Gangguan semasa Karaoke

2.4K 126 0
                                    

Nama aku Hash (bukan nama sebenar).Mungkin ramai yang pernah terbaca atau terdengar tentang kisah-kisah mistik yang berlaku di asrama… atau mungkin pernah mengalaminya sendiri. Dan aku adalah salah seorang daripadanya (yang mengalami peristiwa diganggu) semasa tinggal di asrama. Kejadiannya bermula semasa aku berada di semester yang ketiga.

Sebelum itu, memang banyak kejadian pelik yang pernah aku lihat dan yang pernah aku dengar sepanjang aku mendiami asrama, tambahan aku juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pelajar kamsis. So, memang banyaklah cerita yang aku dengar dari senior, rakan dan juga pensyarah serta staff asrama. Ada yang histeria, orang minyak, kes pencuri yang mencuri hingga susah dikejar sebab pandai menghilang, ada kes yang terjun dari tingkat tiga tapi masih hidup, cuma tulang-tulang je patah dan sebagainya.

Kisah aku pulak?

Kisah aku bermula bila tibanya minggu study week semasa aku berada di semester yang ketiga. Masa study week, memang menjadi kewajiban untuk pelajar asrama untuk balik ke rumah masing-masing dengan membawa pulang sebahagian barang dalam bilik asrama. Jadi, tak susahlah bila dah habis exam, tinggal bawa luggage dan check-out dari asrama sahaja. Bagi kami yang jauh, terutama yang dari Sarawak mahupun semenanjung, terpaksalah stay dalam asrama je.

Walaupun study week, tak semua student akan balik; ada yang stay sebab ada study group dan kelas ganti, terutamanya pelajar-pelajar semester akhir. Untuk blok aku, which is blok M, aras dua, memang sunyi. Disebabkan aku tak ada roommate, jadi kesimpulannya, aku melepak di bilik kawan aku yang tak balik rumah yang sama blok dan sama aras.

Sambil melepak sambil bercerita sambil makan sambil itulah ketawa. Maklumlah, asrama kan sunyi? Jadi, kiranya aku dengan kawan aku tu lah yang menghebohkan suasana aras kami tu. Sebab, dihujung blok adalah paya dan hutan, manakala depan block pulak permandangannya hanyalah satu perumahan kecil untuk warga tempatan. Ada juga pelajar yang menyewa di dalam kawasan perumahan tersebut. Keadaan dan suasana menjadi sangat seram bila menjelangnya waktu malam dan tambah menakutkan bila bermulanya study week. Sebab kurang student, kan…

Untuk menghilangkan rasa sunyi, kawan aku ajak karaoke dalam bilik dia, memandangkan belum ada karaoke set yang canggih macam sekarang ni, so aku dengan dia nyanyi tanpa menggunakan set karaoke, buka youtube, lepas tu nyanyi yang minus one punnya lagu.

Dengan keadaan tingkap yang terbuka, ada angin yang agak kuat bertiup, memang feel-lah menyanyi. Selepas nyanyi beberapa buah lagu, aku bagi chance kawan aku yang nyanyi, jadi aku decide duduk atas katil sambil menghadap tingkap.

Tengah syok-syok kawan aku menyanyi, tiba-tiba mata aku tertangkap satu susuk tubuh, melompat setempat tetapi tegak. Masa tu aku dah tak sedap hati, jantung aku masa tu macam nak terkeluar dari mulut sebab dah terlampau takut, sesak nafas, susah nak bernafas semua ada. Sebab apa aku macam tu? Sebab aku tahu yang melompat tu bukan manusia. Aku macam terus tangkap apa ‘species’ makhluk tu sebenarnya; cik/encik bungkus! Aku dapat lihat dengan jelas muka dia, dan aku dapat describe muka dia dengan hanya mengatakan yang muka dia sungguh menakutkan. Memang betul apa orang cakap, bila kau nampak benda tu, memang sangat mustahil untuk kau bergerak mahupun untuk mengerlipkan mata sekalipun, cuma dalam hati kau berharap agar kau pengsan agar kau dapat menghentikan diri kau daripada terus menatap benda tu.

Kawan aku yang dah mula perasan kelakuan pelik aku, mulalah menegur aku, “Oi, kenapa dengan kau ni? Macam nampak hantu je.” Waktu tu dia belum toleh lagi ke arah tingkap tu. Aku cuma jawab, “tu… tuu… tuuu… kau tengok tuuuu…” sambil menuding-nuding ke arah luar tingkap. Masa dia toleh tu, benda tu betul dah dekat dengan tingkap dah. Aku apa lagi, terus cabut, ketuk bilik orang depan, nasib baik orang bilik depan kawan aku tak balik rumah. Dia buka pintu, aku terus masuk, tutup pintu. Tinggallah kawan aku yang seorang tu dekat luar, sambil dia ketuk-ketuk pintu macam hilang akal. Tapi orang yang empunya bilik tak jugak buka pintu bilik, sebab dah sama-sama takut, sampaikan kawan aku tu berlari pergi rumah warden (bawah blok je).

Bila tengok dah pucat, berpeluh-peluh, bergetar-getar satu badan, penghuni bilik yang aku ketuk untuk menyelamatkan diri tadi terus pegang kaki aku, dia cakap dekat kawan dia yang satu lagi, yang kaki aku sejuk habis. Macam baru keluar dari tempat yang ada aircond! Dia ambil gelas, tuang air dan dia baca-baca something, which is aku tak tahu, sebab tak sama agama.

Tapi aku tahu, tu memang petua dia, sebab dia memang orang surau dan dia baik. Dia suruh aku minum. Dalam beberapa minit macam tu, aku back to normal, then aku ceritalah. Then dia cakap dekat aku, kedudukan bilik kawan aku tu memang laluan benda tu. Tapi yang membuatkan benda tu menunjukkan diri dia, mungkin ada sebab, which is aku buat andaian sendiri, sebabnya aku dengan kawan aku tu bising. Melalak macam orang gila. Kesimpulannya, aku demam dalam seminggu, dan aku terus taubat untuk buat bising tak kira hujung minggu ataupun study week.Ingat bukan manusia je tak suka bising yang duduk asrama tu malam jangan pulak buat bising bagai nak runtuh satu block.Hahahaha.

•••

Thats it. Itu je. Maaf andai penulisan aku kucar-kacir dan bahasa bercampur aduk.Cerita ni hanya rekaan.Kbye.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now