Di suatu menara yang agak tinggi, yang sebenarnya adalah menara telekomunnikasi bagi bandar tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju serba hitam sedang memanjat menara tersebut. Walaupun agak tinggi, dan tanpa alat keselamatan, lelaki bergelar Birdeye ini tidak mudah gentar. Sememagnya ketinggian adalah sesuatu yang biasa bagi seseorang sepertinya ketika menjalankan tugas. Dia mensasarkan sasaran yang dia harus bunuh. Kini dia berada di menara yang agak dekat dengan hospital di mana target itu berada. Nampaknya Birdeye telah menjumpai targetnya. Terdapat suatu lensa kamera yang dilekatkan di mata kirinya maka Birdeye mampu melihat jauh ke dalam jendela-jendela hospital tersebut. Dengan itulah dia telah menjumpai targetnya yang sedang terlantar di hospital. Targetnya sudah semestinya Sir Rowling, pengintip di organisasi mereka sendiri. Nampaknya misi Birdeye kali ini terlalu mudah. Sebuah senjata sniper dikeluarkan yang berukuran agak panjang dan dihalakan ke arah target. Setelah sasaran dikenal pasti, picu ditekan dan tembakan pun dilepaskan! Birdeye telah memasang perangkap bunyi maka tiada sesiapa pun yang akan mendengar bunyi tembakan yang sangat kecil itu. Namun, Birdeye agak hairan. Ini kerana pelurunya langsung tidak menembusi tingkap tersebut. "Mengapa boleh terjadi seperti ini?" soalnya sendirian. Namun, bukan itu sahaja. Sebuah lampu laser berwarna merah telah dihalakan ke arah mukanya. Rupa rupanya ia datang dari puncak bangunan hospital tersebut. Birdeye agak terkejut, tak sangka pulak lelaki yang dia buru telah datang dengan sendirinya. Kelihatan di atas puncak itu adalah Roy yang sedang menghalakan lampu laser ke arahnya. Sememangnya Birdeye memahami situasi yang sedang berlaku ini. Lalu, Birdeye pun melompat dari menara tersebut dan menarik picu di begnya yang menyebabkan payung terjun dilancarkan. Disebabkan menara itu lebih tinggi dari hospital, maka Birdeye telah berjaya mendarat di puncak bangunan itu. Roy menutup lampunya sambil memerhati dalam diam. Lelaki ini serba lengkap dengan alatannya. "Saya tak sangka pulak nasib ada di tangan saya kali ini."sebut Birdeye. Ini kerana lelaki yang ingin dia temui kini berada di depan mata. "Awaklah yang menembak pembunuh di Hotel Simpson's hari itu bukan?"soal Roy. Birdeye mengangguk megah lalu menyambung, "Awak bernasib baik kerana peluru saya tidak mengenai kepala awak." Roy hanya ketawa kecil dan berkata, "Saya berterima kasih. Tapi, saya juga sedang mencari awak." Kali ini Bireye pulak ketawa kecil dan berkata, "Ada sebab Tuanku menggelar saya Birdeye. Awak pasti terkejut mengapa saya digelar begitu." - "Oh, saya menantikannya." Birdeye memerhati badan Roy lalu berkata, "Kita adalah lelaki sejati. Maka, senjata ini tidak digunakan untuk pertarungan, kecuali pembunuhan." Dengan itu, Birdeye menanggalkan snipernya dan membaling jauh dari kawasan itu. Roy tersenyum dan berkata, "Awak memang seorang pembunuh elit. Namun, saya hanya berharap bahawa awak hanya berkerjasama dengan saya. Tetapi, awak bukan jenis yang mudah memberikan maklumat." Birdeye ketawa besar lalu berlari pecut menuju ke arah Roy bagi melakukan serangan pertama!
XXX
"Inikah biliknya?" soal Kim L. Jun mengangguk. Dah tak syak lagi. Kini, mereka berada di depan bilik rehat Sir Rowling di hospital. Setelah beberapa nurse telah keluar dari bilik, barulah ketiga tiga mereka memasuki bilik itu. Namun, kesemua mereka terkejut, nampaknya Sir Rowling dalam kecederaan parah. Namun, pada waktu ini Sir Rowling menyedari kehadiran mereka dan mengetahui tujuan mereka datang ke sini. "Di manakah beg itu, Sir Rowling?" soal Inspektor Jun. Sir Rwoling pun membalas lemah... "Ianya telah dicuri oleh musuh." - "Apa? Sejak bila?"soal Jun. Sir Rowling pun membalas lemah, "Ia berlaku di Hotel Simpsons. Ketika saya sedang menyembunyikan diri dari pembunuh-pembunuh SERGE, mereke telah pun menjumpai saya....." Kim L yang memerhati pun membalas, "Maka beg itu dirampas. Haih... dah tak ada peluang sudah ke?"
Jessica yang baru sahaja berfikir pun tersentak, "Oh, baru saya ingat!"fikirnya. Lalu Jessica pun berkata kepada Sir Rowling, "Jadi bagaimana dengan lelaki yang menyebabkan awak kemalangan? Apa yang dia mahukan?"
Sir Rowling pun menunjukkan muka yang serius lalu berkata, "Ada sesuatu yang pelik mengenai lelaki itu.... dia tahu mengenai kewujudan ARMENT. Namun dia juga bukan dari SERGE."
YOU ARE READING
The Man with The Weird Gift
Tajemnica / ThrillerAlex adalah seorang budak lelaki yang tiada memori mengenai asal usul dirinya. Dia adalah salah satu manusia yang dianugerahkan Gift, atau lebih tepat lagi, dia adalah salah satu The Gifted. Namun, dia telah ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen...