Sudah seminggu lebih aku bersekolah di Edward Private Highschool .
Alex dan kawan-kawan nya jarang pula aku lihat di sekolah sejak dua menja ni .
Aku dan Ain sudah menjadi kawan baik cuma Qai sahaja yang perangai seperti biasa . Dingin+annoying
Satu lagi group perempuan yang pernah lempang dan tarik rambut aku tu . Diva Girls , err geli geliman aku dengar nama group tu .
Diorang dah tak kacau aku pula . Pelik bin ajaib . Apa yang abang-abang aku cakap pada diorang masa dekat cafeteria tu sampai dah tak kacau aku .
Kalau terserempak pun dia hanya menjeling ke arah ku . Tapi aku kisah apa ? .
Di dalam kelas .
Aku perhati Qai bangun dari kerusi nya dan terus keluar dari kelas . Cikgu tiada lagi dalam kelas ini .
Mana agaknya dia nak pergi tu ? .
" Err Ain , saya nak tanya something boleh tak ?". Tanya aku kepada Ain yang sedang melihat iphone nya . Stalk Instagram lew tu . Maklum lah hakak femes hikhik.
" Em ya , nak tanya apa ? ".
" Qai tu memang perangai dia macam tu eh ?".
" Sebenarnya tak.... ". Ujar Ain pendek lalu membuat muka sedih .
" Habistu ? Taknak cerita dekat saya ke apa jadi ?". Aku mula menjadi busy body nak tahu hal Qai .
" Dia jadi macam tu sebab dia baru putus cinta ". Ain menilik-nilik kuku nya .
" Oh sambung lah ".
" Kekasih dia ni curang . Yang paling Qai tak boleh terima perempuan yang dengan ex boyfriend dia ni kawan kitaorang .
Budak perempuan tu baru je pindah sini so kita orang pun jadi lah kawan rapat .
And then satu hari ni Qai saja jalan dekat taman amik angin , lepastu dia nampak boyfriend dia dengan kawan kita orang tu tengah berpegang tangan sambil jalan .
Qai bertambah sedih bila tengok boyfriend dia cium pipi perempuan tuh .
Balik je rumah Qai terus whatsApp boyfriend dia tu maki-maki , sumpah segala bagai lepastu dia mintak putus .
Lepas jadi macam tu boyfriend dia dengan perempuan tu terus pindah dekat sekolah lain sebab nak jauhkan diri dari Qai .
Sebab tu sekarang ni Qai dah susah nak percaya dekat budak baru . Tamat lah sudah cerita saya ... Sekian ". Panjang lebar Ain bercerita dekat aku pasal Qai
" Siapa nama diorang tu ?" . Saja je tanya padahal tak kenal pun haha.
" Ex Qai ni nama dia Hairil . Yang ex kawan kitaorang ni pulak nama dia Fiqah ". Jawab Ain .
" Ohhhh ".
Dalam hati , aku memikir kan pasal Qai . Kesian dia muka dah terlebih lawa tapi still boyfriend dia curang . Apa ke buta mamat ni .
" Good morning class ". Ha baru nak masuk Miss Anne ni . Baik tak payah masuk je dari tadi err.
" Morning Miss Anne ". Sapa satu kelas .
" Today kita ada pelajar baru ". Kata Miss Anne sambil mata memandang ke luar kelas .
Aku pun menyibukkan diri untuk menjenguk keluar kelas . Di sebabkan aku duduk di meja sebelah tingkap so senang lah .
Tapi hampa niat ku apabila Miss Anne awal-awal dah tegur tak payah sibuk nak tengok luar , nanti budak nya masuk jugak .
" Awak bertiga boleh masuk dan perkenal kan diri ". Arah Miss Anne .
Mak aihh sampai tiga orang sekali pindah .
Pelajar yang diluar itu terus masuk . Tiga-tiga muka sebijik !.
Gugur iman aku tengok budak-budak lelaki tu semua nya kacak+comel .
