Bab25

20.2K 912 36
                                    

Qai memandang tajam ke arah Ain yang masih belum bersiap lagi itu . Dia dari tadi sudah siap menukar baju sukan . Puteri juga sama dia duduk di bangku yabg memang disediakan di dalam bilik persalinan itu sambil kaki digoyang-goyang kan .

"Wey cepat lah Ain ".

"Sekejap . Zip ni tak betul lah dari tadi aku tarik tak boleh-boleh ". Tangan nya masih ligat menarik-narik zip yang seperti tersekat itu . Dia mengeluh kuat . Kalau baju ni tidak dizip . Pasti para pelajar lelaki akan menyaksi kan tayangan free .

Zip yang berada di belah dada itu tetap ditarik kuat-kuat . Geram rasa nya bila zip ini membuat hal .

"Meh saya tolong ". Puteri menepis tangan Ain yang cuba untuk mengzip baju itu .

Dengan perlahan-lahan puteri menarik zip itu hingga bahagian dada kawan nya itu tertutup .

"Wahh thank you puteri . Awak penyelamat saya ". Badan comel milik puteri terus dipeluk erat . Puteri hanya tersenyum sahaja dengan perlakuan Ain .

"Most wellcome Ain". Pelukan dileraikan . Qai pula dari tadi sudah keluar dari bilik persalinan itu . Bosan sungguh menunggu manusia yang amat lambat itu .

Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke arah padang yang luas itu dengan perbualan kosong . Tapi yang banyak cakap Ain je lah . Puteri dan Qai mendengar sahaja . Adakala gelak ketawa mereka meletus dengan lawak tak bodoh yang Ain buat .

Sampai sahaja di padang mereka terus duduk di kerusi yang berada di bawah pokok renek . Redup . Kipas yang memang Puteri akan bawa ke padang digunakan untuk menghilang kan panas . Well Puteri kan mana boleh kene panas sangat . Sensetif 

Ain yang tadi nya duduk terus baring dan kepala nya diletak kan di peha Puteri . Puteri hanya diam sambil tangan nya mengusap rambut Ain . Mata memandang ke arah padang itu . Hanya classmate lelaki nya sahaja yang bermain di tengah padang itu . Si kembar juga turut serta bermain bola sepak .

Qai mengeluh kebosanan . Ain yang elok baring di peha puteri sudah terpejam-pejam mata nya itu untuk tidur . Panas-panas macam ni pun boleh tidur juga si Ain ni .

"Aku bosan ". Kata Qai pasrah . Dah lah panas lepastu tak buat apa dari tadi . Duduk memerhati sahaja orang disekeliling nya . Ain pun dah tidur .

"Sama lah saya . Kalau duduk dalam kelas tak ada pun bosan macam ni ". Puteri juga mengeluh . Lenguh tangan nya dari tadi mengipas-ngipas muka nya itu . Peluh dilap menggunakan sapu tangan yang diletakkan di dalam kocek seluar paras bawah lutut itu .

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tinggi dan mempunyai badan yang tegap berdiri didepan kami bertiga . Jadi terpaksa lah mereka mendongak untuk melihat lelaki yang berada di depan itu .

"Qai tolong cikgu boleh tak ?". Tanya lelaki itu .

"Eh cikgu Azwan . Ha ye nak saya tolong apa ?". Tanya Qai mesra . Qai kenal sangat dengan cikgu Azwan itu . Mereka berdua memang rapat sebab cikgu tu Pakcik Qai .

"Tolong pergi stor sukan boleh ? Amek kan raket badminton yang dah rosak tu . Cikgu nak bawak pergi kedai betul kan ". Ujar cikgu itu .

Qai hanya meng'o'kan sahaja lalu mengangguk .

"Terima kasih Qai . Nanti dah ambil kasi cikgu . Cikgu dekat dalam bilik guru tau ". Terus rambut lurus Qai itu diusap lembut . Qai hanya tersenyum kerana diperlakukan begitu .

"Yelah pakcik ". Cikgu Azwan ketawa kecil sebelom dia terus berlalu dari situ .

Qai memandang Ain yang lena tidur itu . Dia berpikir nak mengajak Ain atau tidak . Kesian pula kalau dikejut . Terus sahaja dia mendapat idea bila memandang pelajar yang sedang bermain bola sepak itu .

Nerd Diraja ✔Where stories live. Discover now