Episode 17 'Farewell & Class begins!'

48 2 2
                                    

Jessica masih menangis di hadapan Widdle. “Saya mencuba untuk mencari peluang untuk meminta maaf…”sebut Jessica, “namun saya tidak berani…” Widdle hanya mengeluh. Kini mereka berdua dipisahkan oleh garisan yang memisahkan dunia yang mati dan dunia yang hidup. “Ayah…”sebut Jessica, “ayah sengaja menghantar saya ke ARMENT bukan!?” Widdle tersentak. “Ayah cuba untuk melindungi saya dengan menyembunyikan saya di sana! Ayah tidak mahu saya melindungi ayah!?” Jessica menghentam dinding halimunan itu. “Saya sudah berjanji…”sebut Jessica, “saya akan… melindungi ayah…” Jessica seperti tiada kekuatan lagi untuk menghentam dinding tersebut lalu tersungkur di hadapan dinding yang memisahkan mereka berdua. “Mengapa…”sebutnya, kali ini tangisannya semakin kuat, “mengapa ayah… meninggalkan saya…” Lalu tiba tiba dia terhidu sesuatu. Ianya adalah haruman bunga Lavender.

Suatu tangan mengusap kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suatu tangan mengusap kepalanya. Dia melihat ke atas dan terkejut melihat ayahnya kini sedang berada di depannya. Widdle berjaya melimpasi dinding halimunan itu dengan kuasanya. “Ayah!”jerit Jessica sambil memeluk ayahnya.

“Awak tidak perlu meminta maaf, Jessica…”sebut Widdle, “kamu lebih berharga daripada pasu bunga itu…” Dia pun berkata, “Awak tahu tak, semasa awak dihantar ke CTOS untuk menjadi ejen, saya sangat gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Awak tidak perlu meminta maaf, Jessica…”sebut Widdle, “kamu lebih berharga daripada pasu bunga itu…” Dia pun berkata, “Awak tahu tak, semasa awak dihantar ke CTOS untuk menjadi ejen, saya sangat gembira. Melihat awak membesar… menjadi seorang perempuan yang kuat dan tabah… saya gembira melihatnya. Oleh itu, kekal tabahlah. Untuk diri awak dan teman-teman awak.” Jessica masih menangis, walaupun begitu dia semakin reda dan berkata, “Ayah… saya masih lagi kuat!” Widdle hanya tersenyum dan berkata, “Begitulah anak saya.” Lalu tiba tiba awan gelap tersebut memasuki ruang putih di mana Widdle dan Jessica berada dan cuba untuk menyebulungi mereka berdua. Namun Widdle kekal tenang dan berkata, “Jangan risau, awak akan selamat, Jessica… saya ada sesuatu untuk kamu…” Dengan itu Widdle membuka kedua dua tangannya lalu keluarlah bunga-bunga Lavender yang banyak sehingga menghalang awan gelap tersebut daripada menyebulungi Jessica. Jessica terpesona melihat pemandangan yang cantik itu namun dia risau melihat ayahnya. Widdle kini semakin diselebungi oleh awan gelap tersebut dan sedang ditarik semula ke tempat asalnya. “A… ayah!”jerit Jessica. Dia mahu mencapai ayahnya namun bunga-bunga Lavender itu menghalangnya. “Kekal menjadi gadis yang kuat… anakku…”sebut Widdle. “Ini… tidak adil…”sebut Jessica, air matanya masih mengalir, “saya tak nak melihat… ayah begini…” Widdle yang memerhati hanya tersenyum pahit dan berkata, “Jessica, saya akan menuju ke tempat yang lebih baik.” – “T… tetapi…” – “Berjanji dengan saya, Jessica…”sebut Widdle, sambil membentuk suatu bunga Lavender di tangannya, “walau dalam keadaan apa sekalipun… walau dalam kegelapan yang paling gelap… walau dalam kesulitan yang paling rumit… walau apapun yang terjadi… lihatlah ke hati awak… dan ketahuilah… bahawa saya sentiasa ada di sana… di sisi awak…”

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now