"Bunyi tu..."sebut Bella. Kini, dia, Yokai dan Jun bersama-sama di terowong tersebut. "Biar saya periksanya."sebut Jun. Dia masih mampu kekal tenang dalam situasi ini. Dia kembali semula membuka pintu terowong longkang tersebut lalu menjenguk luar. Jun terkejut apabila mendapati seorang lelaki tercedera akibat ditembak oleh para pengawal.
Lelaki itu adalah penduduk di situ. "Ia bukannya dari organisasi kita. Ianya penduduk di sini."jelas Jun kepada ahli kumpulannya. Melihat situasi tersebut, jelas sekali nyawa lelaki tersebut akan terancam. Dia telah mengalirkan sedikit darah. "Tolonglah, benarkan saya melalui ke sana!"rayu lelaki tersebut. Pengawal-pengawal di situ hanya tersenyum dan tertawa mendengarnya. Salah satu daripada mereka menuju ke arah lelaki tersebut lalu menendangnya. Lelaki itu mengerang kesakitan. "Awak tak tahu baca ke!?"jerit pengawal itu, "kawasan di sebalik tempat ini adalah milik SERGE! Hanya ahli SERGE saja yang boleh memasukinya!" Lelaki itu masih mampu berdiri lalu berkata, "Te... tetapi! Anak saya berada di sana! Saya perlu mengambilnya!" Para pengawal tersebut mula naik marah dan menjerit, "Pakcik! Awak nak matikah!? Awak bernasib baik kami tidak tembak kepala awak sebentar tadi!" Kejadian tersebut menarik perhatian beberapa penduduk di situ. Namun tiada sesiapa yang berani membantu. Kawasan mereka telah ditakluk oleh SERGE. Mereka tidak dapat meminta pertolongan kepada pihak luar. Lalu datang seorang perempuan tua menuju ke arah pakcik tersebut dan memapahnya. "Maafkan saya!"sebut perempuan itu kepada para pengawal di situ, "d... dia sudah hilang waras agaknya!" lalu dia membawa pakcik itu menuju ke rumah yang berada berdekatan. "Nasib baik dia dibawa ke sana."sebut salah satu pengawal tersebut. Seorang lagi pengawal tertawa dan berkata, "Awak memang betul. Jikalau tidak, terpaksalah saya membuang mayatnya petang ini."
"Manusia yang jijik."sebut Yokai ringkas. Dia dan Bella turut sama melihat kejadian tersebut. "Kita tidak boleh masuk campur."sebut Jun, "identiti kita akan terbongkar." Bella pun berkata, "Saya risau dengan keadaan pakcik itu. Nampaknya dia ingin berjumpa dengan anaknya." Jun pun mula mengarah, "Kita harus pergi sekarang. Kita tidak boleh terlambat." Namun suatu suara menghentikannya, "Nanti dahulu." Kedua-dua Jun dan Yokai terhenti. Ianya adalah Bella. "Saya ingin berjumpa dengan pakcik itu."sebut Bella ringkas. "Kenapa pula awak nak jumpa dengan dia?"soal Yokai. "Bella,"sebut Jun, "kita tiada masa untuk benda seperti ini. Kita perlu pentingkan objektif misi kita." - "S... saya tahu."jawab Bella, "tetapi saya perlu berjumpa dengannya. Tolonglah, saya perlukannya." Jun pun mengetap bibirnya dan berkata, "Saya tahu kenapa awak ingin berjumpa dengannya, Bella." Bella terkejut dengan penjelasan Jun. Jun pun menyambung, "Awak inginkan maklumat mengenai anak dia, bukan? Suapaya awak boleh mencari dia nanti." Yokai terkejut dengan penjelasan Jun lalu memandang Bella, "Bella, awak bercadang untuk membantu pakcik itu?" Bella hanya mengeluh dan mengangguk, "Baiklah, jikalau kamu sudah tahu mengenai tujuan saya. Maka kamu boleh membantu saya."
"Saya tak benarkan."
Kedua-dua Yokai dan Bella terkejut dengan penjelasan Jun. "Hei hei, Jun. Kenapa awak tidak benarkannya pula?"soal Yokai. Bella hanya mendiamkan diri. Jun pun menjelaskan, "Kita sudah menghabiskan masa beberapa minit di sini. Tidak lama lagi, kumpulan setelah kita akan sampai. Jika kita masih berada di sini semasa mereka tiba, maka misi asal kita akan terjejas. Ini adalah misi skala besar. Saya tidak mahu sebarang kesilapan kecil seperti ini akan menjejaskan misi ini." Yokai hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Sekarang baru saya tahu kenapa saya tidak sukakan awak."sebut Yokai ringkas. Jun seperti sudah mengagak akan penjelasan ini. "Awak seorang yang egois."sebut Yokai. "Tidak,"jawab Jun, "saya berhak untuk ego. Ini kerana saya mampu melakukannya. Orang yang lemah seperti awak tidak bersikap ego, kerana sememangnya kamu lemah. Hanya orang yang terkuat sahaja, yang bersikap seperti saya ini." Yokai mengetap bibirnya. Nampaknya Jun dah melangkaui batasan. Yokai menarik kolar Jun dan berkata, "Awak nak bergaduh, budak!?"
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Mystery / ThrillerAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...