Ni cerita di kem PLKN di Perak. Cerita ni lebih kurang 8 tahun yg lalu. Kalau sebut pasal kem PLKN je mesti akan ada punya la cerita seram. Ada beberapa kisah yg jadi kat kem aku dan aku alaminya sendiri. Aku bukan lah lemah semangat tp boleh dikatakan selalu jugak laa kena ganggu dgn benda2 ni. Ni antara ceritanya.
Kisah pertama jadi masa aku nak ke bilik air pada tengah malam. Aku ni kuat minum air, jadinya buang air pun kuat jugak la. Setiap malam sebelum tidur aku mesti akan ke toilet dulu sebelum tidur. Sebabnya nanti takde laa terjaga tetengah malam tu. Kalau sakit perut macam mana sekalipun aku tetap akan tunggu sampai subuh.
Tapi entah macam mana, ada satu malam tu aku tak tahan sgt2 nak membuang, buang air besar pulak tu. Aku pun ajak laa member katil sebelah, Aten teman aku. Aku tidur katil hujung sekali yg dekat dgn papan iron n plug. Jadi member katil sebelah memang si Aten sorang ni jela. Mula2 dia kata malas, terus tarik selimut siap berselubung lagi. Aku kata tak pe laa, aku pergi sendiri sbb dah tak tahan sgt. Kalau tak jgn harap aku nak pergi sensorang.
Aku masuk toilet hujung sekali. Tengah sedap melepaskan hajat tu tetiba ada bunyi benda jatuh. Kuat, sampai terkejut aku dlm toilet tuu. Mana taknya, dah la sensorang lepas tu ada pulak bunyi benda terhempas. Aku ni tak lah berani, jantung memang dah laju sgt tapi kalau dah tak tahan punya pasal, redah jela kan.
Tiba2 aku dengar org panggil aku. “Kuntum, oo Kuntum. Kuntum, aku datang ni teman kau. Kesian kat kau sorang2. Aku teman kau yee.” Masa tu hilang takut sbb aku dengar suara Aten. Aku pun cakaplah, “sayang jugak kau kat aku sbb datang teman, padahal tadi malas.” Aten pun jawab, “mestilah sayang. Aku takkan tinggalkan kau, aku ada je dgn kau”.
Sambil2 aku dalam toilet tu, Aten menyanyi pulak. Suara dia memang sedap. Agaknya dia bosan tunggu aku, so aku biarkan jelaa dia menyanyi. Lagu yg dia nyanyikan tuu lagu ulek mayang pulak, lagi laa mendayu2 bunyinya. Aku tegur laa dia, “Aten, nyanyi lagu lain laa. Seram la lagu tu. Aku nak berak pon tak tenang.” Lepas tu Aten tukar lagu, tp lagu yg dia tukar tu lagu Misha Omar, Pulangkan. Aduhh si Aten ni dah kenapa nyanyi lagu yg bukan2 jee.
Ikutkan aku nak membuang sekejap jee, buang yg tak tahan tu pun jadi laa. Selebihnya tunggu pagi pun tak pe. Tapi dah alang2 Aten ada, aku buang jela. Masa aku keluar toilet tu tak nampak pulak Aten kat luar. Kalau siapa pernah masuk PLKN mesti akan tau keadaan toilet kem tu macam mana. Dalam satu bilik air besar, ada pintu2 toilet kecik kiri dan kanan. Bahagian kanan tempat mandi, bahagian kiri tempat buang air besar atau kecik. Tengah2 ada kolah besar n dekat pintu bilik air besar keluar masuk tu ada sinki dan cermin.
Aku pun cek laa satu2 toilet kot2 Aten ada dalam tu ke, tapi takde. Panggil2 pun takde. Aku rasa dia dah masuk dorm dulu kot. Aku pun masuk2 dorm tengok Aten masih berselubung mcm mana aku keluar tadi. Aku buat tak tau jee dulu tapi dalam hati ni jantung dah dup dap dup dap rasa semacam. Aku tidur mengiring menghadap Aten. Tetiba dia selak selimut sambil senyum sinis dia tanya, “Cak! Terkejut tak? Aku akan selalu teman kau. Surprise!” Terus aku pengsan.
Esok tu aku tanya Aten, utk kepastian jee aku tanya dia tu. Betul tak dia ada teman aku semalam. Tapi Aten cuma cakap, “Wei Kuntum, kau kejut aku pun tak. Macam mana aku nak teman kau? Mengingau ke kau ni?” baru aku teringat, Aten ni memang jenis senang terjaga kalau ada bunyi bising sikit, apa lagi kalau aku yg dah kejut dia siap goyang2 kan badan dia tuu.
Oh tidak! Siapa pulak yg aku kejut semalam? Siapa yg teman aku dalam bilik air? Siapa yg menyanyi lagu ulek mayang segala tu? Siapa yg cak cak tuu? Siapa??? Sejak dari haritu lepas aku dah cerita kat member lain, kalau ada sesiapa nak ke toilet tengah2 malam, memang akan pergi sampai 3 4 org. Kalau berdua jee macam2 boleh jadi. Siap cubit sekali utk make sure tu manusia dan bukan hantu.
Kisah kedua pulak, entah dari mana aku dengar tapi ada laa diorang ni cakap dalam setiap kumpulan, panggilan dan siri PLKN memang akan ada satu kejadian teruk yg melibatkan ramai org. Ada satu malam masa kat dewan makan, tiba2 blackout. Ingatkan blackout kat dewan tu je, rupanya satu kawasan kem ni. Kem dalam hutan, bila dah blackout satu kawasan, apa aje lah yg kita boleh nampak kan.
