Episode 12 'Memory of the past'

16 2 0
                                    

Suasana adalah sangat sibuk. Di malam hari, di tengah tengah sebuah hutan yang tebal, kelihatan beberapa kapal terbang pengangkut yang membawa beberapa kontena besi yang berisi sesuatu. Di suatu tempat itu, terdapt suatu lubang besar yang menuju ke bawah tanah, di mana begitu banyak jentera jentera perang berada. Kawasan tersebut dipenuhi dengan ejen ejen yang sibuk menyelenggara beberapa jentera. Sememangnya mereka seperti bersedia untuk sesuatu. Di sebuah bilik yang berdekatan,terdapat seorang lelaki yang sibuk menghisap rokok. Lelaki tersebut adalah Xeo, Direktor SERGE. Lalu seorang lelaki memasuki bilik tersebut, ianya adalah Reux. "Oh,"sebut Xeo, "adakah semua jentera sudah dipindahkan ke sini?"soalnya. Reux pun menjawab, "Tidak, tuanku. Ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari." Xeo hanya mengangguk faham lalu berkata, "Pelan saya tetap sempurna walaupun ia mengambil masa yang lama." Dengan itu, tiba tiba seorang lelaki memasuki bilik tersebut. Ia adalah Rijin. "Tuanku,"sebutnya, "saya telah menjumpai beberapa pengkhianat dalam organisasi kita." Reux terkejut, "Tak mungkin!"fikirnya, "adakah Viva, gadis ninja itu telah ditangkap!?" Lalu Rijin pun membawa masuk beberapa ejen di mana tangan mereka digari. Reux berasa lega sedikit apabila mengetahui Viva tiada di sana. Rijin pun memaksa mereka melutut menghadap Xeo,"Mereka hendak meninggalkan SERGE."sebut Rijin. Lelaki bernama Xeo itu hanya tergelak kecil. Terdapat lima ejen yang ditangkap Rijin berada di hadapannya sekarang. Kesemua ejen ejen tersebut ketakutan. Xeo pun berkata, "SERGE adalah suatu organisasi di mana sesiapa sahaja boleh menyertainya, tetapi dengan syarat ia setia kepada Tuanku, iaitu saya." Salah satu daripada ejen tersebut pun menundukkan mukanya dan berkata, "T.. tuanku! Saya memohon maaf!" Xeo hanya tersenyum kecil dan berkata, "Jangan risau, kamu semua langsung tidak melakukan apa apa kesalahan. Sesiapa sahaja boleh masuk, dan sesiapa sahaja boleh keluar. Beritahu saya, apakah sebab yang menyebabkan kamu hendak meninggalkan tempat ini?" Pada mulanya tiada sesiapa yang berani menjawab soalan Xeo, namun Rijin dengan segera menendang kepala salah satu ejen tersebut dan menjerit, "Tuanku sedang menanyakan soalan! Takkan kamu nak berdiam diri!?"

 Beritahu saya, apakah sebab yang menyebabkan kamu hendak meninggalkan tempat ini?" Pada mulanya tiada sesiapa yang berani menjawab soalan Xeo, namun Rijin dengan segera menendang kepala salah satu ejen tersebut dan menjerit, "Tuanku sedang menany...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan itu ejen tersebut pun menjawab, "K.. kami rasa... matlamat tuanku... untuk menyatukan dunia.. adalah betul.. tetapi.. tuanku menggunakan.. cara yang kejam.." Xeo hanya tersenyum kecil dan menjawab, "Kamu mengingatkan saya kepada saya yang dahulu, masih percaya kepada suatu penipuan besar, iaitu kebebasan." Xeo pun berdiri lalu berkata, "Malangnya, saya telah membesar dan menemui kebenaran yang sebenarnya. Tiada orang akan bersatu demi menemui kebebasan, kerana yang bebas tidak mahu bercampur tangan, dan yang terkurung bertarung deminya. Oleh itu, selang dengan peredaran sejarah, perang selalu terjadi dan kebebasan sering berpaling pihak. Hal seperti ini tidak akan berhenti. Oleh itu, kebebasan hanya akan terjadi.. jikalau seorang yang mampu menguasai dunia memaksanya untuk diterima oleh semua pihak! Ini adalah kebenaran yang sebenarnya!" Xeo pun mendekati mereka dan berkata, "Dalam SERGE, tiada sesiapa melarang ejennya untuk berhenti." Kesemua ejen tersebut berasa gembira, nampaknya nyawa mereka tidak terancam, "Tetapi apakan daya,"sebut Xeo, "SERGE adalah suatu organisasi rahsia. Jikalau terdapat ejen yang berhenti, maka wujudnya peluang kemungkinan maklumat SERGE yang bocor." - "K.. kami berjanji kami takkan lakukannya!" Xeo hanya tersenyum dan berkata, "Saya pernah dijanjikan suatu janji yang manis dahulu, malah dari teman rapat saya sendiri. Namun akhirnya mereka mengkhianati saya di depan mata saya sendiri. Banyak hal yang telah mengubah saya pada hari itu. Salah satu darinya.." Xeo pun mengeluarkan sesuatu dari poketnya, ia adalah suatu pistol, "saya tidak mudah mempercayakan orang." Kesemua ejen yang digari tersebut ketakutan, "T.. tuanku, jangan!" Dengan itu, Xeo pun berkata, "Saya minta maaf, saya sendiri pun tidak dapat menyelamatkan kamu." Dengan itu beberapa das peluru ditembakkan. Reux hanya mengeluh. Dia berasa kecewa terhadap dirinya. Ejen ejen tersebut adalah insan yang tak berdosa. Mereka dibunuh di depan matanya sendiri dan dia langsung tidak dapat melakukan apa apa. "Suatu kejayaan memerlukan pengorbanan."sebut Xeo. Raut wajahnya menunjukkan bahawa dia kecewa. Kelima lima tubuh ejen tersebut tersungkur di tanah. Tubuh mereka sudah tidak bernyawa lagi.

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now