Di suatu bilik yang tidak diketahui lokasinya itu, ianya adalah lelaki berumur yang sedang memegang jam pasir emas. Selama ini identitinya tidak didedahkan, tetapi terpampang di mejanya sebuah tag yang bertulis, 'Direktor SERGE'. Maka, lelaki ini adalah seorang Direktor SERGE. Lelaki tersebut menekan suatu paparan hologram yang menunjukkan data-data projek No Man Island dahulu. Dia tersenyum sendirian. Terpampang di data tersebut sebuah insiden letupan yang sangat besar. Ianya telah menghancurkan projek yang SERGE cuba lakukan dahulu. Kini, pulau tersebut terbiar dan mungkin beradioaktif. Namun, bagi lelaki tersebut, di pulau tersebutlah di mana dirinya berubah. Suatu tempat permulaan, di mana dia mula memahami bagaimana dunia ini harus berjalan. Dan dia cuba untuk mencapai misinya sekarang, iaitu kawalan penuh terhadap dunia! CTOS dan ARMENT sungguh menganggunya, terutama teman temannya dahulu. "Mereka langsung tidak memahami.."sebut lelaki itu. Lalu, terdapat ketukan pintu dan suara dari luar, "Tuanku, boleh saya masuk?" - "Masuklah."
Dengan itu, seorang lelaki yang hanya muncul di Episode 1, Reux muncul kembali.Reux (Member of SERGE)
"Reux,"sebut Direktor, "nampaknya awak sudah balik. Bagaimana dengan misi yang saya berikan pada awak?" Reux pun mula berlapor, "Saya sudah melakukan siasatan di No Man Island. Memang betul, hampir kesemua subjek mati di situ. Namun, saya berjaya menjumpai beberapa jejak yang menunjukkan subjek subjek yang berjaya melarikan diri." Direktor tersebut menutup paparan hologram dan berkata, "Dapatkah awak mengenal pasti subjek subjek ini?" Reux terdiam. Rambutnya yang emo namun terpacak tajam ke bawah itu menunjukkan dirinya yang sadis. Dia memandang Direktor tersebut dan bercakap, "Salah satu subjek... ialah Subjek 12. Ibu saya sendiri." Direktor tersebut tersenyum dan berkata, "Nampaknya dia masih hidup. Beritahu saya, Reux. Adakah awak hendak mencari ibu awak?" Reux pun berpusing dan berlalu pergi dan berkata, "Tidak." - "Oh, mengapa pula?" Reux terhenti. Dia memandang Direktor dan menjawab, "Setelah insiden di No Man Island, awak mengambil saya sebagai tebusan, betul tak? Namun ibu saya langsung tidak kelihatan. Awak hendak membunuh saya ketika itu." - "Tapi awak adalah subjek yang bernilai, Subjek 17. Kalau bukan kerana saya, awak takkan ada di sini."jawab Direktor. Reux hanya ketawa kecil dan berlalu pergi.
Di sebuah lorong bangunan itu, Reux yang sedang berlalu pergi menoleh ke belakang dan memerhati pintu yang bertulis 'DIREKTOR SERGE' itu dan berkata sendirian, "Saya akan pastikan... awak menyesal... tidak membunuh saya pada hari itu." Renungan matanya yang sangat tajam! Seperti mata pembunuh! Lalu Reux pun meneruskan perjalannannya. Seraya dia berjalan, dia terserempak dengan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Rambutnya panjang dan mempunyai samurai di belakang. "Apa yang kamu bualkan?"Soal lelaki itu. "Itu bukan urusan awak."jawab Reux. Reux pun melimpasi lelaki itu namun tangannya digenggam, "Beritahu saya, apa yang kamu bualkan?" - "Hei, Rijin. Awak memang nak matikah?"
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Mystery / ThrillerAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...