Keadaan di meja makan hanya senyap . Tak seperti selalu riuh rendah dengan suara si kembar tiga dan adik perempuan nya seorang itu . Puteri .
Bunyi sudu dan garfu yang berlaga di pinggan sahaja yang menemani mereka berempat .
Puteri tidak memandang satu pun abang nya yang berada di depan mata nya itu . Masih sakit hati akibat hal pagi tadi .
Farhat mengeluh melihat puteri hanya diam dari tadi . Kalau berkumpul pasti Puteri akan bergelak ketawa dengan gurauan abang atau adik nya itu .
"Baby".
Puteri hanya buat tak tahu sambil menghabiskan makanan nya . Sedikit pun dia tak menjeling melihat Farhan yang memanggil .
"Baby dah la tu merajuk nya ".
Masih tiada respond oleh puteri .
Habis sahaja puteri minum air dia terus bangun dari kerusi dan menuju ke lif . Abang-abang nya tidak diendah kan . Lantak pi lah diorang tu .
Sampai di bilik Puteri terus mendukung Oreo dan di bawa masuk ke dalam lif dan menuju ke tingkat bawah sekali .
Puteri dan oreo jalan di sebuah laluan yang sunyi . Di laluan itu ada sebuah bilik bilik yang tiada pintu . Bilik yang ditempat kan haiwan-haiwan peliharaan diletak kan . Tapi oreo sahaja yang diletakkan di dalam bilik puteri sebab puteri yang nak .
Sangkar tikus belanda yang berwarna hitam itu dituju . Pintu sangkar itu dibuka lalu mengeluarkan tikus itu .
Puteri duduk bersila di atas tikar yang berbulu tebal bewarna coklat itu . Oreo yang sudah dilepaskan dari pelukan dibiarkan berjalan sekeliling bilik .
"Haii Orea lama tak jumpa kan ". Orea tu nama tikus belanda yang puteri bela . Saja letak nama Orea senang sikit nak ingat sebab dekat dengan nama Oreo .
Tikus belanda itu digoncang-goncangkan manja dan dicium-cium manja . Jangan risau tak busuk pun sebab memang dah arahkan dayang untuk mandi kan semua haiwan dalam bilik ni .
"Meoww".
"Meoww".
Puteri menjeling kucing-kucing milik abang nya pula yang berada di satu sangkar yang besar . Siap ada tempat bermain lagi dalam sangkar tu .
Orea diletak kan semula di dalam sangkar . Kaki menuju ke arah kucing Si Kembar pula .
Buka sahaja pintu sangkar itu ketiga-tiga kucing itu berlari dan melompat ke arah puteri sampai terbaring dibuat nya .
"Arghhhh !" . Jerit puteri kuat akibat terkejut dan juga akibat digigit perlahan di tangan .
Puteri yang masih dalam keadaan baring dengan ketiga-tiga kucing itu menindih di atas badan nya membuat kan puteri susah untuk bergerak . Naik lemas pun ada walaupun kucing-kucing ni semua kecik-kecik . Mereka bukan jahat tau sahaja nak bermanja-manja sebab dah lama tak bermain dengan puteri .
Macam mana sis tahu ? . Sebab sis yang reka cerita ni sis tahu lah hahahaha .
Bunyi derapan kaki yang sedang lari jelas didengari oleh puteri . Dalam kelapa nya sudah pikir . Itu mesti abang-abang nya . Nak lari tak boleh pulak anak-anak kucing ini masih tak beralih dari badan .
"Macam mana boleh jadi macam ni baby". Farhan datang ke arah kucingnya dan adik nya . Diikuti oleh Farhat dan Faiz .
Mereka bertiga mengangkat anak kucing masing-masing yang menindih tubuh adik nya itu .
Kucing itu diletakkan kedalam sangkar semula . Si kembar memandang puteri yang masih baring di karpet itu .
"Tak reti bangun dah ? Ke nak abang angkat ?". Dengar sahaja Faiz berkata begitu terus puteri bangun dari baring nya .

ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Diraja ✔
Teen FictionPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...