"Bye abang , bye kakak . Baby balik dulu ... ecok jumpa lagi ". Puteri melambai riang ke arah sahabat-sahabat yang kini sudah berada di luar pagar sekolah .
Dia ditarik oleh abang-abang nya untuk masuk ke dalam kereta .
Di dalam kereta puteri tidak lepas melambai mereka yang berdiri di luar pintu kereta puteri . Jadi mereka yang berada di luar pun turut membalas lambaian Puteri .
🌼🌼🌼🌼🌼
"I'm home !!! " . Jerit puteri yang kini sudah berada di depan pintu istana . Pekerja-pekerja istana hanya menunduk . Abang-abang nya pula sudah menggelengkan kepala .
"Baby jangan lah jerit-jerit macam tu ". Tegur Permaisuri Amirah yang kini berada di depan mereka berempat .
"Hehe sorry . Bonda bonda ayahanda mana ?".
"Ada dekat singgahsana tu ada penduduk datang buat rayuan sebab hal apa bonda kurang pasti ". Terang Permaisuri Amirah .
Puteri membulat kan mulut sahaja . Baru sahaja dia ingin membuka langkah untuk menuju ke arah ayah nya di awal-awal sudah ditegas oleh Farhat .
"Baby jangan nak mengada-ngada pergi jumpa ayahanda sekarang tau . Ayahanda sibuk tu ".
'Macam tahu-tahu je lah abang ni '. Bisik hati puteri .
"Yelaaa abang...". Jawab puteri mendatar . Dia mengambil langkah untuk ke bilik nya pula .
🌼🌼🌼🌼🌼
Badan kecil puteri dihempas ke atas katil bersaiz king dan empuk itu . Dia mengeliat sedikit ke kiri dan kenan untuk menyelesakan badan .
Dalam keadaan sebegitu dia terpikir akan sesuatu .
'Patut ke aku bagitahu abang-abang aku ek ?'. Soal puteri sendiri .
'Nak ke tak '.
'Emm bagi tahu je lah . Tapi malam nanti hehe nak buat kejutan sikit '.
Setelah lama berfikir dia pun terlena .
🌼🌼🌼🌼🌼
"Baby bangun dan nak malam ni . Pergi mandi , busuk tahu ". Kejut Faiz membuat kan puteri tersedar dari tidur nya . Mata yang berat untuk dibuka itu di gosok seketika .
"Em yela . Pergi la keluar sana ". Kata puteri yang masih dalam keadaan mamai .
Pelik Faiz jadi nya . 'Mana tutur kata dia yang macam budak-budak tu ?'.
"Abang...." .
"Okay okay abang keluar . Bye sayang abang ni . Muahhh ". Pipi puteri dicium lama sebelum dia keluar dari bilik .
🌼🌼🌼🌼🌼
"Haii ". Sapa puteri kepada ahli keluarga nya yang kini berada di ruangan makan .
"Haii sayang ku ". Balas Farhan . Adik-adik nya sudah memandang toya ke arah nya . Puteri tergelak kecil .
Dia duduk disebelah Farhat berhadapan Farhan . Dayang menyedok nasi ke dalam pinggan yang telah disediakan di depan puteri .

ANDA SEDANG MEMBACA
Nerd Diraja ✔
Novela JuvenilPuteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seorang gadis nerd , berkaca mata besar , rambut bertocang dua . Kekok bila bercakap dengan orang yang...