Bab21

21.3K 1K 18
                                    

"Mamaa!!!!!!!".

"Woi diam lah shaiton orang lain perati kau tahu tak . Puteri dekat sebelah aku ni rilek je apahal kau nak memekak sampai macam tu sekali !". Danish menendang kerusi didepan nya . Tempat yang Khai sedang duduki .

Khai memusingkan badan nya kebelakang menghadap Danish . "Kau ah tak guna aku dah kata aku taknak tengok cerita hantu kau paksa juga kan . Lepas tu nak marah-marah aku pulak bila aku menjerit . Aku terkejut kau tahu ! . Tak macam kau tak ada perasan !".

"Dah khai duduk betul-betul balik . Tak payah bising-bising nanti orang marah awak baru padan muka". Kata Ain dengan mata yang masih tertacap di screen besar itu . Tangan ligat memasuk kan popcorn di dalam mulut .

Khai hanya akur . "Hmm yelaaaaa".

"Panjang nya yela awak tu".

Qai dan Aryan dari awal cerita sampai dah separuh tak ada tunjuk riaksi terkejut ke apa ke . Still cool . Macam tak ada perasaan pun ada juga .

Yang Danish kerja asyik nak mengusik Puteri je dari tadi .

Puteri berpeluk tubuh sambil menggigil memandang Danish disebelah . Danish menoleh dengan kening diangkat sebelah .

"Why?".

"Se..sejuk". Kata Puteri yang sudah menggigil disitu . Danish merapatkan badan nya dan pada badan puteri . Bahu Puteri dibeluk erat .

Puteri hanya membiarkan sahaja . Kerana selesa dengan badan hangat Danish . Orang lain sejuk kenapa badan dia panas ?

Akibat terlalu selesa akhir nya puteri pun tertidur . Dah tak kisah pasal movie dekat depan ni .

Puteri kuat tidur .

Sejam sudah berlalu dan movie sudah pun habis . Semua yang berada di dalam wayang bangun untuk keluar .

Danish menjeling puteri yang masih lena tidur dengan tangan nya memeluk pinggang Danish .

Dah lama juga puteri peluk tapi Danish diam kan aja . Gatal kau danish

Danish tersengih . Adik-adik nya sudah pun berdiri di hadapan nya .

Ain memandang Danish tajam . "Kau ambil kesempatan ye danish".

"Hehe bukan selalu".

Qai yang menyelit antara Khai dan Ain terus menuju ke arah Puteri .

Muka Danish ditolak jauh . Lengan dicubit oleh Qai . "Aduh sakit lah Qai".

"Gatal kau ". Qai menjeling . Ain, Khai dan Aryan tukang gelak kan .

Bahu Puteri digoncang perlahan . "Puteri bangun . Movie dah habis ni ".

Lembut sahaja Qai mengejut Puteri . Aryan dibelakang sudah cair melebur bila melihat Qai yang begitu lemah lembut  . Eh jangan memacam ye Aryan

Puteri menggosok-gosok mata nya menggunakan belakang tangan .  Persis kanak-kanak kecil .

Dalam hati mereka yang melihat semua berkata 'comel'. Lagi-lagi Danish hm menyampah aku

"Ops sorry tertidur pulak . Tak perasan pulak movie dah habis hehe". Puteri membetul-betul kan rambut nya . Dan terus berdiri di sebelah Ain. 

"Nak pergi mana pulak ni?". Soal Ain yang sudah bosan asyik berjalan di tempat yang sama ja berulang kali .

"Balik lah jum . Sekarang dah pukul 8 malam . Tak pasal-pasal ab.. eh cousin saya risau dekat rumah tu". Hampir sahaja puteri tersasul cakap tadi . Dia memandang kawan-kawan nya di depan untuk mendapat kan persetujuan .

Bukan puteri tidak tahu abang nya itu terlalu sayang dekat dia .

"Okay ah . Aku pun penat juga dah ni". Badan dipusing-pusingkan seperti membuat senaman . Ain memandang Khai .

"Aku call driver aku lah suruh amik ". Qai pula bersuara . Handphone di ambil dalam beg kecil bewarna hitam itu .

"Saya pun sama". Puteri bergerak jauh sikit dari mereka berlima .

"Abang call lah Pak Mal . Amik kita sekarang ". Danish mengeluarkan handphone di dalam kocek seluar .

Mereka berenam menunggu di luar bersama untuk menunggu driver masing-masing .

Sebuah kereta panjang berwarna hitam berhenti betul-betul di depan mereka .

Puteri sudah tidak senang duduk . Peluh meleleh . Habis lah macam mana ni . Mesti diorang tanya nanti .

Puteri melihat mereka berlima yang masih terpegun melihat kereta itu .

"Kereta siapa tu weh ? Bapak kaya siak . Tu kan kereta mahal gila ". Soal Khai teruja

"Er..err...saya . OKAY BYE !!". Terus puteri berlari menuju ke kereta itu . Takut diorang soal banyak soalan dekat kepada puteri .

Mereka berlima agak terkejut bila mengetahui kereta mahal itu milik puteri .

"Fuhh susah nak percaya ".

"Kan . Aku lagi lagi lagi susah nak percaya dari kau".

"Kaya betul puteri kan". Soal Ain dengan nada tidak percaya .

Serentak mereka memikirkan hal puteri tadi . Terus sahaja driver mereka datang serentak untuk menjemput mereka .

Selepas mengucap kan bye mereka terus masuk ke kereta masing-masing .








Pendek je bab ni . Sorry awak-awak semua hehe . Sis tak ada idea hm hm

Nerd Diraja ✔Where stories live. Discover now