Ok ni pengalaman author sendiri ye.Terserah laah kalau nak percaya atau tidak yang penting benda ni betul - betul berlaku dalam hidup aku.Masa tu aku masih lagi form 3 kot klau tak silap.Ye aku msih lagi menuntut di sekolah menengah pada ketika itu.
Ok cerita dia macam ni.Seperti biasa pagi tu aku datang ke sekolah pukul 6 pagi.Ye aku tahu aku datang awal sangat.Aku dah biasa datang awal ke sekolah.Sampai cikgu percaya kat aku untuk pegang kunci pintu kelas kitaorang.
Ok berbalik pada cerita tadi.Aku masuk je kelas seperti biasalah sebelum belajar aku kena pastikan papan putih bersih dan segala meja di susun dengan rapi.Aku kena pastikan sampah yang dalam tong sampah di buang ke tempat pembuangan sampah yang berada di luar belakang sekolah.
Tak lama kemudian sampai lah classmate aku satu persatu sampai pukul 7:30 barulah kelas tu penuh dengan kawan - kawan aku.Pagi tu tak ada apa yang berlaku lagi.Kami belajar seperti biasa.
Sehinggalah kelas kami yang terakhir iaitu kelas science.Sebelum tu untuk pergi ke kelas science kitaorang kena pergi ke bilik science terlebih dahulu.Memandangkan itu kelas terakhir kami,kami semua kemaskan barang - barang kitaorang dan di bawa ke bilik science.Bilik science ni terletak kat block hujung sekali kat belakang sekolah.
Masa tu cikgu kitaorang tak hadirkan diri.Maka itu cikgu kitaorang digantikan dengan cikgu cina nama dia cikgu Lee (bukan nama sebenar).Kitaorang ingatkan kitaorang kena masuk dari pintu depan bilik tersebut tetapi kata cikgu Lee dia tak ada kunci pintu depan tu.Kami terpaksa la lalu pintu belakang.
Pintu belakang tu ialah pintu stor di mana ia menempatkan segala alat - alat yang di gunakan untuk membuat experiment.Bilik stor ni pulak bersebelahan je dengan bilik science kitaorang.Disebabkan cikgu Lee tak ada kunci kitaorang kena lalu bilik stor.erkk berapa kali nak cakap? Haha.Ok ni kali pertama kami kena lalu bilik stor tu.Agak menyeramkan.
Sebab sebelum ni Cikgu science kitaorang tak benarkan kitaorang masuk bilik tu tak tau la apa sebabnya.Ok bila masuk je bilik science kitaorang.Cikgu Lee menyuruh untuk buat apa sahaja yang kitaorang suka yang penting jangan bising.
Kitaorang apa lagi borak la dengan kawan - kawan la kan.Lepastu ada sorang kawan aku ni erk kawan eh?hmmm entah laah.Ok nama dia Aisyah(bukan nama sebenar).Tetiba je dia ketawa bagai nak runtuh block tu.Pada masa tu dia borak dengan bff dia.Biasalah bff katakan memang kuat buat lawak kan.
'Elehh kau tunggu je laa nanti kegembiraan itu akan lenyap tak lama lagi' kata aku dalam hati.Sebenarnya aku gurau je dengan kata - kata ku itu.Tak lama kemudian loceng sekolah pun berbunyi setelah mengucapkan terima kasih pada cikgu kami terus keluar melalui pintu stor tu di mulakan dengan perempuan dahulu.Biasa la apa2 pun ladies first.Ni masuk bilik stor eh bukan keluar.Sebab pintu stor ni ada dua.Satu dari luar dan satu lagi pintu kat dalam yang menyatukan bilik sicence dengan stor.Faham?kalau tak faham boleh komen apa yang korang tak faham.
Dalam pada kami beratur masuk bilik stor tu aku selang 6 orang dari Aisyah.Bila Aisyah lalu je satu almari ni tetiba Aisyah pengsan terjatuh ke lantai.Kedebukkk bunyi dia.hahah.kitaorang pun panik laa tak tau nak buat apa sorang member ni dia terus pergi dapat kan cikgu Lee yang mendahului kami tadi.Sampai sahaja cikgu Lee masuk dalam bilik stor dia tengok Aisyah terbaring tak sedarkan diri.Bila Cikgu le cuba untuk sedarkan dia.Aisyah tiba - tiba terbangun dari pembaringan dia tadi lalu matanya melihat sekeliling.Member Aisyah ni memang dah sedia maklum kalau Aisyah ni tiba - tiba pengsan macam tu je tanpa tahu apa punca dia.Dah memang sah dia kena rasuk.Ok back to the story.Aisyah selepas sahaja dia melihat sekeliling tiba - tiba Aisyah menjerit sekuat hati lepastu ketawa then menjerit lagi then ketawa lagi.ahh sudah ni menyeramkan.Matanya bertukar menjadi kemerah - merahan.
