Suasana adalah riuh rendah. Suasana yang penuh dengan bunyi-bunyi penduduk. Roy mengeluh. Dia kini berada di pelabuhan pulau Cloud 9. Di sekelilingnya adalah pasar raya yang menjual buah-buahan dan hasil tangkapan laut. Namun hampir kesemuanya adalah hasil tangkapan laut. Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual di sini. Roy melihat sekeliling sambil berkata kepada diri sendiri, “Menurut Ketua, tidak semua orang tahu mengenai kewujudan pulau ini. Tapi nampaknya pulau ini seperti menerima banyak barang dari luar. Mengapa Ketua meminati tempat ini? Adakah kerana bekas CEO CTOS mempunyai rumah di sini?” Lalu suatu suara menegurnya, “Budak, kamu sesatkah?” Roy terkejut lalu menoleh ke arah punca suara. Ianya adalah seorang pakcik tua di belakangnya. “Ini pertama kali saya melihat muka kamu di sini.”sebut pakcik itu lagi. “Jangan risau,”sebut Roy, “saya datang ke sini tidak berniat buruk.” Pakcik itu ketawa dan berkata, “Tidak semua orang akan mengaku mereka ingin berlaku jahat, budak. Apatah lagi dengan situasi sekarang ini.” Roy kehairanan. Belum sempat Roy bertanya soalan, pakcik tersebut hanya mengeluh dan meninggalkannya. “Kenapa dengan pakcik itu?”soal Roy. Dia pun melihat senarai barang yang diberikan oleh Madame Rose kepadanya. Dia pun menuju ke salah satu gerai bagi membeli barangan di dalam senarai tersebut. Pada waktu itu hari sudah petang. Seraya dengan itu, dalam proses pembelian itu Roy terlihat beberapa gerai yang tertutup. Malah, terdapat beberapa peniaga yang sedang menutup gerainya. Mereka kelihatan ingin berpindah dari situ. Walaubagaimana pun, masih terdapat beberapa gerai yang terbuka. “Semakin banyak yang berpindah, nak.”sebut suatu suara. Seorang peniaga iaitu nenek tua di situ menegurnya. “Apa yang berlaku?”soal Roy. Nenek tua itu mengeluh dan menjawab, “Mungkin awak tak tahu, tapi biar saya ceritakan. Pulau Cloud 9 ini pada masa dahulu menjadi rebutan pelbagai pihak termasuklah kerajaan dunia sendiri. Ini kerana terdapat legenda bahawa terdapat sesuatu di pulau ini yang mampu menguasai dunia. Banyak peperangan yang telah berlaku demi merebut pulau ini. Namun penduduk di pulau ini yang paling banyak menerima kesannya. Dahulu penduduk di sini adalah banyak dengan tenaga kerja yang tinggi. Namun bilangan penduduk di sini semakin kurang akibat peperangan yang berlaku. Lalu pada suatu hari suatu organisasi yang bernama The 4 Kings datang membantu memerangi ancaman terhadap pulau ini.” – “The 4 Kings?”soal Roy. Dia seperti pernah mendengar nama tersebut. “Ya,”jawab nenek tersebut, “salah satu daripada mereka bernama Widdle. Dia tahu masih terdapat segolongan pihak yang tidak akan berputus asa bagi memperolehi pulau ini demi mendapat kuasa yang mereka ingini. Oleh itu, setelah The 4 Kings dibubarkan, dia menubuhkan CTOS dan meletakkan pulau ini di bawah jagaan organisasi tersebut. Melalui persetujuan dengan The House of Rule, kewujudan pulau ini dirahsiakan.” Roy berfikir sendirian, “Widdle… bukankah itu ayah Jessica? Baru-baru ini dia didapati meninggal.” Dia juga baru pertama kali mendengar nama organisasi The House of Rule. Nenek itu pun menyambung, “Setelah khabar mengenai kematian Widdle sampai di pulau ini, sedikit demi sedikit penduduk di sini mula berpindah ke tempat lain bagi mencari perlindunggan.” – “Perlindungan?” – “Ya, walaupun pulau ini masih milik CTOS setelah kematian Widdle, namun kuasa CTOS banyak dipengaruhi oleh Widdle sendiri. Dengan kematiannya, CTOS sudah tidak kuat seperti dulu. CTOS tidak akan mampu melindungi pulau ini selamanya. Mereka sudah hilang kekuatan mereka.” Nenek tersebut memberikan barang yang ingin dibeli oleh Roy kepadanya dan berkata, “Awak datang pada masa yang tidak tepat, nak. Pulau ini sudah tidak selamat untuk didiami. Kita tidak tahu bila pulau ini akan diserang.” Roy mengambil barang tersebut dan berkata, “Nenek tidak pindah ke?” Nenek tersebut terkejut dengan soalan lelaki itu. Dia tersenyum dan menoleh ke laut di depan mereka. Hari sudah petang dan matahari terbenam membawa sinar cahaya oren terhadap pelabuhan di pulau tersebut. Salah satunya terkena muka nenek tersebut. Pemandangan pada waktu itu sungguh menyenangkan. Nenek itu pun menjawab, “Pulau Cloud 9 adalah tempat tinggal saya. Kesemua keturunan datuk moyang saya tinggal di sini. Mereka bukan penduduk biasa tau.”nenek tersebut seperti mengimbau kenangan lalu, “mereka ialah golongan pahlawan yang melindungi pulau ini semasa peperangan dahulu. Tiada satu pun daripada keturunan kami yang menjejakkan kaki di luar pulau ini.”nenek tersebut menoleh ke arah Roy dan tersenyum, “lagipun saya dah tua. Sekurang-kurangnya biarlah saya mati di tanah lahir sendiri.” Roy terkejut mendengarnya. Nampaknya nenek ini sudah bersedia untuk mati. Roy pun bertanya, “Golongan pahlawan itu… mereka di mana sekarang?” Nenek tersebut mengemas gerainya sambil menjawab, “Saya sahaja darah terakhir daripada keturunan tersebut.” Roy mengeluh dan berkata, “Maafkan saya, nenek.” Nenek tersebut ketawa dan menepuk-nepuk bahu lelaki itu dan berkata, “Hei, awak tak perlu risaukan sayalah. Awak yang berumur masih muda yang patut merisaukan diri kamu. Masih banyak benda yang kamu perlu lakukan dalam hidup ini.” Seraya dengan itu, Roy membantu nenek tersebut menutup gerainya. Setelah gerai tersebut ditutup, nenek tersebut menawarkan sedikit teh kepada Roy. “Hari ini adalah hari terakhir saya beniaga di pelabuhan ini.”sebut nenek itu tiba-tiba. Roy meletakkan cawan tehnya dan bertanya, “Nenek nak ke mana?” – “Saya masih berada di pulau ini. Mungkin saya akan menanam buah-buahan di sebelah rumah saya.”nenek tersebut menoleh ke arah Roy. Nenek itu ketawa dan berkata, “Muka awak seperti tidak puas hati.” Roy terkejut mendengarnya. Nenek itu tersenyum dan menyambung, “kamu tidak perlu risaukan mengenai orang tua macam saya ini.”nenek tersebut membaringkan dirinya di hadapan cahaya matahari terbenam itu dan berkata, “saya… mempunyai memori yang indah… Kehidupan saya selama ini… menyeronokkan…”nenek itu seperti mengimbau kenangan lalu.
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Tajemnica / ThrillerAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...