Farhan dan kedua-dua adik nya kehulur kehilir di depan pintu bilik puteri berada . Ahli keluarga puteri serta kawan-kawan triplet juga ada ketika itu .
Mereka berada di hospital sekarang ini menunggu keputusan dari doktor yang mengecek puteri .
Selepas Ryqarl ternampak puteri yang berada di depan tandas tadi dia terus mencempung badan kecil puteri dan dibawa terus berjumpa dengan abang-abang puteri .
Punya terkejut bila melihat keadaan puteri ketika itu . Nak menangis pun ada . Adik kesayangan siapa je tak sedih .
Tak pikir panjang Farhat terus call driver suruh amik dia orang . And Raja Fazril dan Permaisuri juga dia hubungi .
Tak jumpa cikgu mereka terus keluar dari pagar sekolah dan masuk ke dalam kereta panjang milik keluarga triplet itu .
"Farhan , farhat , faiz duduk lah dulu . Doa supaya adik kamu tu tak ada apa-apa yang teruk ". Kata Permaisuri Amirah . Kesian dia melihat anak-anak nya risau akan adik perempuan yang sorang itu .
Hati ibu mana yang tak risau bila tiba-tiba mendapat berita anak gadis nya cedera parah sebegitu rupa .
Seorang doktor wanita keluar dari bilik yang menempat kan puteri dirawat . Semua yang terduduk terus berdiri menuju ke arah doktor wanita itu .
"Macam mana dengan adik saya doktor ?". Farhat memandang doktor wanita yang cantik memakai tudung shawl itu dengan muka risau .
"Alhamdulillah adik awak sekarang dalam keadaan stabil . Tapi saya harap awak semua bersabar ya kemungkinan besar puteri akan koma ". Doktor itu memandang sayu kearah semua keluarga puteri ..
Badan juga dibongkok kan sedikit bila berdiri di depan Raja dan Permaisuri .
Ryqarl dan Mikael juga terkejut . Selama ni mereka kene tipu lah . Puteri adik kepada triplet bukan sepupu . Tapi melihat keadaan kawan nya yang sedang menangis itu membuat kan hati mereka sedih .
Menangis wehh menangis .
Aidil dan Hakim tak habis-habis menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaga puteri . Mereka mahu sahaja ikut puteri ketika hendak ke bilik air tetapi sudah dihalang awal-awal oleh puteri sendiri .
Esakan-esakan kedengaran di ruang tempat menunggu di depan bilik puteri .
Raja Fazril masih tabah lagi menahan diri dari mengalirkan air mata . Isteri nya sudah pun menangis diikuti anak-anak teruna nya .
"Farhan nak masuk tengok baby ". Dia terus bangun dan menolak pintu bilik tersebut .
Masuk sahaja dia melihat seorang gadis yang disayangi nya terbaring tidak bergerak di atas katil kecil itu . Hanya bunyi mesin nadi sahaja berbunyi .
Bertambah sedih bila menatap tubuh adik nya yang lebam-lebam dan kene balut itu .
Pipi yang sedikit lebam itu diusap lembut . Dahi yang berbalut itu dicium . Air mata mengalir lagi .
Permaisuri Amirah melihat adegan itu penuh sebak di pintu bilik .
"Nurse tempatkan anak saya ke bilik Vvip ". Arah raja Fazril kepada seorang nurse lelaki yang lalu disitu . Nurse itu menunduk dan terus menuju ke kaunter untuk uruskan hal tersebut .
🌼🌼🌼🌼🌼
Keesokan hari nya . Triplet dan sepupu nya iaitu Hakim dan Aidil terpaksa pergi ke sekolah seperti biasa . Mereka mahu menjaga puteri tapi dihalang oleh Raja .
Keadaan triplet tersangatlah serabut dan tak terurus kerana asyik terpikir kan adik nya di hospital .
Hakim dan Aidil masuk ke kelas dengan muka seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi dalam hati tiada siapa tahu .
Bila punggung sudah melabuh di kerusi terus sahaja Danish memandang mereka dengan pandangan tertanya-tanya .
"Asal kau pandang kita orang macam tu ?". Soal Aidil kepada Danish . Danish kelihatan seperti kecewa sedikit .
"Emm puteri mana ?". Jawab Danish . Aidil dan Hakim berpandangan .
"Nak bagitahu ke weh ?". Bisik Aidil ke Hakim . Hakim berfikir sejenak dan terus menggeleng kan kepala .
"Dia tak datang . Sakit ". Jawapan yang diberikan oleh Aidil membuatkan Danish mengeluh kecil dan terus pandang ke depan semula .
🌼🌼🌼🌼🌼
Kelas 5Gold
Farhan meletakkan kepala di atas meja . Farhat pula duduk termenung memandang ke luar tingkap . Faiz hanya memerhati kelakuan abang-abang nya itu . Dia tahu mereka sedang memikirkan hal adik kesayangan nya di wad itu .
Dia mengeluh kuat .
Bahu Farhat dan Farhan dicocok menggunakan pen . Mereka menoleh ke arah Faiz . Mata sembab mereka berdua dipandang lama .
"Kau rasa siapa buat baby ?". Kata Faiz dengan nada sedih .
"Aku kalau tahu dah lama aku kurung dekat penjara bawah tanah istana tu . Tak kasi makan minum semua biar diorang mati mereput ". Ujar Farhan bengang . Penumbuk digempalkan tanda geram . Urat-urat pun timbul dibuat nya .
Farhat mengusap belakang badan abang nya itu . "Aku upah pembunuh bunuh jembalang tu . Serius aku cakap ".
'Tapi siapa yang buat baby tu masih tak tahu siapa '. Kata hati mereka bertiga .
Mereka mengeluh .
Tadaa . Harini sis update awal sikit sebab tak ada kerjaa . Hehe .
Esok sis dah daftar sekolah . Naik sekolah lusa . Sis tak janji sis boleh update setiap hari ke tak emm .
Emm okayy selamat tahun baru 🎉
YOU ARE READING
Nerd Diraja ✔
Teen FictionPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...