Ada budak dorm aku ni Pia lemah semangat dan penakut ya rabbi. Aku rasa macam aku sorang jee yg penakut, rupanya ada lagi teruk penakutnya dari aku. dia asyik menangis je kata “takut takut, tolong aku wei, aku takut.” Aku tgk si Pia ni tak duduk diam. Kepala pandang sana sini, bergerak2. Aku pun tak tau macam mana nak tenangkan dia sebabnya masing2 dalam dewan tu semua memang tengah takut termasuk aku sekali. Dalam hati aku tetiba teringat apa yg dorang pernah cakap tu. Mungkin ni la kejadiannya kot.
Cikgu pulak nak cakap pakai mic tak boleh pasal elektrik takde. Cikgu2 pun mampu jerit jee suruh setiap ketua platun kira berapa pelatih yg ada. Jangan ada yg pergi mana2. Keadaan jadi makin bising bila kompeni sebelah kompeni aku ketua platun Charlie kata pelatih dalam kompeni dia ada 43 org. padahal utk setiap kompeni, pelatih wira atau wirawati memang ada 42 org je patutnya.
Dekat situ je dah rasa semacam, mcm mana pulak boleh ada terlebih sorang. Pia menangis lagi teruk bila dah dapat tau ada yg terlebih. Cikgu boleh pulak bergurau kata “jangan pandang atas ye, ada benda bertenggek kat tiang tuu. Kalau awk pandang, habis la awk.” Ish cikgu ni, mulut celupar sgt. Tak pasti cikgu cakap tu betul ke tak tapi lepas dia cakap Pia terus menjerit. Bukan Pia sorang, tapi agak ramai yg menjerit.Kecohnya keadaan kat situ sampai tak terkawal, ada yg berlari2 sekali dalam dewan tuu. Dalam keadaan yg gelap gelita, panik, cuma ada cahaya dari bulan, memang tak boleh nak buat apa. Member2 yg okey terus baca ayat kursi pada member2 yg menjerit. Masa tu aku tgk Pia paling teruk. Sbb dia menjerit dulu, aku rasa memang dia nampak. Menjerit, tarik2 tudung sendiri, tendang2 kerusi, menangis. Teruknya masa tu.
Tak lama lepas tuu, elektrik ada semula. Bila tengok suasana kat dewan tu macam ade rusuhan. Sana sini pelatih terbaring. Baik lelaki baik perempuan, semua kena. Esoknya cikgu suruh buat pentadbiran sendiri a.k.a berehat. Malam tu buat bacaan Yassin kat dewan.
Kisah ketiga, aku ni lemah betul bila kena berjaga tengah2 malam kat tempat yg tak biasa ni. Selalunya dalam PLKN, akan ada sekali dua seseorang pelatih tu berjaga malam. Macam guard la lebih kurang. Dah la baru okey kes blackout, tetiba ada pulak nama aku naik kat papan kat dewan tu. Masa tu dah berdoa dah, kalau dapat pun jgn malam jumaat atau pun jgn dgn Pia. Rupanya Pia ni memang dah selalu histeria.
Sayangnya apa yg aku mintak jgn tapi tu yg aku dapat. Duty khamis malam jumaat n dgn Pia. Haih, tiba lah masa aku kena jadi mak guard malam tu. Masa tu otw nak ke dewan utk sign buku report, tiba2 Pia jalan macam menyorok2 belakang aku sambil cengkam2 tangan aku kuat. Baju celoreng yg aku pakai tu dah la panas, dia boleh pulak nak menempel macam tu. Tarik2 baju aku lagi.
Dalam hati aku macam da dapat rasa mesti nak jadi pape ni sbb Pia pun tengah elok jalan tiba2 pegang2 aku. Jantung aku ni, kalah Usain Bolt kalau lari, kemain laju. Pia ni menangis pulak, cengengnya budak ni. Aku cakap la, “jgn laa nangis Pia, kita ni jalan jauh lagi nak sampai ke dewan tu. Kau nanges macam nampak hantu pulak.” Terus Pia jawab dia memang nampak hantu.
Dengan segala kudrat yg ada, tak de nak tanya Pia apa2 lagi aku terus lari sampai ke dewan. Pandang belakang pun tak. Sampai dewan je aku tengok Pia ada kat situ tgh sign buku report. Aikk, siapa pulak yg pegang2 aku tadi. Aku tengok semula tempat aku lari tadi tapi dari jauh jela, nampak Pia tgh melambai.Apa ni? Siapa tu? Yg tgh sign buku report tu Pia yg betul ke? And again aku pengsan. Sedar2 ingatkan da masuk dorm, rupanya kat dewan lagi. Aku pengsan 5 minit jee. Masa tu ada dua org lagi pelatih wira yg sign buku report. Aku paksa jugak dorang hantar aku dgn Pia balik dorm. Sebelum tu, aku terpaksa pukul2 Pia sikit utk pastikan tu memang dia. Tu kawasan larangan pelatih wira, tapi dah darurat, diorang pun hantar terus ke dorm. Tapi yg tak boleh bla, hantar dlm keadaan semua berlari.
Esok tu aku dgn Pia demam. Bukan berdua, tapi dua org pelatih wira tu sekali demam. Aku pun tak tau macam mana boleh demam, tau2 je badan dah panas. Cikgu kata benda tu bukan nak mengganggu, cuma dia akan munculkan diri buat satu2 masa. Hanya yg bertuah jee kena, dan aku la tu orgnya. Dalam kepala dah fikir, nasib baik laa malam blackout tu aku tak kena apa2, alhamdulillah.
Walaupun kem aku tempat keras, tapi pengalaman yg ada dalam kem tu memang sukar dilupakan.Sekian.
Thanks sudi baca, maaf kalau tak seram buat korang.
YOU ARE READING
Koleksi Kisah Seram
Horror20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.