Episode 11 'The Final King'

21 2 0
                                    


Di suatu bilik yang agak gelap, kelihatan seorang lelaki yang sedang mengasahkan pedangnya. Ianya adalah Rijin, rakan sekerja Birdeye. Malah, Reux pun datang ke bilik tersebut. Sememangnya bilik tersebut adalah bilik senjata yang agak besar. Mereka kini sedang bersedia. Ya, ketua mereka yang digelar tuanku telah memberikan arahan yang muktamad.  “Bagaimana awak lakukannya?”soal Birdeye tiba tiba. Dia memandang Reux. Reux yang memahaminya berpusing dan berkata, “Apa yang awak maksudkan?”soal Reux. Birdeye tergelak lalu berkata, “Saya bertanya mengenai pembunuhan Direktor CTOS itu lah, bagaimana awak lakukannya sampai pihak forensik pun tidak dapat menjumpai kesan racun dalam badannya?” Reux hanya mengeluh dan menjawab, “Itu adalah racun ciptaan Tuanku. Saya hanya memastikan keadaan mayat dia adalah seperti orang yang keracunan makanan.” Birdeye yang mendengar ketawa besar dan berkata, “Hebat betul Tuanku. Dia seperti merancang apa yang dimahunya 10 tahun akan datang. Saya telah mendengar pelannya, dan nampaknya tiada siapa pun dapat lari dengan pelan yang sempurna itu!” Reux hanya mendiamkan diri. Walaubagaimana pun, Rijin tiba tiba berhenti mengasah pedangnya dan berkata, “Hei, Birdeye. Awak tidak boleh besar besarkan suara awak.” – “Hm? Kenapa pula?”soal Birdeye. Rijin dengan muka seriusnya pun berkata, “Saya mula merasakan sesuatu yang aneh sedang berlaku di SERGE.” Reux yang sedang mengendalikan senjatanya, terhenti seketika. Rijin pun menyambung, “Terdapat seorang pengkhianat di SERGE. Dia cuba untuk mendapatkan maklumat tentang kita dan menghantarnya ke arah pihak lain.” – “Oh, siapakah itu? Biar saya menembaknya.”sebut Birdeye sambil tersenyum kecil. Reux yang mendengar dengan segera mengambil posisi untuk sedia bertarung. Nampaknya identitinya sudah terbongkar. Rijin pun menjawab, “Dia adalah Viva. Gadis ninja itu.” Reux yang mendengar meletakkan kembali senjatanya. Nampaknya identitinya belum terbongkar. Tapi dia tidak menyangka pula Viva juga menyamar seperti dirinya, tetapi tidak seperti dirinya yang bergerak solo, Viva seperti menyamar demi pihak lain. “Oh? Jikalau begitu saya kena tembaknya dari arah lain.”sebut Birdeye, “jika dia tahu saya cuba menembaknya, dia pasti dapat mengelaknya, memandangkan dia seorang ninja.” Rijin hanya tergelak kecil dan berkata, “Tak perlu bunuh dia. Sebab kita perlukan dia untuk mencari maklumat dengan organisasi sebenar dia.” – “Haha, baiklah kalau begitu. Saya pun tak sabar sabar dengan misi kita yang besar ini. Saya kena cepat cepat berjumpa dengan lelaki itu semula. “Lelaki yang bernama Roy?”soal Rijin. “Ya,”jawab Birdeye, “saya kena bertarung dengannya.” Reux pun menyampuk perbualan mereka, “Hei, bukankah Tuanku sudah ada pelan bagaimana hendak mengendali budak bernama Roy itu? Sudah tentu dia dapat menguruskannya. Hebat sangatkah dia itu?” Birdeye pun menjawab, “Sebab itu saya nak bertarung dengannya, sebab saya hendak mengetahui kekuatan sebenarnya. Malah, dia telah menumbangkan salah seorang daripada kita, iaitu ahli elite SERGE.” – “Tak sabar hendak berjumpa dengannya.”sebut Rijin tiba tiba. Reux pun kembali dengan mengendalikan senjatanya dan berkata, “Roy, huh?” “Jikalau anggapan saya betul, jika ini adalah Roy yang saya kenal dahulu, maka ada kemungkinan dia selamat.”fikir Reux sendirian. Kini dia perlu berfikir bagaiamana hendak mengendalikan gadis bernama Viva itu. Dia tidak boleh membiarkan gadis kasihan itu mati. Namun, jikalau dia membantu, identitinya akan terbongkar. “Hei,”sebut Reux, “apakah nama misi kita kali ini?” Rijin tersenyum dan menjawab, “Kingdom Fall. Ianya adalah misi besar besaran di mana kita akan menang.”

XXX

“Kenapa Inspektor itu tergesa gesa?”soal Roy. Dia kini sedang berada di dalam kafe dan memerhati Inspektor Jun yang berjalan terburu buru menuju ke dalam kereta dan memandu pergi. Nampaknya sesuatu yang besar sudah terjadi. Oleh itu, Roy pun menekan sesuatu butang di jamnya yang mengeluarkan paparan beberapa menu. Sememangnya itu bukan jam biasa, kerana ia dicipta oleh Fred. Setelah menekan beberapa butang, suatu lubang pemancar telah keluar lalu Roy menggunakan pemancar tersebut dengan menembak suatu alat pengesan ke arah kereta yang dipandu oleh Inspektor Jun. Setelah tembakan tepat mengenai sasaran,Roy pun menggunakan talian di telinganya untuk menghubungi Fred, “Fred, saya nak minta sesuatu.” Lalu ada suara menyambut, “Bagaimana dengan misi semalam? Kenapa saya dapat tahu tiba tiba ada beberapa orang cuba mengakses data mengenai latar belakang awak. Nasib baik saya telah menyembunyikan data yang penting.” – “Terima kasih, Fred. Tetapi nampaknya misi saya gagal semalam. Saya baru sahaja dilepaskan dari hospital. Kami diserang semalam.” – “Kami? Tidak apa, kerana Hawkeye telah menjumpainya. Sekarang, awak kena balik ke pangkalan.” – “Sebelum itu, Fred. Saya hendak memastikan sesuatu. Boleh tak saya meminjam motosikal awak?” – “Apa!? Awak tahu tak dah kali berapa saya membeli motosikal yang baharu? Awak asyik rosakkannya.” Roy tersenyum dan berkata, “Bagi budak berharta macam awak hal ini senang sahaja. Cepatlah, saya hendak mengejar seseorang ini.” Fred mengeluh dan menjawab, “Baiklah. Suatu cruiser berdekatan sedang menghadapi kamu sekarang.” Dengan itu, sebuah motor cruiser yang berdekatan tiba tiba bergerak sendiri ke arah Roy. Ia seperti dikawal dari orang lain. Roy tersenyum dan menjawab, “Terima kasih.”lalu menamatkan talian. Semua orang awam yang ada di situ terkejut dengan apa yang disaksikan. “Teknologi apakah itu?”soal salah satu daripada mereka. Setelah itu, Roy mengubungkan jamnya dengan motor tersebut lalu keluarlah sebuah peta GPS di skrin motor tersebut yang menunjukkan lokasi semasa kereta yang dipandu Inspektor Jun. Dengan itu, dia pun memandu pergi.

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now