Takleh macam ni kutib balik iman aku woiii .
" Er nama aku Tengku Danish Shah panggil je Danish ". Lelaki yang sedikit tinggi dari kedua budak disebelah nya memulakan bicara .
Sekarang budak yang dekat tengah pula . Muka selamber je . " Nama aku Tengku Nik Aryan Shah just call me Aryan ".
Yang last ni muka ceria je " Haii nama Aku Tengku Nik Khairil Shah panggil Khai je nak comel lagi panggil je baby dan kami bertiga ni kembar !!!! ". Khai berkata dengan ceria sekali . Kembar di sebelah nya hanya menepuk dahi
Kata-kata Khai membuat kan seisi kelas ketawa . Miss Anne sudah tergeleng kepala sambil tersenyum .
" Awak boleh duduk dekat meja belakang sekali tu . Move ". Miss Anne terus duduk di meja guru .
Mereka bertiga duduk di tempat yang telah diarah kan . Dah memang meja belakang ni je kosong . Heh
" Hai budak depan ". Aku mendengar Khai memanggil Ain . Maklumlah Khai duduk dibelakang Ain , belakang aku pula Danish and yang akhir sekali you guys know . Aryan duduk belakang Qai .
" Oh hai ". Ain menoleh kebelakang sambil tersenyum manis ke arah Khai .
Khai membalas senyuman . Terus sahaja mereka bebual dengan rancak tak kisah dah budak sebelah diorang ni .
Malas aku mahu mendengar apa yang mereka bualkan . Aku terus meletak kan kepala di meja untuk tido. Zzz
Tengah tidur dengan nikmatnya terasa kerusi ni ditendang-tendang .
" Jaaangannnn laa kaacauu sayaa nakk tidurrr niii ". Kata ku meleret . Orang tidur dikacau . Huh tak suka lah macam ni !!
Kerusi masih lagi ditendang . Naik angin aku terus angkat muka . Mata aku gosok-gosok takut ada taik mata . Eii pengotor .
Aku membetul kan rambut sedikit dan terus menoleh kebelakang ..
Saat menoleh kebelakang aku terus melihat danish yang membuat muka tidak tahu sambil mengunyah gula-gula getah .
" Kenapa awak tendang-tendang kerusi saya ?". Tanya ku dengan lemah lembut tapi dalam hati . ' Muka hensem tapi kacau orang nak tidur . Haih tak aman macam ni '.
" Eh mana ada saya kacau . Adik saya ni yang kacau awak ". Tangan nya ditunjukkan kearah Khai yang sedang berbual dengan Ain .
Khai memandang abangnya pelik sambil jarinya menunjuk ke arah mukanya sendiri .
" Aku apa ?". Tanya Khai dengan dahi berkerut .
Danish tersengih seraya itu kepala nya digelengkan .
Danish memandang aku semula sambil tersenyum menggoda . Dia mendekatkan muka nya ke muka ku .
Apa kau nak buat dekat aku ??!!!! Nasib baik muka hensem .
Telinga aku dirapati ke mulut nya . Dan dia berbisik sesuatu .
" Sorry awak saya yang tendang kerusi awak . Awak ni comel lah walaupun nerd . I like ". Suara dia macam nak goda aku weh lembut ja .
Hati tolong kuat .
Dia terus menjauh kan muka dari muka ku lalu dia memberi kan flying kiss . Muka sudah membahang menahan malu .
Aku terus memusingkan badan menghadap ke hadapan semula . Tak sanggup lagi aku nak tengok muka Danish . Boleh pengsan aku macam ni .
" Uishh bang gile lah kau ni ". Kenal sangat tu suara Khai .
Tangan kiri menutup separuh muka manakala tangan kanan memegang dada . Jantung ni berdegup kuat .
Ada watak baru yeayy !!
YOU ARE READING
Nerd Diraja ✔
Teen FictionPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...