"Nenek, adakah mereka ke sini tadi?"soal seorang lelaki. Dia mempunyai rambut yang agak panjang menyebabkan rambutnya perlu diikat di belakang. Sememangnya lelaki ini bangga dengan rambutnya kerana ia adalah simbolik kepada budaya kaumnya. Penutup mata yang diletakkan di kiri turut menunjukkan lagi kemegahannya. Dia kini berada di suatu rumah yang terletak di sesuatu kampung. Walaupun salji belum turun, tetapi suhu sudah menurun. Lelaki tersebut memasukkan beberapa kayu ke tempat membakar demi memberi keselesaan kepada neneknya yang sedang berehat di luar beranda rumah. Perkampungan ini kebanyakannya dihuni oleh golongan yang berumur, oleh sebab itu ia adalah perkampungan yang aman. "Tidak, awak jangan risaulah, Kishin."sebut nenek tersebut. Lelaki yang namanya pernah disebut dalam episode 5 itu hanya tersenyum dan berkata, "Semasa saya meninggalkan kampung ini dahulu, ianya adalah sebuah tempat yang aman. Namun setelah mendengar tentang sekumpulan samseng yang mula menguasai tempat ini, nampaknya saya perlu tinggal di sini sehinggalah perkara selesai."
Kishin (Member of WO)
Nenek tersebut ketawa kecil lalu menjawab, "Nak, awak dah buat yang termampu, bukankah awak dah ada kerja? Jangan risau, kami boleh jaga diri kami dengan baik.". Kishin yang mendengar hanya tersenyum. Sememangnya dia sebenarnya diperlukan oleh organisasinya sekarang. Pada permulaannya, ketua telah menghantar dia ke perkampungan ini demi menjaga keselamatan tempat tersebut, kerana ia adalah suatu tempat yang sangat penting bagi organisasi mereka, WO. Namun setelah beberapa tahun menginap di tempat tersebut, Kishin mula rapat dengan semua penduduk di situ, termasuklah Nenek yang memberikannya tempat tinggal secara percuma itu. Kishin sepertinya telah menganggap nenek tersebut sebagai neneknya sendiri. Sememangnya, dia juga merindukan kasih sayang, tetapi biarlah semuanya tersimpan di hatinya buat selamanya. "Nenek,"sebut Kishin sambil mendekati neneknya di beranda, "jikalau mereka datang menganggu, nenek cuma perlu menjerit sekuat hati maka saya akan datang membantu, boleh tak?". Belum sempat neneknya menjawab, tiba tiba kelihatan sebuah burung merpati yang terbang menuju ke arah mereka. Kishin yang melihat burung itu berasa terkejut, ini kerana itu adalah caranya berhubung dengan ketua mereka. Mereka berhubung dengan meletakkan surat pada kaki burung merpati yang sudah dilatih untuk penghantaran surat. Namun, kali ini surat yang terikat di kaki merpati tersebut berwarna merah. "Surat kecemasan?"fikir Kishin sendirian yang memahami maksud warna surat tersebut. Dia pun mula memberi bunyi siulan agar merpati tersebut mendekati dirinya. Kaedah ini diwujudkan bagi mengelakkan burung tersebut menghantar maklumat pada individu yang salah. Walaubagaimana pun, burung tersebut langsung tidak berganjak dari laluan penerbangannya. "Eh?"soal Kishin, "mengapa ia tidak mendekati saya?" Nenek yang memerhati mula menunjukkan muka serius. Ini kerana dia telah memahami apa yang berlaku. "Kishin, ia berlaku kerana kali ini ia bukan burung yang sama."jelas nenek tersebut. Kishin mula memerhati burung tersebut dan mendapati penjelasan nenek tersebut adalah benar. Ini bermakna maklumat yang dihantar bukan dituju ke arahnya. Jikalau begitu, kepada siapa? Nenek tersebut mula memberi bunyi siulan yang agak lain, dan ia menyebabkan burung tersebut mendarat di tangan kanan nenek tersebut. "Apa?"celah Kishin, "ia ditujukan kepada nenek?". Nenek tersebut pun menjawab, "Maaf sebab tak memberitahu awak dahulu, nak. Saya pun terlibat dalam organisasi kamu."Dengan itu, apabila surat tersebut dibuka, nenek tersebut mula membaca isi kandungan surat tersebut lalu dia seperti tidak terkata. Dia seperti merasakan dunianya tiba tiba bertukar gelap. Dia seakan akan tidak mahu mempercayai apa yang ditulis di dalam surat tersebut. Tetapi apakan daya, ianya ditulis oleh kawan anaknya sendiri, yakni ketua WO. Nenek tersebut tidak mampu mengenggam surat tersebut menyebabkan surat tersebut terjatuh di lantai. Kishin berasa amat terkejut apabila melihat air mata mula mengalir pada pipi nenek tersebut. Selama ini, dia tidak pernah melihat nenek tersebut menangis, walaupun rumahnya pernah dikacau samseng dahulu. Nampaknya apa yang telah dibacanya sangat melukai hatinya. "Nenek..."sebut Kishin. Dia pun mengutip surat yang terjatuh lalu membacanya. Sememangnya dia turut terkejut, "Direktor... CTOS.. meninggal dunia!?". Nenek tersebut membiarkan air matanya mengalir. Kishin sebenarnya tidak tahu hubungan Direktor CTOS dengan nenek tersebut, tetapi mereka nampak seperti rapat dahulu setelah melihat respon nenek tersebut. Walaupun begitu, nenek tersebut meneruskan lagi dengan membaca surat kedua, iaitu surat terakhir dari Direktor CTOS, yakni anaknya sendiri, Widdle. "Adakah itu.."sebut Kishin. Neneknya pun menyampuk, "Direktor CTOS." Setelah membaca keseluruhan surat tersebut, nenek itu tersenyum kecil lalu bertukar menjadi serius semula lalu menoleh ke arah Kishin, "Marilah, nak. Kita akan menuju ke Angel City." - "Angel City?" - "Ya, malah ketua awak setuju dengannya." Apakah yang berlaku? Mengapa kah mereka perlu menuju ke Angel City?
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Bí ẩn / Giật gânAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...