Kami tiba di lorong yang mempunyai banyak loker yang disedia kan . Abang kata loker lelaki bewarna biru dan perempuan pulak berwarna pink . My fav colour !
" Baby loker nombor berapa ? ". Tanya abang Iz
" Em 205 ". Jawab ku .
" Berdepan je dengan lokar abang . Nanti senang lah ". Kata abang han
" Ouh okay ". Jujur aku kata selepas excident aku kene lempang aku terus tak banyak cakap
Loker aku terletak di bahagian hujung dan tak ramai pelajar yang lalu di kawasan ini . Hanya pelajar yang mempunyai loker di bahagian ini sahaja yang lalu .
Sedang aku mengambil buku di dalam loker . Aku terdengar suara yang menegur abang-abang ku . Macam mana aku tahu ? Sebab dah terang lagi bersuluh diorang sebut nama abang aku tak kan panggil aku pulak . Ye dak?
" Hey twins korang buat apa dekat sini , asal tak masuk kelas lagi , penat kitaorang tunggu korang tiga ni dalam kelas , kau tahu tak ". Bebel satu suara .
" Eh kau ni , aku tengah teman sepupu aku yang baru pindah ni . Dia mana lah tahu pape dekat sekolah ni ". Balas abang Iz
" Mana sepupu kau ? Lelaki ke perempuan ? Meh sini aku nak tengok ". Suara ni lain dari yang membebel tadi . Mesti lagi sorang .
" Perempuan lah . Kau jangan nak berangan usha dia , kalau tak aku smackdown kau dekat sini jugak ". Aku hanya tergelak kecil mendengar apa yang abang han cakap .
Aku menutup pintu lokar dan memandang lima manusia di depan ku ini .
' Uish hensem nya kawan-kawan abang , memang boleh jadi geng lah sebab semua ada rupa , perfect '. Monolog ku sendiri .
" Hai cutie ". Sapa seorang lelaki dengan ceria .
Muka ku terasa bahang , menahan malu . Tak kenal lagi dah panggil cutie . Gile mamat ni
Aku tidak membalas tetapi hanya tersenyum melihat nya .
" Kau tak payah nak ber hai hai sangat lah Ryqarl ". Abang Iz menjeling kawan nya itu.
Aku memandang Ryqarl . Rambut serabai , kulit putih dan satu sahaja dia sungguh kacak huk huk sama dengan kawan nya yang disebelah itu .
Okay stop memuji orang .
" Ryqarl , Mikael aku kenal kan ini sepupu kitaorang panggil saja Puteri , Bab... Eh Puteri ni kawan abang . Puteri jangan layan sangat si Ryqarl ni dia playboy no satu dekat sekolah EP Highschool ni ". Terang abang Han hampir sahaja dia ingin memanggil ku baby . Aku hanya menganggok .
" Ewah kau Han jangan lah di sebut pasal playboy tu . Aku dah insaf ! Aku dah insaf ! ". Ryqarl menghentak kaki nya dah macam budak kecik tapi still hensem haha .
Aku menahan ketawa .
" Dah-dah tak payah nak hentak kaki sangat . Kita orang nak hantar puteri pergi kelas dia . Bye jumpa dalam kelas ". Abang Farhat terus menarik tangan ku . Abang farhat ni memang suka tarik tangan so dah biasa .
" Nak ikut !! ". Jerit Ryqarl di belakang . Mikael di sebelah sudah menepuk dahi nya kuat . Kawan siapa lah ni ?
" Yelah cepat " .
Aku jalan di antara abang iz dan abang han . Abang farhat berjalan bersama kawan nya di belakang .
Sepanjang masa Ryqarl bermain dengan rambut aku .
Makin lama makin geram rasa nya . Aku merengus kuat .
" Aduh ! sakit la Farhat " .
" Yang tangan kau gatal pergi usik-usik rambut Puteri tu dah kenapa ".

ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Diraja ✔
Roman pour AdolescentsPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...