Sebulan sudah berlalu sejak kejadian Puteri diganggu oleh Alex . Sebulan itu juga puteri tidak ke sekolah akibat takut dan fobia apabila bertembung dengan Alex lagi . Kata Si Kembar . Pengetua tidak ambil kisah pasal Alex . Kerana Alex adalah anak pengetua sekolah .
Puteri juga jarang keluar dari bilik tidur nya . Membuatkan abang-abang nya itu risau . Siapa tak risau adik kesayangan weh .
Di dalam bilik yang serba pink itu Puteri duduk di atas katil dengan Oreo di dalam dakapan . Oreo tempat dia mengadu . Tempat hilang kan stress apabila melihat muka comel anak kucing itu .
Masa ini abang-abang nya sudah pergi ke sekolah awal pagi tadi . Hanya Puteri yang terkurung di dalam bilik .
Dia turun dari katil lalu keluar dari bilik . Rambut yang serabai itu dibiarkan begitu sahaja . Dayang-dayang dan pengawal yang menjaga istana yang melihat puteri . Puteri buat tak tahu .
Kaki melangkah keluar Istana . Puteri masuk ke dalam garaj istana yang menempatkan semua kenderaan seperti .. kereta , motor , basikal dan lain-lain lagi .
Basikal yang berwarna pink itu dicapai dan dibawa keluar dari garaj . Abang-abang nya pun ada basikal sendiri . Farhan warna hitam , Farhat memiliki basikal warna biru dan Faiz pula berwarna merah .
Baru sahaja dia ingin mengayuh basikal dia ditahan oleh pengawal yang menjaga di area-area situ . Puteri memandang pengawal itu tidak puas hati .
Dia menolak tangan pengawal yang memegang handel basikal milik puteri .
"Ish tepi lah ". Marah Puteri
"Tuan Puteri tak boleh pergi mana-mana . Raja dah amanah kan kesemua Pengawal untuk tidak membenarkan tuan Puteri keluar dari istana buat masa ini ". Kata pengawal itu lembut .
Puteri mendengus geram .
"Sana lah ! Alah ! Setakat pusing-pusing dekat padang istana pun tak boleh ke !". Kaki ingin mengayuh basikal tapi tangan pengawal yang memegang basikal puteri masih tidak beralih .
"Maaf tuan puteri tapi masih tak boleh ". Pengawal itu menunduk kan kepala .
"Erghh fine !". Puteri terus bangun dari basikal dan menyepak basikal itu sehingga jatuh . Pengawal tadi mengangkat basikal puteri dan dibawa semula ke dalam garaj .
Puteri berjalan dengan kaki yang dihentak-hentak . Muka jelas menunjukkan yang dia geram .
Bilik dituju semula sebelum dia menggambil seberapa banyak makanan rengan di dalam stor makanan di dapur . Dayang-dayang pun melarang puteri untuk menggambil makanan rengan itu terlalu banyak . Tapi apa puteri kisah ? Dia sekarang mood marah+merajuk tengah on .
Pintu bilik dihempas kuat menyebabkan bunyi hentakan pintu itu menarik semua perhatian pengawal dan dayang yang berada berdekatan bilik puteri .
Puteri duduk di sofa berdepan dengan Tv . Semua makanan yang berada dalam dakapan nya diteraburkan di atas meja .
Tv di On .
Biskut oreo di ambil dan dibuka plastik nya . Dia perhati biskut oreo itu dan memandang oreo yang berada di sebelah .
"Oreo . Tengok ni puteri ada oreo ". Biskut oreo yang berada di tangan digerak kan ke kiri dan kenan . Oreo hanya memerhati .
Puteri ni dah tak ada bende lain ke nak dibuat ?.
"Meoww ( he eh puteri ni dah tak betul ke apa tunjuk bisku oreo tu dekat aku . Tahu lah nama aku oreo )". Bisik hati Oreo .
Hahaha sis pun sama - sama tak betul .
Puteri tersengih biskut yang berada di tangan terus disumbat ke dalam mulut .
Habis satu paket oreo . Dia ambil pula Mr Potato . Plastik bulat itu dibuka dan dicampak ke lantai . Bersepah sama seperti plastik biskut oreo .
Kaki diletak di atas meja kecil yang dipenuhi makanan rengan itu dan disilang kan . Lagak sepert boss . Tapi puteri punya pangkat lagi besar dari boss tau .
Agak lama puteri menonton movie . Dah dua movie dia tengok . Makanan rengan atas meja ni pun tinggal berapa je dah .
Dia menguap besar . Mata sudah berat . Mulut yang masih comot dengan serbuk-serbuk jajan itu dibiarkan tidak dilap . Sebelum terlena dia melihat jam dinding yang berbentuk bulat corak love-love pink didalam nya .
"Hm pukul 12 lebih . Huarghh ". Dia menguap lagi . Mata dipejam kan dan terus dia membaringkan badan di atas sofa besar bewarna putih itu .
Puteri sekarang Zzz . Dah jangan kacau .
🌼🌼🌼🌼🌼
"Weh aku rindu puteri huuu ". Kata Ain yang sedang menangis . Nangis tho rindu gile kot dekat puteri . Bukan seminggu tak sekolah tapi sebulan .
Qai di sebelah mengusap belakang Ain . Simpati . Qai pun rindu puteri juga tapi tak adalah menangis macam si Ain ni .
Mereka sekarang berada di dalam kelas . Seperti biasa . Tiada apa yang dibuat . Hanya berbual kosong , tidur tak pun bermain handphone . Rutin harian .
Patut lah Alex perangai macam tu . Dah bapak dia pengetua sekolah tu pun macam nii . Lepas tangan je .
"Aku pun rindu hmmm ". Kata Danish perlahan . Kepala dia dan meja berpisah tiada . Sejak puteri tak datang dia asyik baring kan kepala di atas meja saja .
"Tabah wahai abang . Aku turut merasa kan yang sama ". Kata Khai pula . Danish mengangkat muka . Muka pelik di siarkan .
"Ha kau rindu puteri juga ke ?". Soal Danish .
"Rindu sebagaii..... kawan .. hehehe ". Khai bukan tak tahu yang abang nya ini cemburu buta bila dia kata 'aku turut merasa kan yang sama'. Itu tadii .
Ain yang tadi nya menangis sudah reda bila Khai kasi dia gula-gula lollipop . Macam budak-budak .
"Apa puteri buat sekarang ni ek?". Danish memikir kan pasal puteri ...
🌼🌼🌼🌼🌼
"Uhukk uhukkk uhukkk ". Puteri yang lena tidur tadi terus tersedar akibat tersedak air liur sendiri .
Tin Air Gas yang ada di atas meja di buka lalu diminum laju . Dia berdehem berkali-kali . Baru lah batuk nya hilang .
"Siapa cakap pasal aku ni . Tahu tak aku ngantuk ". Selepas sahaja puteri berkata begitu dia terus baring semula . Tapi kali ini di katil . Empuk lagi dari sofa ..

ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Diraja ✔
Teen FictionPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...