Alex dan seorang rakan nya sudah pun tiba di tempat berada berada . Ahli yang lagi dua orang itu pula mengejar Qai yang sudah jauh didepan . Takut Qai akan meminta bantuan . Tapi memang betul pun nak mintak bantuan kalau dah dalam keadaan bahaya macam ini .
Puteri memandang Alex yang sedang cangkung di depan nya itu . Senyuman sinis tidak pernah lengkang dari mulut Alex . Waktu seperti ini yang puteri buat hanya mampu menangis . Kaki yang masih sakit itu digenggam kuat .
"Nak lari ke mana lagi ?". Soal Alex sinis . Air mata yang tidak henti-henti dari tadi dikesat kasar .
Terus badan kecil puteri didukung gaya santa mengangkat guni hadiah itu . Puteri meronta-ronta . Badsn belakang Alex juga dipukul kuat tapi tidak memberi kan kesat kepada Alex .
Siap boleh bergelak ketawa lagi dengan kawan dia dekat sebelah tu . Dah lah angkat aku macam angkat barang !. Aku manusia bukan barang tahu .
🌼🌼🌼🌼🌼Qai seperti mahu semput bila dia dikejar oleh konco-konco Alex . Mujur dia sudah sampai di padang yang masih mempunyai rakan sekelas nya itu .
"Weh !! ". Kata Qai dengan badan terbongkok-bongkok kepenatan . Orang yang mengejar nya tadi sudah hilang kan diri lepas Qai berlari ke padang .
Danish , Aryan , Khai dan Ain memandang muka Qai pelik . Dah macam kene kejar anjing . Nafas tak teratur .
"Apa ?. Btw Puteri mana ?". Soal Danish .
Qai mengangkat tangan sebelah seperti menyuruh mereka untuk tunggu sekejap . Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali . Dia sudah selamat duduk di lantai rumput itu .
Lagi berkerut lah muka kawan-kawan nya itu .
"Put......Alex...lo..lorong...bilik sukan ". Habis sahaja Qai berkata dia terus rebah di rumput . Makin terkejut lah mereka . Pengsan .
Puteri satu hal . Qai pun satu hal juga .
Danish yang mendengar sahaja apa yang Qai kata terus dia bangun dari bangku itu . Muka jelas kelihatan risau sangat tentang puteri . Sama seperti Ain juga .
Aryan sekarang risau dekat Qai sorang je dah pengsan macam tu .
"Wehh ! Jom lah doe pergi bilik sukan . Aku tak sedap hati ni ". Kata Ain separuh nak nangis dah . Khai disebelah menggosok-gosok belakang gadis itu supaya tenang .
"Aku ikut kau . Aryan ! Kau bawak Qai pergi bilik sakit ". Arah Danish .
Qai yang baring di lantai itu terus dicempung oleh Aryan . Aryan membawa Qai menuju ke bilik sakit .
"Aku ikut eh ". Kata Khai pula . Tak kan dia nak duduk dekat padang ni sorang-sorang pula . Padahal Ain ikut danish . Mana acii .
"Kau pergi cari sepupu Puteri sebab diorang berani lawan Alex . Kita ni apa ja ada ". Danish dan Ain terus berjalan meninggalkan Khai di belakang .
Khai sudah mencebik tak suka . Baru nak jalan dengan buah hati !. Abang danish dah amik dulu dah . Kaki dihentak pada rumput .
Kesian rumput tu tak bersalah pun kene .
Dia pun memulakan langkah menuju ke Block Form5 . Kelas 'sepupu' puteri dituju .

ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Diraja ✔
Teen FictionPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...