Episode 2 'Friends & Foe'

41 4 0
                                    

Keadaan bandar di situ agak kelam kabut. Suasana malam itu penuh dengan bunyi bunyi siren polis dan helikopter. Namun walaupun bilangan polis tidak terlalu banyak, Fred berasa bimbang. Ini kerana dia tahu bahawa seorang rakannya sedang terperangkap di hotel tersebut. Selama dia sedang memerhati beberapa pasukan polis yang menuju di bangunan di mana penembak sniper itu berada, salah satu daripada mereka menuju ke arahnya dan berkata, "Tuan, tuan perlu beredar dari sini sekarang. Tempat ini adalah untuk siasatan polis." Fred tersenyum dan berkata, "Jangan risau. Saya datang untuk membantu. Sayalah yang menghubungi kamu tadi." Polis tersebut berasa hairan dan menyoal, "Maksud tuan?"Fred mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan simbol seperti burung gagak dan berkata, "Bertenang. Saya adalah Detektif Fred bertaraf empat bintang."

Fred

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fred

Polis tersebut terkejut dan berkata, "Oh, maafkan saya Detektif Fred!" Fred hanya mengangguk. Lalu dia menggunakan telekomunikasi yang terletak di telinga untuk menghubungi Roy, "Roy! Di mana awak sekarang?" namun tiada balasan. "Roy!"

XXX

Picu keselamatan ditarik. Ini bermakna sebarang tembakan adalah merbahaya! Jessica tidak tahu apa yang dirinya sendiri sedang lakukan namun dia adalah terlatih dari CTOS, maka dia perlu ikut prosedur. "Siapakah awak!?" soal Jessica. Roy kesakitan, dia tidak boleh bercakap. Jessica berasa sangsi dan hendak membuka pintu biliknya untuk memanggil polis yang ada di luar namun dihalang oleh Roy, "Na... nanti!" Jessica terkejut dan menoleh ke arah Roy. Roy mengeluarkan sebuah dompet dan menunjukkan sebuah simbol seperti burung dan berkata dengan suara lemah, "Saya.... adalah.... Detektif... saya... ada misi penting!" Jessica mengetahui lambang tersebut. Nampaknya lelaki ini adalah Detektif. Namun mengapa dia mengelakkan diri dari polis? Apapun, dia harus membantunya.

PADA MASA YANG SAMA....

"Beberapa pegawai polis telah cedera! Kami memerlukan bantuan sekarang!" kedengaran melalui radio di kereta polis. Fred yang turut berada berdekatan dengan kereta tersebut mendengar laporan ini dan berkata, "Biar saya ikut kumpulan bantuan!" lalu menerjah memasuki bangunan. Setelah beberapa pencaria dilakuakan, namun lelaki yang dimaksudkan telah menghilangkan diri. Beberapa pegawai polis telah cedera di situ. Fred mula memberikan arahan, "Sila hubungi ambulans cepat!"

XXX

Kedengaran suatu suara di pagi itu, "Helo?" - "Awak di mana sekarang?" - "Di hotel." - "Awak tidak datang ke pangkalan?" - "Tidak, saya tahu pagi ini adalah masa yang penting, tapi saya mungkin akan lewat. Mulakan misi tanpa saya dulu." - "Baiklah. Hubungi kami ketika awak datang."


Roy berasa pening. Dia kini sedang berehat dan matanya tertutup. Dia seolah olah bermimpi.

Roy berasa seperti dirinya tahu akan mimpi ini. Ini bukannya mimpi. Ianya adalah masa silamnya.

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now