Mak,apa benda tu?

2.1K 144 11
                                    

Ni kisah aku sewaktu aku berumur dalam lingkungan tiga tahun.Sebelum aku mulakan kisah mengerikan ini,aku ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu.Nama aku Ika (bukan nama sebenar).Aku masih ingat lagi pengalaman itu sehinggalah hari ini.

Pada malam jumaat tahun 2006,mungkin dalam jam 1.00 pagi,aku tersedar dari lena kerana kehausan yang amat.Jadi,aku kejutlah mak aku untuk ke dapur mengambil air.Waktu itu,ayahku bekerja pada shift malam.Dia masuk pada jam 12.00 tengah malam. Maka hanya aku dengan mak aku je lah yang ada dalam rumah tu.

Seusai sahaja aku minum air putih kat dapur tadi,aku dengan mak aku masuk ke bilik kembali.Baru sahaja aku ingin melelapkan mata,aku melihat satu susuk tubuh yang tidak jelas wajahnya dan berbungkus kain putih setengah badan.Aku pun menggoncang perlahan bahu mak aku lalu dengan polos aku bertanya.

"Mak,apa benda tu ?" Soalku sambil menunjukkan susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapanku ini.

Aku melihat riak wajah mak aku.Dia kelihatan sedikit terkejut lalu mengambil surah yaasin dari bawah bantal lalu diletakkan atas dada aku.

"Tutup mata Ika.Tidur.Jangan buka mata." Arah mak aku tiba-tiba.

Aku dengan keadaan yang tertanya-tanya hanya akur dengan arahan mak aku.Aku melelapkan mata dan tidur.Susuk tubuh berbungkus itu aku abaikan.

Bila pagi sudah menjelma,ayah aku pun balik dari kerja.Mak aku apa lagi,dia bercerita lah dengan ayah tentang kejadian malam kami bertemu pocong itu.

Menurut mulut jiran-jiran di blok rumahku,mereka memberitahu bahawa ada roh yang tidak tenteram di blok ini.Salah seorang daripada penduduk di blok menyeramkan ini menceritakan kisah benar kepada ayah aku.Dia sudah lama menginap di blok tersebut.Apa yang kami tahu adalah beberapa tahun dahulu,ada seorang lelaki telah gantung diri di sebatang pokok (tak tahu nama pokok itu.)akibat stres dengan kerja atau putus cinta.(Sebab sebenar tidak diketahui.).Sehingga sekarang,pokok itu masih ada di samping blok ini.sesiapa pun tidak berani untuk menebangnya kerana takut dia diganggu.

Menurut orang luar juga,pocong yang kainnya hanya setengah badan dan tangannya sudah terkeluar itu akan membunuh orang.selagi tangannya belum terkeluar dari kain kafan itu,selagi itu orang akan selamat.Dan aku bernasib baik kerana pocong itu belum terkeluar tangannya.

Sekian sahaja daripada kisah aku yang agak menyeramkan ini.hehehe.selamat membaca.

•••

Ok cerita ni baru sahaja aku terima dari sorang member aku ni.cerita ni best walaupun pendek tapi menyeramkan.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now