Episode 9 'The prodigy kid, the unrelated side'

12 2 0
                                    

Di sebuah bandar yang semakin sejuk itu, kebanyakkan penduduk mula memakai baju baju yang tebal demi memerangi kesejukan. Malah banyak yang telah pergi membeli barang demi simpanan musim sejuk nanti. Walaubagaimana pun, cuaca ini langsung tidak menghalang kebanyakan penduduk yang menjalankan rutin harian mereka. Salah seorang daripada mereka adalah penduduk yang baru berpindah, iaitu budak pelajar ber-IQ tinggi, Eddie.
"Saya tak sangka pula mak ada adik."sebut Eddie. Dia kini sedang berjalan menuju ke sekolah barunya, Mottinham. Dia mengingati semula peristiwa semalam;

Imbasan peristiwa;

Setelah pintu dibukakan, Eddie seperti melihat hantu kerana dia seperti melihat ibunya sendiri, tetapi dengan gaya rambut yang berlainan. Tetapi Eddie tidak dapat membuahkan kata kata kerana takut akan membawa musibah. Perempuan yang menyerupai ibunya itu hanya tersenyum, ini kerana dia mampu membaca fikiran seseorang. Dengan itu, perempuan tersebut membalas, "Saya bukan ibu kamu, ataupun hantu." Eddie hanya mengangguk. Dia seperti tidak sedar bahawa fikiran dia dibaca. "Puan ini siapa?"soal Eddie. Belum sempat dia menjawab, suatu suara kedengaran, "Eddie, kenalkan, ini adalah adik saya, Lara." Ianya adalah ibunya, Clara. "Ibu ada adik? Saya tak tahu pun.."sebut Eddie. Lara hanya tersenyum lalu memasuki rumah mereka dan berkata kepada kakaknya, "Kak, nampaknya awak tidak memperkenalkan saya kepada keluarga awak." Clara hanya tersenyum dan menjawab, "Saya tahu awak akan tiba pada waktu ini, adik." Sememangnya Clara mempunyai kebolehan yang agak berlainan dengan adiknya, ini kerana dia mampu meramal masa depan. Lara dan Clara pun dengan itu berbual bual bersama meninggalkan Eddie yang kehairanan seorang diri.

Imbasan peristiwa tamat


"Apapun,"sebut Eddie, "nampaknya aunty Lara akan menginap di rumah kami." Dia pun meneruskan perjalanannya menuju ke suatu lorong yang agak besar lalu terpampanglah suatu sekolah yang agak besar berbanding dahulu yang dia pernah alami. "I.. ini ke sekolah Mottinham?"soal Eddie seorang diri kehairanan. Sememangnya wajar Eddie berasa hairan, kerana dia terkejut melihat sekolah di hadapannya. Sekolah itu seperti tidak wajar dipanggil sekolah, kerana ia mempunyai seni bina seperti istana zaman orang England dahulu. Kelihatan beberapa pelajar yang memakai kot hitam sedang memasuki pintu gerbang sekolah tersebut. Sebilangan daripada mereka kehairanan melihat kehadiran Eddie di situ.

School of Mottingham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

School of Mottingham

"Nervous?"soal suatu suara. Eddie menoleh ke belakang demi mencari punca suara tersebut maka terpampang suatu tubuh seorang lelaki yang sebaya dengannya tetapi berambut agak nipis, berbanding rambut Eddie yang walaupun emo, tetapi messy. Melihat gelagat Eddie, lelaki tersebut mendekati dirinya lalu memperkenalkan diri, "Maaf, saya menyampuk pula tadi. Hye, nama saya Tom."sebutnya sambil menghulurkan tangan.

"sebutnya sambil menghulurkan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now