Bab18

21.7K 1K 36
                                    

Waktu balik bagi pelajar-pelajar dan guru di Edward Private Highschool .

Puteri hanya duduk di bus stop untuk menunggu Pak Am tiba .

Abang-abang nya juga masih belom sampai lagi . Hanya puteri yang duduk berseorangan di situ .

Kaki digoyang-goyang kan kedepan dan kebelakang sambil mata melilau-lilau ke sini dan ke sana .

"Haihh mana abang ni . Mana Pak Am ni . Kenapa lambat sangat". Keluh puteri . Peluh didahi di lap menggunakan sapu tangan yang sentiasa di bawa ke sekolah .

Selalu basuh and setiap hari bawak sapu tangan lain-lain okayy .

Hampir 15 minit dia menanti mereka . 15 minit yang membosan kan .

Sudah hampir menangis puteri ketika itu sehingga lah ada sebuah kereta yang betul-betul berhenti di depan pondok itu .

Puteri melihat nya dengan dahi berkerut . Setahu nya di istana kereta semua nya bewarna hitam . Tak ada pun warna silver macam ni .

Pin! Pin!

"Alamak tak payah lah hon hon macam aku tak dengar je . Lagi satu pikir aku tahu lah kau siapa . Dah laa cermin gelap , nak tengok orang dekat dalam pun tak nampak . Ni kalau polis saman aku orang pertama tepuk tangan". Bebel puteri dengan mata nya tajam memandang pemandu kereta itu .

Walaupun tak nampak .

Pemandu itu serta merta keluar dari dalam kereta . Puteri yang tadi nya membebel terus terdiam . Dia sudah pun berdiri dari duduk nya . Hanya tinggal angkat kaki lari saja dari situ .

"Jom tumpang aku". Pemandu yang berpakaian sekolah sama seperti puteri itu memandang puteri dengan senyum yang sukar ditafsir oleh puteri .

"Memang tak lah . Nak aku tumpang kau ? . Kejap lagi kau bawak aku pergi hotel . Err". Puteri dengan keadaan marah tambah takut itu terus berjalan menuju masuk ke dalam sekolah semula .

Gile nak tumpang dia tu .

Kalau kau jadi aku pun kau taknak .

Teka siapa .

Alex lah siapa lagi . Kalau dah aku sebut hotel tu .

Alex yang sudah memanas akibat pelawaan nya ditolak terus menutup pintu dengan kuat . Pergi menjauhi sekolah itu .

Kaki dihentak-hentak kan tanda geram . Lama dia menunggu abang-abang nya tapi tetap tak muncul-muncul .

Satu sekolah dia pusing . Sehingga di padang sekolah dia ternampak pelajar-pelajar yang berkumpul di situ dengan memakai seluar pendek paras lutut dan berbaju jersi .

Puteri mengecilkan mata untuk melihat orang yang berada di padang itu dengan lebih jelas .

"Eh tu bukan abang Farhat ke ? Buat apa dia dekat situ". Soal puteri sendiri . Kaki menuju ke arah sekumpulan orang yang berada di padang itu .

Semakin dekat dia ke arah abang nya itu . Sampai sahaja di belakang abang Farhat dia terus menepuk belakang lelaki itu kuat .

Ketika ini Farhat sedang sibuk berbual bersama rakan nya dan tidak sedar bahawa adik nya itu sudah berdiri di belakang nya .

Pakk

"Aduhh sakit siaa siapa yang pukul aku ni". Farhat terus memusingkan badan nya sambil tangan sebelah nya memegang bahu yang dipukul tadi .

Terkejut Farhat bila melihat adik kesayangan nya itu sedang membuat muka marah dan mencebik .

"Alolo baby buat apa dekat sini ? Kenapa tak balik lagi ni". Farhat menarik tangan puteri supaya mendekati nya . Dia memegang muka adik nya itu .

Nerd Diraja ✔Where stories live. Discover now