Episode 8 'Familliar feelings, new & old friends'

20 2 0
                                    

"Hei, Subject 7.. bangun la."sebut suatu suara. Apabila mata di bukakan, kelihatan beberapa orang yang sedang berada di situ. Seseorang yang dipanggil Subject 7 itu adalah seorang budak lelaki. Mereka kini berada di sebuah rumah banglo. Namun malam itu semuanya serba tak kena. Budak tersebut langsung tidak mengingati apa-apa pun. Hampir kesemua mereka yang mengelinginya ketika itu tersenyum sinis melihat gelagat budak tersebut. Nampaknya budak tersebut langsung tidak ingat apa-apa mengenai sesuatu yang berlaku sebelum ini. Budak tersebut tiba-tiba tersedar akan sesuatu. Terdapat dua buah tubuh yang terbaring tidak jauh dari situ. Dan ia bermuluran darah.

Budak tersebut memerhatikan dua tubuh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Budak tersebut memerhatikan dua tubuh itu. Sememangnya mereka berdua sudah mati. Kemungkinan dibunuh oleh beberapa orang yang tidak dikenali itu. Namun budak itu langsung tidak mempunyai perasaan apa apa. Takut, cemas dan kehairanan... kesemua itu langsung tak terlintas di fikirannya. Cuma dia tidak tahu apa yang terjadi. Tiada emosi di badannya sekarang. Lalu budak itu berkata, "Apa... yang dah berlaku?"dia memandang salah satu dari mereka yang ada di sana, "mengapa ada dua orang yang mati di sana? Siapakah mereka?"
Kesemua yang ada di situ ketawa. Lalu salah satu dari mereka menjawab, "Hei, Subject 7. Awak ni melucukan betul la. Awak ni berpura-pura ke? Mereka tu ayah dan ibu awak."
Budak tersebut langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Malah, dia pun berasa pelik, mengapa dia seperti tidak peduli, "Siapakah yang melakukan ini? Kamukah?" dua buah tubuh itu langsung tidak memberi kesan emosi terhadapnya. Malah, dia langsung tak dapat ingat apa apa pun memori tentang mereka berdua. Kini ketawa mereka semakin kuat. Salah satu dari mereka menjawab, "Awak yang membunuh mereka sendiri, ayah dan ibu awak. Kami ke sini hanya untuk memastikan tiada bukti yang akan digunakan untuk memenjarakan awak. Bagus, budak!"
Budak tersebut terkejut. Dia seperi tidak percaya akan hal ini! Namun apabila dia mengangkat kedua-dua tangannya, terdapat kesan darah yang banyak dan dia tahu itu bukan darah miliknya! Malah, terdapat pisau besar yang mempunyai kesan darah padanya! Budak tersebut membulatkan matanya, "Sa... sa.. saya... telah.... mem.. bunuh... mereka berdua....?"

"Ayah...."..... "Ibu.." sebut Roy. Nampaknya dia baru sahaja bangun. Setelah melihat keadaan sekeliling, dia sedar dia kini berada di hospital. Sudah lama dia tidak ke sana. Selama ini dia selalu dirawat oleh Dr.Jeo atau pasukan keselamatan organisasi mereka, WO. Roy kini sedang baring di atas tilam pesakit. Dia baru sahaja bangun dari mimpi ngeri dia lagi, iaitu kenangan lalunya. Roy mengangkat kepalanya demi menjenguk ke tingkap dan menyedari matahari dah terbenam. Hari dah petang. Roy pun bercakap sendirian, "Saya rindukan kamu..." Roy sedar, sejak insiden di No Man Island, dia selalu sendirian. Tak pernah seseorang pun yang cuba untuk menyeri hidupnya. Dia seperti itik yang terkandas di dunia lembu.
"Awak okey?"soal Jessica. Roy pun terjerit kerana terkejut dengan kehadiran Jessica yang tiba tiba muncul, "Waaarght!" Jessica pun terkejut sekali kerana dia tak pernah melihat Roy yang terkejut seperti itu. "Hey, kenapa dengan awak?"soal Jessica. Roy menggelabah, kerana apa yang dia lakukan tadi sangat memalukan. Kini, dia dapat merasakan mukanya menjadi merah. "Ke.. kenapa awak tak ketuk pintu dahulu!? Bagaimana kalau saya bogel tadi!?"soal Roy. Jessica pun menjawab, "Ala, awak ni.. takkan la dekat hospital ni perlu untuk berbogel?"lalu Jessica pun memandang Roy dengan agak lama. "Ke... kenapa awak pandang saya begitu?"soal Roy. Jessica pun memberhentikan renungannya dan mula ketawa kecil. "A.. apa yang berlaku?"soal Roy. Jessica pun tersenyum dan berkata, "Awak tahu tak, awak nampak comel bila awak menggelabah tadi." Roy pun menjerit, "Sudahlah! Saya perlu berehat! Pergi dari sini!" Jessica hanya ketawa dan berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti sejenak. Sesuatu di fikirannya telah memberhentikannya. Roy yang memerhatikan tingkah laku Jessica kehairanan dan berkata, "Puan Jessica?" namun sepertinya Jessica tidak memberikan sebarang reaksi. "Ah,"fikir Roy, "mengapa saya memberikan kata yang kesat kepadanya? Malah dia yang mendapatkan bantuan untuk merawat saya dan ianya berlaku 3 kali..." Roy berasa serba salah. Nampaknya dia sudah melanggar batasan. Belum sempat Roy membuka bicara, Jessica terlebih dahulu menyuarakan isi hatinya, "Saya... nak meminta maaf... kerana saya, awak cedera..." Roy tidak dapat memastikan adakah Jessica menangis atau tidak. Dia ingin berdiri lalu menjawabnya namun luka di lengannya memberhentikannya. "Saya berasa lega..."sambung Jessica, "awak akhirnya sedarkan diri... setiap kali saya bertemu awak... awak selalu tercedera. Mungkin kita... tidak patut bersama..." Roy kehairanan dengan penjelasan Jessica. Namun, dia tahu dia tidak menyukai penjelasan itu. Walaubagaimana pun, kesakitan di lengannya menganggunya pada saat ini. Jessica menoleh ke jendela di sebelah mereka. Dia sepatutnya tidak patut melakukan hal ini namun dia telah mengenang kenangan silam, "Saya pernah... kehilangan seseoraang... yang saya sayangi..."jelas Jessica lagi. Dia mahu meneruskan percakapnnya lalu dia sedar semula ke dunia realiti. Jessica pun tersenyum dan berkata, "Ah, apa yang saya katakan ini? Awak berehatlah dahulu, saya perlu pergi berjumpa Inspektor Jun dan Kim L." Jessica pun beredar dari bilik tersebut lalu meninggalkan Roy. Roy ingin mengejarnya namun dia tidak mempunyai kekuatan yang cukup sekarang. Dia turut memandang jendela di tepi bilik tersebut. "Saya juga... pernah kehilangan seseorang..."

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now