Gangguan Telefon

1.1K 85 1
                                    

Saya kenalkan diri dulu lah. Nama singkatan Syed, lahir KL tapi membesar di Kedah. Mak ayah saya bercerai. Saya ada 4 org adik beradik termasuklah saya sendiri. Saya anak sulong. Dipendekkan cerita saya selalu bergaduh dengan adik bongsu saya yang lelaki. Kami sangatlah sama dari aspek percakapan dan perangai, citarasa pun sama, jadi disebabkan ego saya jadi menyampah sebab rasa macam sentiasa ditiru oleh adik saya. Nak dijadikan kisah, satu hari nie, diwaktu maghrib, kami telah bergaduh diluar pada waktu maghrib. Kejadian di luar bangunan LHDN, bukit mertajam. Mak saya kerja disitu. Ketika sedang menunggu mak tengah siap siap nak balik rumah, saya dan adik telah bergaduh. Saya mula maki hamun adik saya sendiri.

Kami berbalas maki makian hingga lah saya penat dan sakit hati tidak pula diubati. Saya dan adik tidak bercakap dalam perjalanan balik ke rumah. Dengan tiba tiba, saya terima sms dari adik saya mengatakan dia seronok. Mesej yang sangat pelik bagiku. Aku jadi lagi marah dan kami sambung bergaduh di dalam kereta dan adik aku menafikan mesej yang dihantarkan. Saya ingat dia tipu sebab saya dah kenal sangat dengan perangai dia tuu. Sampai sahaja dirumah, aku terima lagi satu mesej pelik, dari adikku, dia tulis “tunggu”. Aku jadi lagi pelik, aku Tanya adik aku, kau ada mesej abg ke, seriuslah, kalau ada baik kau ckp jew, tak larat dah aku nak gaduh nie, lepas tuu adik aku cakap sumpah dia tak mesej, aku pun check phone dia sebab nak pastikan dia tak hantar, aku pasti dia nak kenakan aku dengan delete mesej tersebut. Yelah, kita boleh delete kan mesej tuu lepas sent. Aku tengok muka adik aku, dia macam betul betul blurr. Aku jadi cuak.

Lepas tuu adik aku bagi cadangan suruh aku reply mesej tersebut. Aku pun reply dengan rasa lain macam, aku tulis, “Siapa nie??” dan yang peliknya, aku send mesej tuu kat adik aku, tapi adik aku tak receive langsung mesej tuu. Then lepas 5 minit aku dapat reply, dia tertulis “Tunggu malam”. Aku jadi pucat muka. Adik adik aku yang lain semua macam tak percaya. Adik lelaki aku yang no. 2 ketawa berdekah dekah, adik aku ingat yang adik bongsu aku masih main main lagi, then adik aku ambil telefon aku dari tangan aku.

Adik aku reply tulis “kau siapa nak cari pasal dengan abg aku nie, nak kena belasah ke?” Then aku check dalam phone adik aku sumpah mesej tuu adik aku tak dpt pape pun. Then aku dapat reply, dia balas “Jangan Campur.” Pucat lesu muka aku adik beradik. Malam tuu kami tak boleh tidur. Aku terus terang cerita semuanya pada ibuku. Mak aku bising marah marah lepastu pening sebab tak tahu nak mintak tlg siapa malam malam buta nie. Aku family mix Chinese, budak Bandar, manalah aku tahu sangat pasal bende bende mcm nie. Mak aku blurr. Aku pun blurr.

Malam yang sama, kejadian aneh berlaku, ketika aku memanggil kucingku masuk ke bilikku, selalunya dia masuk, tapi kali nie tidak. Aku ada bela kucing Persian kat umah. Besar dan berbulu tebal. Namanya Mickey. Aku panggil dia selalu nya dia datang, tapi kali nie tidak. Mickey hanya berdiri di luar bilikku dan mengeluarkan bunyi macam ketakutan. Aku lagi lah pucat muka muka aku. Mak aku pulak telefon semua kenalan pada malam yang sama nak mintak tlg sesapa yang arif tentang bende bende nie. Adalah sorang kawan mak aku nie, bagi nombor telefon ustaz mana ntah.

Aku dah buntu, takut, semua ada. Kami pun segera lah pergi ke rumah ustaz tersebut. Aku dengan family jenis orang Bandar so macam takutlah time jumpa ustaz tuu, nak explain macam mana pun aku tak tahu. Sampai jew dirumah ustaz tuu, dia suruh aku berhenti kat luar pintu. Aku jadi cuaklah, aku stop. Ustaz tuu Tanya aku, ada bergaduh dengan adik ke? Aku angguk kan kepala jew, lepas tuu ustaz tuu cakap kena kacau dekat area bukit mertajam kan? Aku blurr. Lepas tuu baru ustaz tuu bagi aku masuk. Aku dengan family pun masuklah. Semua ikut time nie termasuk adik adik aku. Aku explain kejadian yang aneh yang jadi dekat aku dan mesej aneh dalam telefon. Ustaz tuu terdiam, lepas tuu ustaz tuu cakap lah yang kes aku nie tak pernah jadi. Tapi tak dinafikan, teknologi jin jin nie memang lagi canggih dari kita jadi tak mustahil.

Ustaz tuu terangkan cakap aku memang dikacau oleh Jin tertentu. Ustaz tuu ibarat dah tahu semuanya. Ustaz tuu hanya pejam mata dan cakap semuanya. Yang aku bergaduh dengan adik aku waktu maghrib dekat Simpang depan LHDN bukit mertajam tuu, tempat tuu memang ada JIN duduk. Dan JIN yang menganggu aku nie, waktu kejadian aku bergaduh tuu, dia berkenan kat aku. Lagilah aku jadi cuak. JIN tuu ikut aku sampai rumah, dia tahu mana aku tinggal. Cuma rumah aku jew dia tak masuk lagi. Tapi dia tahulah. Ustaz tuu cakap pulak yang JIN nie bukan jenis yang biasa, tapi jenis yang berpangkat besar dan ramai pengikut. Dia minat nak berkawan dengan aku. Ustaz tuu cakap setakat nie dia takde lah nak rasuk ke apa, just minat perhati aku jelah. Aku dinasihatkan bykkan baca ayat ayat suci alquran dan banyak kan selawat. Aku jenis tak jaga solat bagai. Aku dipesan suruh jaga solat semua lah. Aku jadi insaf.

Lepas habis dari kejadian tuu, aku jadi lebih baik. Aku tak bergaduh dah dengan adik aku. Aku banyak bertolak ansur dan aku banyak bersabar. Sehingga sekarang aku masih teringat lagi kejadian tuu. Dan semua mesej pelik pelik tuu aku dah delete. Tak sanggup aku simpan. Tapi ustaz tuu ada pesan jangan sebut sangat pasal JIN tuu sebab dia tahu kalau aku ceritakan kisah nie pada orang DIA tahu. Aku tawakal lah. Allah maha besar.

●●●

TAMAT.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now