Cikgu pada masa tu tak tahu nak buat apa dah ni kali pertama dia tengok benda ni berlaku depan mata dia.Bagi member Aisyah pulak ni dah memang perkara biasa.Aku tak sangka pulak apa yang aku cakap dalam hati tadi boleh jadi betul.Kitaorang yang masih lagi kat dalam stor tu terus lari keluar dari stor tu.Aku tengok je dari luar stor tu.Classmates yang lain semua dah ketakutan terutama nya perempuan.Tiba - tiba je Aisyah bangun lalu berlari keluar dari bilik stor tu.Ok sekarang dia berada di luar berlari dari hujung koridor ke hujung sana.Sorang member dia ni jaguh berlari dia terus berlari untuk dapatkan Aisyah.
Pada mulanya memang kami yang lelaki ada berusaha untuk menutup jalan keluar dari bilik stor tu tapi tak berjaya sebab tenaga dia atau lebih lanjut lagi setan yang merasuk Aisyah jauh lebih kuat dari kitaorang yang lelaki ni.Aisyah mula mengamuk tak tentu pasal.Suara jeritan dia memenuhi setiap ruang sekolah.Aku suruh sorang member aku ni nama dia Ali untuk pergi mendapatkan Ustaz Azhar.Ustaz ni pandai dalam bidang yang macam ni hah.Lepas je panggil Ustaz tu diaorang semua para cikgu - cikgu yang lain membentuk bulatan menutup jalan Aisyah supaya tak lari kemana - mana lagi.Diaorang mula baca apa yang patut.
Tetapi aku terpaksa balik masa tu sebab ayah aku dah mula menekan hon takut nanti marah pulak dia sebab lambat.Aku tak tau la apa yang jadi selepas tu.
Pagi esok aku datang seperti biasa.Sudah siap kemas apa yang patut semua, classmates aku sudah mula memenuhi kelas kitaorang.Dalam sedang duduk - duduk tu aku tanya la member sebelah aku apa yang jadi selepas aku balik.
Dia kata selepas je aku balik.Masa tu semua cikgu - cikgu kan sedang membaca apa yang patut.Tiba - tiba si Aisyah ni dia punya laah mengamuk sebab nak keluar dari bulatan tu.Macam - macam dia buat dia tampar,dia menjerit dan dia tendang dah berupa ahli wresling (betul ke salah ejaan dia hentam sajalah labu).Last-last dia berjaya melepaskan diri dari bulatan tu dia berlari sekuat hati sehinggakan dia terlanggar pasu yang berada di tepi koridor sampai pecah.Oh patut la aku msuk je block A untuk pergi ke bilik kelas kitaorang aku ada nampak satu pasu ni pecah berkecai.
Selepas tu semua cikgu - cikgu berlari untuk dapatkan Aisyah termasuk ayah dia sekali.Ayah dia ni dah biasa dengan perkara seperti ini.Ayah dia berjaya dapatkan Aisyah lalu dia peluk Aisyah dengan sekuat hati.Yang lain masih lagi meneruskan membaca lepastu Ustaz Azhar ni "ALLAHH HUAKBAR" Fuhhh dia meniup ubun - ubun Aisyah dan Aisyah pun pengsan.Lepasje dia pengsan tu dia di bawa pulang oleh ayahnya.
Ni nak cerita sikit la kami di fahamkan yang Aisyah ni dah memang ada benda yang duduk dalam tubuh badannya.Cuma benda ni akan mengamuk tak tentu pasal apabila bertemu dengan segala jin dan syaitan - syaitan yang lain.Dan ketika Aisyah ni stress benda ni akan menguasai tubuh badannya.Memang mak ayah Aisyah dah berusaha nak buang benda tu tapi tak berjaya sebab kata bomoh benda tu terlampau kuat dan dah sebati dengan dirinya.Susah kalau dah benda ni sebati dengan dirinya.Jadi Mak Ayah Aisyah biarkan je la.
••••
Ok tu je nak share harap korang berasa seram la ye jangan lupa vote sekali.sebenarnya ada lagi pengalaman aku dimana Aisyah ni kena rasuk kat sekolah.Dah banyak kali benda ni berlaku tpi aku cerita nanti2 je la.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.