Seun (Direktor ARMENT)
Situasi di bilik itu agak berlainan. Direktor ARMENT, Seun sedang memusing-musingkan jam pasirnya. Dia seperti berfikiran agak lama. Di bilik itu, Direktor tersebut hanya duduk bersendirian. Lalu dengan itu, dia pun mula menghubungi bilik gerakan Lisa dan Sai dan berkata, "Lisa dan Sai, bagaimana perkembangan yang terkini?" lalu terdapat suara yang membalas, iaitu suara milik Sai, "Tuan Direktor, kami telah berjaya memecahkan beberapa wall, tapi terdapat banyak wall lagi sebelum kami berjaya memasuki pangkalan data CTOS." Direktor hanya mengeluh senyap dan berkata, "Baiklah. Teruskan usaha kamu." - "Baik, direktor." Lalu mematikan talian. Sejurus itu, Direktor tersebut pun berkata sendirian, "Saya tak ada masa yang cukup, bagaimanakah hendak saya memimpin kamu ketika saya tiada nanti?" lalu tiba tiba suatu paparan hologram muncul yang mengejutkannya. Ianya adalah panggilan dari Direktor CTOS, ayah Jessica. Lalu muncullah paparan video live feed menunjukkan seorang lelaki yang agak tua di depan Seun. "Saya dah terima mesej awak, apa yang awak lakukan ini adalah kerja gila!"sebut Direktor tersebut. Seun pun tersenyum pahit dan berkata, "Ini.. sahaja cara yang kita ada." - "Cara yang kita ada? Tapi awak akan ditangkap! Siapa yang akan menggantikan awak?" Seun tersenyum senyap. Selepas melihat keadaan ini, Direktor tahu bahawa dia sudah membuat keputusan muktamad tanpa penyesalan lagi. Seun pun berkata, "Hey, awak masih ingatkah semasa kita sekolah menengah dahulu?" Direktor tersebut terdiam, "Waktu itu..." - "Ya, itulah masa di mana kita semua bersama, kita berempat." Direktor tersebut terdiam... dia seperti mengimbau kenangan lama...
Sedutan kenangan lalu;
Waktu hari itu adalah petang, di mana matahari sedang terbenam. Kelihatan cahaya oren menerangi kawasan bandar tersebut. Di sebuah sekolah menengah, kelihatan di suatu bumbung terdapat beberapa pergaduhan. Begitu banyak orang yang memakai baju kot hitam sedang membelasahi 4 orang lelaki. Keempat empat mereka sudah tidak berdaya lagi untuk melawan. Setelah kesemua dari mereka berjaya dijatuhkan, salah satu dari kumpulan kot hitam itu mula berjalan kepada mereka. Bajunya yang agak lain menunjukkan dia adalah ketua. Dia memandang keempat empat mereka. Lalu salah satu dari kot hitam itu memberikan kerusi padanya untuk dia duduk. Setelah dia duduk, dia pun mula berkata, "Saya tak kenal kamu dari mana mana kawasan ini. Adakah kamu adalah hantaran dari kumpulan lain?" Lelaki itu berasa hairan, kerana tiba tiba keempat empat mereka menyerang kumpulannya pagi tadi. Pertempuran berlaku agak lama kerana keempat empat mereka sangat kuat. Namun, bilangan ramai tetap adalah kunci kemenangan. Apakah tujuan mereka ini?
"Hei, cepat jawab! Bos bertanyakan soalan pada kamu!"jerit salah satu dari kot hitam tersebut. "Hei, rilekslah, bagi mereka rehat dahulu."sebut Bos mereka, "saya tak rasa kamu ini dari mana mana kumpulan. Apakah tujuan kamu menyerang kumpulan kami?"
Lalu salah satu dari keempat empat mereka pun berdiri, namun ia mengambil masa kerana lelaki itu tak ada tenaga lagi. "Siapakah nama awak?"soal Bos itu. Lelaki itu merenung ketua kot hitam tersebut dan menjawab lemah, "Saya.. Vergo..." salah satu dari kot hitam pun menerjah ke arah lelaki itu dan menendang perutnya. "aarght!"jerit Vergo kesakitan.
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Misterio / SuspensoAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...