segera dekat rumah kena ceramah, makan dekat mamak kena kacau dengan peminta sedekah.
Dalam 10 minit aku sampai rumah. Nak bagitahu, pintu pagar rumah aku ni pintu manual. Tutup sendiri. Jadi terpaksa lah aku berjalan sikit nak tutup pintu pagar. Pernah aku terlupa tutup, satu family anjing tumpang berteduh bermalam dekat dalam rumah aku. Lagi satu, tak adalah mengundang pencuri untuk mencuba nasib masuk rumah aku.
Masa aku dekat pintu pagar, aku nampak dua orang tadi yang aku jumpa dekat kedai mamak. Alah, perempuan dan orang buta tu. Sampai ke rumah aku diaorang kejar. Ini sudah lebih. Aku cari handphone untuk call polis. Biar kena angkut. Handphone pulak dalam kereta. Tak apa. Aku hadap jer lah dua orang ni.
“Akak nak apa ni kak?. Sampai ke rumah saya akak kejar.” Aku dah mencekak pinggang masa ni. Suara dah tinggi dan keras.
“Bukan akak dik. Abang ni.” Eh, kalau perempuan ni tak bawa, takkan la orang buta ni boleh tahu mana nak pergi.
“Abang nak apa bang. Nak saya beli semua tisu abang?”Orang kurang ajar, aku pun boleh kurang ajar.
Lelaki buta tu tersengih. Sambil tu dia buka cermin mata hitam yang dia pakai. Aku nampak dia tak ada mata. Betul. Bukan setakat tak ada. Tapi tempat mata tu berlubang. Kau boleh nampak lubang besar dekat tempat mata.
Aku dah telan air liur. Nak berlari, kaki macam kena paku dekat tanah. Mulut aku terkumat-kamit. Entah apa yang aku baca. Lelaki buta datang dekat aku dengan teraba-raba. Dia usap-usap badan membawa ke muka. Sampai dekat mata aku, dia berhenti. Dia senyum dan cakap.
“Aku nak mata kau!”
“ARGGGHHH”
●●●
TAMAT.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Terror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.