Aku baru sahaja menyewa sebuah rumah di hujung kampung. Boleh dikatakan juga rezeki aku kerana kedudukan rumah sewa ini tidak jauh daripada hospital tempat aku bekerja, Aku bertugas sebagai MA di hospital tersebut. Bukan sahaja kedudukannya yang strategik, harga sewa yang murah juga menambahkan lagi minatku terhadap rumah sewa ini.
Pemilik rumah itu merupakan seorang mak cik tua yang usianya sudah mencecah lingkungan 50 an. Dia tinggal seorang diri di sebuah rumah lama yang juga terletak di dalam kampung itu. Menurut mak cik tua itu, rumah yang disewakannya kepada aku itu merupakan rumah asalanya. Setelah kematian suaminya, mak cik tua itu berpindah ke rumah satu lagi (iaitu rumah yang dia tinggal sekarang ini).
Menurut mak cik tua itu, dia tidak sanggup lagi nak tinggal di rumah lamanya kerana banyak kenangan bersama arwah suaminya yang membuatkan mak cik itu sedih. Aku tertarik dengan kisah cinta mereka berdua ni. Sampai si suami dah meninggal pun, mak cik ini tetap setia dan sayangkan arwah suaminya itu. Korang yang playboy or playgirl tu patut malu dengan diri sendiri.(sempat lagi bagi ayat sentap hahaha)
Keadaan dalam rumah itu juga selesa kerana saiz rumah itu agak luas. Walaupun sudah lama tetapi rumah itu masih dalam keadaan bersih dan baik. Mak cik tu memang sangat mementingkan kebersihan rumah lamanya ini walaupun dia tidak mahu lagi tinggal di sini. Pendek kata, aku memang suka rumah ini. Berbaloi dengan duit sewa yang aku bayar setiap bulan.
Untuk pengetahuan korang semua juga, aku ni jenis yang tak berapa percaya benda-benda mistik ni. Walaupun dah banyak cerita aku dengar tentang penghuni rumah sewa diganggu jin kerana rumah sewa itu angker, aku tetap buat tak kisah kerana aku malas nak ambil berat bab hantu ni. Bagi aku, kalau aku tak kacau mereka, buat apa mereka nak kacau aku.
Tapi itu semua dulu, semasa mula-mula aku masuk rumah sewa tu. Seepas kejadian demi kejadian menimpaku dalam rumah itu, aku lebih berwaspada. Aku juga menyesal kerana bersikap riak. Aku sedar di dunia yang kita duduk sekarang ini ada banyak penghuninya dan salah satunya adalah mereka. Ya mereka adab di mana-mana dengan kita. Bawah katil korang pun ada tu.
Malam itu, aku pulang lewat dari kerja kerana terpaksa menggantikan rakanku yang tiba-tiba saja MC last minit. Dalam pukul 11 lebih juga barulah aku sampai rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, aku terus merebahkan badanku ke atas sofa lama rumah sewaku itu. Walaupun lama tetapi ia masih empuk dan selesa untuk aku tidur di atasnya. Aku capai remote dan menghidupkan televisyen. Sambil berbaring merehatkan tubuh yang sudah dibaham keletihan, aku melayan cerita di kaca televisyen. Aku dah lupa cerita apa.
Sedang asyik aku menonton TV, tiba-tiba saja aku terdengar seperti barang kaca terjatuh dari arah dalam bilik. Bilik tersebut merupakan bilik kosong. Untuk pengetahuan korang, rumah ni ada dua bilik. Aku hanya gunakan satu bilik dan satu lagi bilik tu kosong. Aku segera bergegas ke arah bilik kosong tersebut untuk melihat apa yang terjadi.
Sebuah bekas kaca sudah pecah berderai di atas lantai. Banyak juga barang di dalam bekas kaca tersebut bertaburan sebaik bekas kaca tersebut pecah.
“Ini mesti kerja tikus!” bisikku dalam hati.Mataku mengerling ke semua seluruh ruang dalam bilik itu. Aneh! Tiada pula sebarang kelibat tikus ataupun apa-apa haiwan lain yang menjatuhkan bekas kaca tersebut. Aku taknak berfikir apa-apa sebaliknya aku mengambil penyodok dan dan mengutip kaca-kaca yang berderaian itu. Aku meneliti setiap barangan yang bertaburan dari dalam bekas kaca yang pecah itu. Ada celak, ada jarum, ada benang, ada serpihan kain dan yang paling menarik perhatianku adalah sebentuk cincin.
Cincin lelaki berwarna perak, di tengahnya bertatahkan sebutir batu geliga yang amat cantik warnanya. Warna keemasan batu tersebut benar-benar kena dengan minatku. Batu tersebut juga bersinar setiap kali menerima silauan lampu kalimantang di atas siling rumah.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horreur20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.